Saturday, 25 June 2011

Motorcycle Owners and Riders, I am Jealous of You

Entry ini ditujukan khususnya kepada semua yang dah ada kenderaan sendiri dan bekerja.

Aku tak peduli basah kuyup bila meredah hujan, aku tak peduli pendapat ramai orang bahawa menunggang motosikal ni risikonya lebih tinggi. Yang aku tau, sebagaimana pemilik motosikal iri hati pada mereka yang berkereta sebab kereta ada bumbung dan air-cond, aku juga iri hati dengan korang yang ada motor dan bawak motor pergi kerja. Kenapa?

1. Jimat minyak berganda-ganda.

Walaupun MyVi aku lagi jimat minyak banding dengan Ferrari sebelah ni, motosikal tetap menjadi dewa penjimatan minyak di jalanraya.
    Ini obvious tahap Captain Obvious punya. Bila kapasiti enjin kau kecik, tangki minyak pun kecik, dan had muatan dua orang sahaja, dah tentu korang yang bawak motor ni jimat minyak berkali-kali ganda berbanding dengan aku yang bawak kereta ni. Kawan tempat kerja aku yang kadang-kadang bawak motor pergi ke tempat kerja pernah berkata,

    "Aku bawak motor, RM5 sekali isi penuh tahan seminggu. Kalau time aku bawak kereta, aku kena keluar RM 50 tiap minggu! Poket rasa cepat nipis je bila bawak kereta."

Damn, son!


 2.   Kos maintenance lebih rendah.

       Korang yang bawak motor tak payah pening nak keluarkan kira-kira RM 100 untuk sekali service. Tak perlu pening-pening pikir pasal nak tukar wiper, tukar battery sampai beratus-ratus. Pabila tiba hari untuk menukar bateri kereta, wallet aku akan menjerit "WAARGGHH!" sebelum aku sempat jerit.


3.    Boleh menyelit ketika traffic jam.

       Cuba kau buat bila kau bawak kereta, aku nak tengok! Setakat selit-selit kat emergency lane tu kalau kat highway, boleh la kan? Tapi.. ah, kau jawab la sendiri.


4.    Tak payah bayar tol.

       Come on.. Ini tidak adil, bhai.. bukan ke kita sama-sama pakai highway? Haha.


5.    Bila pasangan anda adalah pembonceng motor yang ditunggangi anda.

       Terang dan jelas maksudnya. Tak perlu aku terangkan lagi secara detail.


Okay, sekarang siapa nak barter motor dia dengan kereta MyVi aku? Ada Bluetooth, boleh cucuk USB. Motor takde semua tu.














7 comments:

  1. Dah la beb, save duit beli motor jek... x mahal pun....

    ReplyDelete
  2. aku ingat nak angkat vespa la.

    ReplyDelete
  3. ex5 motor orang asli, ketua pengawas sekolah aku cakap.

    ReplyDelete
  4. Naik motor mmg jimat, tp moto kdg bahaya, lebih2 lagi pemandu kereta yg kadang bawak kete mcm jalan tu hanya utk kereta, sikit pon x pandang side mirror tgk ade moto ke tak *sigh

    (T__T) sy pon naik moto jugak... puas hati, jimat mase, jimat duit, tp kalo hujan ,redah aje la, yg penting hati2..

    ReplyDelete
  5. cuck USB ke SUB?? lol

    -PSU Afrika

    ReplyDelete
  6. @ Amyz - naik motor ni macam kita gamble hidup kita la. thrill dia kat situ. yang penting, jimat duit. ye, worldview saya salah.

    @ PSU Afrika - Hahahaha. itu kena tanya PSU Amareka.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails