Tuesday, 28 June 2011

Vegetarianism & Me

Aku dah banyak kali menanam cita-cita nak jadi vegetarian, paling kurang seminggu dua kali. Tapi banyak sangat alasan cabaran.

Jadi vegetarian itu cool, kamu tahu. Ramai celebrity Barat adalah vegetarian. Carrie Underwood adalah seorang vegetarian. Paul McCartney juga vegetarian. Tapi, membuat pilihan untuk mengamalkan gaya pemakanan vegetarian bukanlah semata-mata nak nampak cool. Ianya lebih kepada kesedaran ummah dan juga atas sebab-sebab kesihatan.

Cuba kita kira, berapa ramai penduduk kat Malaysia ni. 28 juta lebih kurang. Dalam satu hari, antara 28 juta ni, mungkin 50 peratus makan lauk ayam untuk makan tengahari. Bayangkan berapa ramai ayam kena sembelih tiap-tiap hari? 

Bila terlampau banyak sangat permintaan untuk ayam, maka pengusaha atau penternak ayam akan menternak lebih banyak ayam.  Kebiasannya ayam yang kita (yang tinggal kat bandar) beli ni diternak secara besar-besaran. Yang keadaan rebannya mungkin crowded dan ayam-ayam ini diberi antibiotik, meth, bong dan sebagainya. (ok, aku exaggerate). Nak dapat ayam free-range susah sebab tinggal di bandar.

Sebab tu aku pilih untuk jadi vegetarian seminggu dua kali. 


Ini vegetarianism tahap ekstremis!

Tapi rancangan aku ni kadang-kadang gagal sebab aku banyak alasan cabaran.

Salah satu cabaran ialah susah nak cari makanan vegetarian di kedai-kedai makan khususnya di kawasan yang ramai Melayu. Sebab orang Melayu kalau takde lauk yang takde daging tak sah. Kecuali kalau kau orang susah, kau akan makan nasi dengan jering sahaja. Ada lagi ke orang macam ni? Eh, jering pun mahal sekarang, tau tak?

"Apasal ko tak masak je kat rumah?"

Nak masak, boleh. Tapi sebab aku masih tinggal di rumah bujang bersama 3 other dudes, keadaan dapur rumah bujang aku confirm dapat gred E kalau Majlis Perbandaran Kajang buat inspection. Membuatkan aku turn-off nak masak. Kedhaifan dan kekurangan dari segi peralatan dan ruang juga merencatkan mood aku nak masak selalu. Sekali-sekala boleh la setakat masak yang simple-simple.

Berbalik kepada hujah bahawa kedai-kedai Melayu tak banyak pilihan lauk vegetarian, memang ada kedai-kedai nasi campur yang ada hidangan sayur-sayuran, tapi lauknya kurang menarik dan tak sesedap vegetable lasagne yang aku pernah makan seperti di gambar bawah ni. 

Vegetable lasagne yang awesome. Daaaammmnnn.. Cheese dia banyak.. Okay, kalau kau vegan, produk tenusu pun tak boleh makan tau. Ini tahap totok punya vegetarian.

Walau bermacam-macam alasan, setakat ni aku berjaya la jugak mengamalkan pemakanan vegetarian seminggu sekali paling cikai pun. Takpe. Merangkak slow-slow dulu. Dah kahwin nanti, aku boleh la masak sendiri hidangan vegetarian yang awesome ikut selera tekak aku, tak payah pergi kedai dah. Ada oven nanti boleh la aku buat vegetable lasagne macam kat gambar atas tu.

Apa pun, vegetarianism adalah satu pilihan. Tak ada orang paksa kau suruh jadi vegetarian. Apatah lagi dah memang manusia secara tabi'e adalah seekor haiwan omnivor pun. Nak makan daging, makan la. Apa yang penting, seboleh-bolehnya kita pastikan sumber makanan kita bersih dan sepanjang hidupnya happy dan sihat sentiasa secara semula jadi. Nak makan beef, pilih la grass-fed beef dan lembunya tak dikurung dalam kandang setiap masa (selalunya lembu yang grass-fed ni lebih bebas bergerak sebab mencari rumput). Begitu juga dengan daging ayam, ayam kampung lagi WIN sebab ayam-ayam kampung ni lebih bebas bergerak dan makan.  

Make the right choice.



15 comments:

  1. Serious benar bro... Slalu I nak makan vegetarian je, susah... dahla I x makan banyak sayur kan.. :(

    ReplyDelete
  2. Hahaha. kat Cyber ada satu tempat. Where Else Delights. jom!

    Dude, u have a blog?

    ReplyDelete
  3. bro g jer chinese restaurant yg vegie..diorg mmg 100% Vegie. ba kut teh vegie pun ad if ko brani nk try..aku da try semua tu..layan jer mkn vegie tp ble mkn kul 12 ptg kul 4 strt lapo balik..he3 mmg kne standby buah2

    ReplyDelete
  4. @Kirr_rule

    kat tempat kerja lama aku ada sorg colleague yang selalu bawak makanan dari restaurant chinese yang veggie. nampak sedap.

    Kalau ko nak makan veggie yang kenyang, apa kata ko buat dish yang guna black eyed-peas, ataupun apa-apa kekacang la. confirm kenyang.

    ReplyDelete
  5. aku selalu g restoran veggie..makanan diorg mmg sedap ler he3..tp tu la kenyang kejap jer...

    ReplyDelete
  6. vegetarian ? ok nnti kuih raye tak leh makan, rendang tak boleh makan . yum..yumm sedapnyyeeeerrr !!

    ReplyDelete
  7. makan la makanan yg seimbang.. semua nutrien ada k? hahaha...

    tp lasagne tu cam sedap jer.. huhuhuh

    ReplyDelete
  8. @ ikhram

    lasagne tu memang awesome beb. cheese dia banyak tak hengat. memang boleh gemuk la.

    ReplyDelete
  9. @ Aunty P

    Raya Haji nanti tak boleh makan daging korban

    ReplyDelete
  10. Irshad, I used to have a blog... but no motivation to continue... I used my msn spaces blog last time, then I totally stopped blogging... thinking about blogging again but not sure whether will have the motivation to continue or not...

    ReplyDelete
  11. @ ruban

    one step at a time. you could perhaps blog abt the LULzy things at Cyberjaya.

    ReplyDelete
  12. Vegetarian ni ada banyak jenis. Ada yang pure vegans, where one eats nothing but veges only. Ada yang makan telur and dairy products. Ada yang makan ikan.

    Ikutlah kan nak yang mana. Kena sesuaikan jugak dengan environment kita. Jangan sampai tak consume protein langsung. You ain't doing anything for your health sebab if you don't take protein, you'll tend to eat more. Another thing, being a vegan in Malaysia is expensive. Sometimes buying a piece of chicken is cheaper than buying a protein substitute.

    BTW, I pernah jadi vegans for almost five months. Then I gave up. I love fish. Red meat mmg tak makan sangat. Tak suka. But like you, on most days, I'd not take meat. :)

    ReplyDelete
  13. @ J.Abdullah - nice info! sini susah beul nak cari meat substitute.

    ReplyDelete
  14. Makan je la cam bese... ade gigi taring ape guna kalo x koyak daging. hahaha. Lantak selagi boleh..

    ReplyDelete
  15. I hope that the posts have been useful for you. Following all, its latest handset was a massive success.
    Once you are successfully in DFU Method, the process will begin. Via
    the people who are generally not going to restore.


    Also visit my site :: ifunbox (giochigratisflash.net)

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails