Thursday, 30 June 2011

Whatchu Drinkin'? : ISTAK

Dah ramai sangat blogging pasal makanan, aku blog pasal air pulak.

ISTAK
Ini tergolong dalam kategori minuman kontroversi, kalau ikut bulan lepas punya cerita lah. Ada yang mengatakan minuman sebegini tak boleh diminum kerana mempunyai peratusan alkohol sebanyak 0.05 %, tapi tak cakap pulak brand apa [Baca Artikel Basi di Sini]. Saya rasa keberatan media mainstream untuk mendedahkan jenama produk di dalam laporan berita adalah satu masalah negara. Kalau dah keluar story tu, beritahulah brand apa. Kalau setakat tulis "sebuah minuman yang dikeluarkan syarikat Timur Tengah" baik tak payah.

ISTAK datang dengan 10 perisa berbeza: Malt/Original, Lemon, Apple, Pear, Pomegranate, Mango, Pineapple, Peach, Strawbery dan Tropical. Flavour yang terbaik kalau ikut selera tekak aku ialah Malt (label warna hitam). Yang lain-lain tu, boleh la.. Budak-budak sekolah je minum perisa buah-buahan ni.. Tak semua orang boleh terima Malt flavour ni sebab rasanya yang agak strong and bitter. Nafsu jahat aku kadangkala mengatakan: "it tastes like the real thing". [Confirm aku kena tiaw lepas ni!]

Anyways, bercakap pasal memabukkan, setakat ni aku minum takdenya aku mabuk. Minum lah berbotol-botol, anda masih boleh drive lagi. Percayalah, sebab saya pernah melakukannya dalam perjalanan dari Bangi ke Kulai, Johor. Satu carton aku bedal! Nak tau kenapa ia tak memabukkan? Sebab bahan-bahan dan cara penghasilan dia sama macam beer yang harommm cuma proses fermentasi tu diberhentikan sebelum alkohol terhasil.

Kalau nak diikutkan sangat peratusan alkohol, tau tak yang tapai pun ada sikit kandungan alkohol? Sebab tu bau dia macam pen marker sikit. Cuma dia tak banyak sampai ke tahap memabukkan. Kecuali kalau diperam lama sikit tapai tu, kandungan alkohol tu bertambah la. Cerita pasal tapai, try la minum ISTAK sambil makan tapai.

Kalau kau buat roti pun, yeast dengan carbohydrate dalam adunan roti tu bergaduh lalu menghasilkan alkohol. Inilah yang dinamakan fermentasi [Read More]. Cuba ko hidu dough sebelum dibakar menjadi roti, ada semacam bau alkohol kan? Bila masuk oven, alkohol tu menyejat sampai takde lagi kandungan alkohol.

Eh, aku ni nak cerita pasal air ke berhujah pasal kandungan alkohol? Dah la. Jom cari ISTAK.

10 comments:

  1. the first to comment: hang tak minum ni pun tak pa aih...awat yang depa dok tiru botoi seghupa tu.tu yg tak berkenan sbb mcm ada "association".minum air masak bertapis sudahlah...halalan toyyiban!!!

    ReplyDelete
  2. istak ni aku pernah jumpa kat penang aritu......tapi kan bai, apa hal plak Guiness Malta? Dok sibuk2 beer halal, yg dah tentu x halal x pula disekat......

    ReplyDelete
  3. Aku makan tapai, high doh . Passed out pulak tu.

    ReplyDelete
  4. esok istak weh..

    ReplyDelete
  5. aku minum barbican ok je...anyway good post

    ReplyDelete
  6. ada lagi ye selain barbican, btw, aku suka kot makan tapai pulut, haram ke? xde kan.hehehe

    ReplyDelete
  7. @ Anonymous 19:26 - segan nak minum air masak bertapis

    @ Anonymous 19:53 - sebab sekarang perhimpunan pun tak halal

    @ Ngerfan - ORLY? cool story bro. haha

    @ PSU AFrika - Jom! Tradisi tu..

    @ Firdaus - Memang OK pun. Tapi Barbican kurang kick la

    @ Fasihah - Ade lagi brand2 lain. Berlambak. ISTAK ada, Bavaria ada.

    ReplyDelete
  8. errr...minum air masak je...

    ReplyDelete
  9. @ fidz - jangan lupa aiskrim jagung kat UNITEN

    ReplyDelete
  10. eh ni haram ni... haram... jangan ye adik2...


    >.<

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails