Monday, 20 June 2011

Big Apple Donuts, J.Co Donuts and Dunkin' Donuts. Dunkin' Donuts still OWNS!

Malam tadi baru lepas makan donuts (aku tak nak eja 'donat'), jadi mari kita berdebat tentang donuts. 3 outlet donuts utama yang ada kat Malaysia sekarang ni: Dunkin' Donuts, Big Apple dan J.Co. Oh, tak lupa jua, Krispy Kreme. Tapi aku malas cerita pasal Krispy Kreme sebab outlet dia tak banyak. Lantak koranglah kalau suka Krispy Kreme!

Dunkin Donuts adalah yang terawal bertapak di sini, kalau tak silap aku. Walaupun sekarang aku tengok makin banyak outlet-outlet Big Apple dan J.Co, Dunkin Donuts tetap OWNS bagi aku sebab dia punya Donuts mampat dan kena dengan selera Amareka. Setiap kali aku makan donut J.Co atau Big Apple, aku akan rasa kecewa sebab macam gigit angin je. Kalau ko tekan donut J.Co atau Big Apple, ia akan jadi hampir leper. Cuba ko buat kat Dunkin' punya donut, tengok? Lagi satu, donuts yang mampat adalah yang terbaik untuk dicicah bersama kopi, dan kopi Dunkin' adalah yang terbaik. Outlet lain tak payah buat kopi la..

Macam mana pun, respek kat J.Co and Big Apple sebab diorang berjaya cipta flavour atau topping (?) yang pelik-pelik yang Dunkin' tak terfikir nak buat. Tapi, mengikut selera Amareka, flavour yang biasa-biasa atau klasik masih jadi kegemaran contohnya Double Choc, Blueberry filled dan Cinnamon. Dunkin Donuts punya cinnamon donuts tiada tandingan. Tiada cinnamon donuts selain cinnamon donuts dari Dunkin Donuts, full stop.

Untuk makluman Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, Dunkin' Donuts ditubuhkan di Quincy, Massachusetts, Amareka. Big Apple pula ditubuhkan di Malaysia manakala J.Co ditubuhkan di Indonesia. So I guess that's why Dunkin' still OWNS the American palate.
(ptuih!)

Apa-apa pun, pepatah Perancis ada mengatakan "À chacun son métier" atau orang Inggeris kata "To each his own". Aku tak boleh nak paksa korang suka Dunkin' dan tak boleh nak sumbat tekak korang dengan donut cinnamon Dunkin' kalau korang dah tak suka.

Till then, enjoy your donuts with coffee! (pssstt..make sure it's a Dunkin')

3 comments:

  1. tak pedulik, aku nak kata Krispy Kreme jugak terbaek! huhu aku suka kerangupan donut KK. biasa aku beli 2 dozen terus makan sorang. huhu

    ReplyDelete
  2. @Mitsuo

    Bila Krispy Kreme mau bukak kat Johor?

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails