Sunday, 31 July 2011

Orang Lain Blog Pasal Puasa, Aku Pun Sibuk Nak Blog Pasal Puasa Jugak - Tentang Bazar Ramadhan

Ramadhan tiba lagi dan umat Islam akan menyambutnya esok. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, bulan Ramadhan di Malaysia akan dicemari oleh pesta-pesta makanan dalam bentuk bufet di hotel-hotel dan juga juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan seluruh negara.

Untuk tidak memboringkan diri aku menyambut Ramadhan kali ini, salah satu rancangan aku untuk bulan Ramadhan tahun ni ialah dengan cuba memboikot pergi ke bazar ramadhan. Well, boikot agak mustahil sebab kalau aku malas tak larat, aku beli jugak kat bazar. Jadi, mengurangkan kekerapan aku pergi ke bazar ramadhan mungkin lebih logik dari memboikot secara mutlak. 



Berikut adalah sebab-sebab aku ingin mengurangkan kunjungan ke bazar ramadhan:

1. Balik-balik benda yang sama.
Bila pergi bazar ramadhan, balik-balik jumpa benda yang lebih kurang sama lepas tu lebih dari 5 gerai jual benda yang sama.  Dalam satu bazar, ada  5 gerai jual nasi ayam, 6 jual nasi tomato, 8 jual nasi kerabu. Yang jual kuih pulak, asyik-asyik karipap, apam balik, tako.

2. Kebanyakkan orang yang jual takde passion terhadap makanan.
Orang yang takde passion terhadap makanan ni dalam erti kata lain orang yang meniaga main-main. "Asalkan untung sudah, kualiti makanan belakang kira!" adalah mantra mereka. Pernah korang beli karipap yang lebih kulit dari inti? Apam balik yang letak jagung dan kacang tak sampai setengah sudu kecik? Pernah makan nasi lemak ayam berempah yang takde langsung rasa rempahnya dan daging ayam rasa macam plastik? Yang meniaga air tak payah cerita la. Entah berapa kali la diorang dilute supaya dapat untung..

3. Pengunaan polystyrene yang berleluasa
Membungkus makanan dalam polysytrene atau styrofoam adalah satu perkara yang bodoh dan sangat third world bagi aku. Sebab dia, polystyrene menjahanamkan bumi kerana sifatnya yang tak biodegradable. Bayangkan la, kau sorang je beli dah 1 styrofoam akan tercampak kat mana-mana landfill. Kalau setengah dari 26 juta penduduk malaysia? Darab dengan 30 hari kita pergi bazar ramadhan? Banyak beb. Tahun lepas aku selalu jugak la pergi bazar ramadhan bawak satu container kosong. Bila nak beli nasi tomato, aku mintak makcik gerai tu isikan dalam container tu. Semua orang tengok aku dengan muka yang pelik. Okay, siapa nak pergi bazar ramadhan sila buat macam yang aku buat tahun lepas. 

Styrofoam - serius hodoh.

4. Selalu ada fashion show kat bazar ramadhan.
Bila pergi bazar ramadhan, awek-awek bawah umur, cukup umur dan berumur akan turun dengan pelbagai fesyen dan ragam.  Ini menggangu konsentrasi dan Combo Hit Point puasa aku, kamu tahu tak? Awek-awek sekalian, aku tak la suruh korang turun bazar ramadhan dengan pakai purdah. Tapi kalau kamu pergi ke bazar ramadhan dah macam nak pergi club, apa yang korang cuba sampaikan? Nak mengorat aku ke?

Sekian sahaja random entry sempena malam pertama Ramadhan. Esok lusa aku akan bitching lagi.

picture credit (from top to bottom): asiantrails.info and alibaba.com

Friday, 29 July 2011

Congratulations Team Singapore - 2012 World Cup Qualifying Third Round

Yes, it's a sad fact that we Malaysians have to accept. They beat us 6-4 on aggregate to advance to the fourth round of the Asian Zone of the 2014 World Cup Qualifiers.. There goes our chance of entering the World Cup and becoming the next world's superpowers..








Even though we drew 1-1 in the 2nd leg last night at Bukit Jalil, the scoreline wasn't enough to put us through. I was at Bukit Jalil, alright. After the half-time break, I managed to sneak into the Singaporean team's dressing room and caught a glimpse of their tactical board.

Ssup, Lions? I'm going to sneak into your dressing room, alright.

Here's what I saw when I sneaked in. On the tactical board itself is their very own, unique winning formula.

Tsk. Tsk. Dirty..dirty!

So that they can waste time..


Overall, they acted so damn good. So good they can play as hospital patients in TCS 8 dramas. I read BFM 89.9's tweets saying that they heard the whole Singapore squad has landed a contract with MediaCorp! LOL!

Wednesday, 27 July 2011

'Shopping Cart' Anda Mencerminkan Gaya Hidup Anda

Setiap kali pergi beli groceries dekat mana-mana supermarket dengan tunang aku, benda yang kami selalu buat ialah mengintai shopping cart / trolley orang lain. Tutor aku yang mengajar subjek Principles of Marketing masa aku ambik Diploma kat UiTM dulu pernah berkata: nak kenal gaya hidup orang tu, kita tengok apa dalam shopping cart dia.



Mari lihat jenis manusia apakah anda mengikut barang-barang yang selalu ada dalam shopping cart anda sekalian.


1) Shopping cart yang penuh dengan segala tok nenek junk-food seperti Twisties, Super Rings, Pringles, minuman berkarbonat dan asam jeruk.
Sah anda ni junk food junkies. Sehari tak makan junk food boleh demam. Ketagihan anda terhadap snek Super Rings tak dapat ditandingi. Kalau boleh makan Super Rings pakai jari kaki, mesti lepas makan tu siap jilat jari kaki kan? Atau korang memang pernah buat macam ni?


2) Shopping cart yang banyak lampin bayi dan produk penjagaan bayi.
Shopping cart yang penuh dengan barang-barang seperti lampin, baby powder, baby shampoo dan sebagainya biasanya milik pasangan yang baru saja dapat anak. Ini obvious, Captain Obvious!


3) Shopping cart yang penuh dengan satu jenis barang yang sama. 
Pernah tengok shopping cart yang penuh dengan 80 kotak tisu muka? Shopping cart yang penuh dengan 100 kotak ubat gigi jenama Darlie? Shopping cart yang penuh dengan 25 botol minyak masak? Orang yang bawak shopping cart macam ni biasanya orang yang meniaga tapi secara kecil-kecilan. Misalnya mungkin dia ni ada usahakan homestay atau chalet, sebab tu dia beli 100 kotak ubat gigi sekaligus. Orang yang borong minyak masak pulak, mungkin dia meniaga pisang goreng petang-petang.


4) Shopping cart  dipenuhi dengan makanan sejuk-beku dan mi segera.
Kalau ini lah gaya shopping cart anda, dukacita diucapkan, sama ada anda ni terlampau sibuk untuk menyediakan bahan-bahan makanan untuk dimasak ataupun anda ni memang pemalas nak masak! Kalau orang bujang aku faham la, mungkin dapur rumah sewa dia dhaif, tak cukup kelengkapan dan peralatan. Kepada orang yang dah berumahtangga, sila kurangkan tabiat macam ni, okay! Sikit-sikit takpe lah.


5) Shopping cart penuh dengan buah-buahan segar, sayur-sayur segar, whole-grain cereals, produk tenusu kurang lemak, jus buah-buahan.
Orang yang shopping cart dia penuh dengan makanan segar dan sihat selalunya mengamalkan gaya hidup sihat. Eh, ayat ko jangan nak macam kempen Kementerian Kesihatan Malaysia sangat boleh tak? Apa yang aku biasa nampak, orang yang bawak shopping cart macam ni biasanya memang jaga badan habis la. Contohnya macam tunang aku, the foodlover [blog link here]. Bang, ini dah macam masuk bakul sampah, angkat sendiri je bunyinya, bang..

Ok la. Aku stop kat sini la. Puas hati?

Ini aku punya. Tapi aku bawak bakul je, tak bawak shopping cart sebab shopping sorang-sorang. Sedih beb!


Anda jenis yang macam mana? Adakah anda tergolong dalam kategori-kategori di atas? Apa lagi 'pesen' shopping cart yang sering anda  jumpa di pasaraya-pasaraya?

top photo credit to cocktailsandcognac.com



Monday, 25 July 2011

Lessons from History - Battering Rams

Battering rams are basically siege weapons used in the ancient times. They are meant to bring down walls or open gates of enemy buildings. They come in different forms and method of uses. Some are encased in a canopy on wheels, some consist of just one single log carried by one or more people on foot.


Battering ram on foot
Wheel-mounted battering ram


The discovery of gunpowder in the Middle Ages eventually made the use of battering rams irrelevant since, except for a few smaller ones used by military and law enforcers, which are still in use to this day, to break down doors or anything similar.


Tampa Police Tactical Response Team in Florida, USA

 
If any of you have played Empire Earth, you might come across a unit called the Sampson which appears from the Stone Age to the Copper Age as a one-man battering ram that can cause serious damage to buildings if used in large numbers.


The Sampson

Well, he's been revitalised in the year 2011 and in real life.

In real life

And we have units who took battering rams way too seriously and literally.


 End.

Picture credit from top to bottom (except for the 5th picture) : themurkyfringe.com, ChrisO at Wikimedia Commons, tampagov.net, Empire Earth Wiki and demotivationalposters.org

Saturday, 23 July 2011

Flyers Under Wipers - one of things that most of us are pissed off with.

I'm sure everyone who drives a car has came across a stupid flyer under their windscreen (or windshield if you are a Murrican) just a few minutes after the car is parked.

I mean, WTF mate? These things are just a nuisance. Let me ask you, honestly, how many of you have actually responded to these kind of ads? How many of you eventually became a customer to the service or product advertised in the flyers? I dare say only 1 in 500.

Why? Because what's advertised in these flyers are mostly "Settle Hutang Dengan Cepat", "Buat Isteri Anda Cepat Klimaks" and "Easy Loan with Zero Interest" kind of products and services. Utter rubbish. 

If I want to 'settle hutang dengan cepat', I'd plan my budget wisely for the month so that I can pay my loans on time. If I want to apply for an easy loan, hell NO! There is no such thing as an easy loan! Having as little loan as possible is much easier than  being subject to a so-called "easy loan" or any other loan for that matter! Youngsters who are thinking of applying for a personal loan just to get married, please take note of this very, very seriously. And as for the "Buat Isteri Anda Cepat Klimaks" kind of ad, NO, I don't believe in your products. I believe that having an active lifestyle and a healthy well-balanced diet will just do the trick, thank you very much.


Okay, enough of the rants. Let's look at the pictures below and witness how clever these 'windscreen marketers' are.

They harass our windscreens with their ads.



Some drivers are clever enough to put up their wipers to prevent the 'windscreen marketers' from harassing their windscreen.


Well, think again.


End.

Thursday, 21 July 2011

Bila Jenama Menjajah Minda

Bila jenama menjajah minda, kadang-kadang boleh keliru dibuatnya. Beberapa produk atau barangan lebih dikenali dan digelar dengan sesebuah jenama sahaja, walaupun produk tu ada bermacam-macam jenama. Contohnya, air minuman coklat biasanya orang panggil MILO je, walaupun produk yang digunakan tu mungkin ViCO, Van Houten dan sebagainya.


Mari kita tengok contoh-contoh dan situasi kat bawah ni:


1. Bila pelembut fabrik (fabric softener) dikenali sebagai Softlan.
Situasi: Nora berada di pasaraya. Mak dia pesan suruh beli Softlan. Dia menelefon emaknya untuk memberitahu yang fabric softener jenama Softlan dah habis. 


Nora   :  Mak, softener Softlan takde la. Dah habis. Tapi Downy dengan Comfort ada la. Boleh  
              tak?
Emak : Tak kisahlah kau beli softlan jenama apa pun, janji kau beli. Softlan kat rumah dah habis 
              ni..


2.  Bila segulung filem kamera dikenali sebagai Kodak.
Okay. Sekarang ramai orang guna kamera digital, aku tau. Tapi layankan je la dialog kat bawah ni..


A      :   Eh, kamera kau ni bukan kamera digital ni. Pakai filem ke?
B      :   Tak lah. Pakai Kodak.
A      :   Owh. Okay.. *terus malas nak tanya lebih*



3.  Bila sebarang kopi dikenali sebagai Nescafe.
Ini betul-betul jadi kat aku semalam dan benda ni la yang mencetus idea untuk entry kali ni. The foodlover yang bagi idea ni. Thank you! 

Situasi: Aku kat food court tengah order neslo* panas.


Aku              : Kak, neslo panas satu. Kopi lebih sikit eh.
Akak kedai   : Ha?
Aku              : Neslo panas, kopi lebih.
Akak kedai   : Oh.. nak nescafe lebih..*tengok member sebelah dia pastu sengih-sengih*
Aku              : Ha, ye.. *malas nak layan*

*Okay.. Neslo tu pun dah kira gabungan jenama Nescafe dengan Milo. Kedai yang aku pergi tu tak pakai pun kopi jenama Nescafe, dia pakai Indocafe. Ni satu lagi contoh jenama menjajah minda. Istilah yang tepat untuk minuman kopi campur coklat ialah 'mocha'. Aku nak cadangkan lepas ni semua kedai guna istilah 'mocha'. "Kak, mocha ais satu, kurang manis."



4. Bila semua ubat gigi pukul rata orang panggil Colgate.
Dalam sebuah asrama sekolah, dua orang rakan sedang  berborak dalam bilik air:

John Naidu     :  Bro, kau ada Colgate?
Azhar Hussin  :  Takde la bro, Darlie ada la. *sambil tunjuk tiub ubat gigi Darlie*
John Naidu     :  Ha, tu yang ko pegang tu Colgate la tu! Sikit bro, aku nak gosok gigi.



5. Bila semua ubat sakit kepala disebut Panadol.
Yang ini tak payah dialog. Aku rasa semua orang kat Malaysia panggil Panadol, letaklah jenama apa pun.

ARGGHHH!! Apasal panjang sangat entry kau kali ni, syaitannn?!!

Ulasan: Perkara ni bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi berlaku juga di negara-negara lain termasuk United Kingdom. Kat sana, pembersih hampagas/vacuum cleaner dikenali sebagai Hoover. Cecair pembetulan/correction fluid/liquid paper (juga sebuah jenama) dikenali sebagai Tipp-Ex. Nak baca pasal Tipp-Ex boleh pergi [sini].


Jika kalian pernah belajar Marketing, perkara macam ni berlaku bila sesebuah jenama tu menguasai pasaran dalam kategori produknya dan jenama tu jadi sangat terkenal sehingga orang ramai guna jenama tu untuk merujuk kepada sebarang produk yang sama, tanpa mengira jenama yang sebenar. Dalam istilah Marketing, ia dikenali sebagai Generalised Trademark [baca sini].



Apa lagi contoh 'jenama menjajah minda' yang kalian pernah jumpa?

P/S: Ada satu jenama yang aku sengaja tak sebut kat atas, dan jenama makanan ni sangat-sangat popular kat Malaysia. Cuba teka apa dia?

Top picture credit to blog.educastur.es

Tuesday, 19 July 2011

Grammar & Pronunciation Police Reporting for Duty! : Common Mistakes We Make in Grammar & Pronunciation - Series #2

This is the Grammar & Pronunciation Police! You are under arrest again for violating laws of grammar and pronunciation !

Okay, so this is the second series of Grammar & Pronunciation Police Reporting for Duty! : Common Mistakes We Make in Grammar & Pronunciation.  You can read the first series [here].

Keep on making more mistakes, Malaysians, and this series will continue for years! LOL.


 
Okay, here are the common mistakes for series #2:

1) Shortening congratulations to "congrates" instead of "congrats".

Credit to one anonymous commenter from the first series for highlighting this. "Congrats" is okay while "congrates" is never used worldwide. However, you can use "congratters" in the UK.


2) Pronouncing steak as "steek" (rhyme with beak) instead of "stake" (rhyme with rake).

I'd like to credit Mohamad Adziim for highlighting this. Those who say "steek" may have unconsciously done so because they see that the "ea" in beak, weak and leak is pronounced with an "ee" sound. However, English spelling is kind of inconsistent because lots of words evolved over time and many words originate from different languages, hence the inconsistency in spelling. And many people say that's the beauty of the English language. Well, to me, hell NO! It only confuses people!

Anyway, for steak, it's "stake", not "steek".

Bust-a-Rhyme!














3) Pronouncing their as "they-ah" instead of "there"

It should sound like "there", not "they-ah". Only retards do that.

Again, know the difference. Look in the mirror to see if you look retarded when you are saying it.

















 
4) Pronouncing market as something that sounds like "mar-kuhd".

It should sound close to "mark-it". You can check out the video below. Again, excuse the ugly mugs, focus on what's being said. Listen carefully and you'll notice the difference between the two.

                          "Mar-kuhd / mar-ked"                                                         "Mark-it"

Singapore's Speak Good English Movement has also highlighted it on their website [here].


Well, that's it for today. 
Be careful not to let yourself get caught by the Grammar & Pronunciation Police!

Sunday, 17 July 2011

Pusat Tuisyen Terbaik ! - Tuisyen ala Superheroes

Dengan kegilaan A dikalangan pelajar-pelajar Asia, khususnya Malaysia, pusat tuisyen kini tumbuh bagaikan cendawan portobello selepas hujan.

Pusat-pusat tuisyen yang dibuka semua tidak mahu kalah! Semua nak kata merekalah yang terbaik, merekalah yang boleh menjamin pelajar-pelajar dapat memperoleh 28 A dalam SPM. Korang ambik subject banyak-banyak tak pening ke haa?

Dalam kegilaan semua pusat tuisyen menjaja kredibiliti dan kehebatan masing-masing, aku rasa pusat tuisyen yang kat bawah ni yang paling awesome, tiada tandingan. Tak caya jom tengok flyer dia.

Pusat Tuisyen Get A nama diberi.



Cikgu ala-ala Captain Amareka pun ada! The foodlover cakap ada subliminal message dekat gambar kancil kena 'zapp' tu. Kancil tu logo pusat tuisyen rival diorang. LOL. Clever!

Pusat Tuisyen superhero ni ada 3 cawangan. 

Muka belakang flyer. Tengok tu! Prof Xavier pun ada! Habis la korang, kalau korang kutuk atau mengumpat dia, dia boleh tau la..

Close up. Oh, bukan Prof X, tapi Prof M.. Adik dia ni. Do not underestimate his mind- reading power, though!

Harga pun not bad. Ok la tu, mana tau dapat jumpa Wolverine. Salah jawab, dia cakar je belakang kau!


Siapa nak jadi superhero atau mutant, boleh la join pusat tuisyen ni.

Saturday, 16 July 2011

Just a Quick Word Here : My Wedding Project at "A Little Bit Here and There"

As some of you may be aware, I co-write in another blog with my fiancée. You can vist the blog "A Little Bit Here and There" [here]. This is where all the lovey-dovey and mushy stuffs go to. My fiancée is so gonna kill me if she reads this! LOL.

For today, we did some DIY project in preparation for our wedding. 

This is what we did today.

If you wanna know more, feel free to have a look at it in "A Little Bit Here and There".

Thanks.

Kepada pengunjung muda Starbucks sekalian - insaflah!

Walaupun aku bukan tiap-tiap hari lepak Starbucks, tapi aku sedar satu perkara yang menjengkelkan yang sering dilakukan oleh sesetengah pengunjung muda Starbucks. Apakah dia?

Apa yang aku nampak, mesti ada sekumpulan-dua anak-anak muda (biasanya warganegara Malaysia) yang lepak kat Starbucks dengan laptop semata-mata nak online bukak facebook. Dah tu lepak 4 orang, order satu gelas frappucino saja. Sungguh mulia budi pekerti anda, bukan? 

Dey! Cheapo sangatkah anda sampai nak online pun kena lepak Starbucks? Nak bukak facebook, kat rumah pun boleh la dey!  Kalau kalian bukak laptop dan online sebab nak discuss pasal assignment atau business deals, itu tidak mengapa. Ini, apa yang aku selalu nampak, buku takde, nota-nota pun takde. Aku cuma nampak kalian berfacebook selama sejam lebih. Nampak sangat bukan buat assignment. Oh, rumah kau takde access internet? Frappucino boleh pulak ko beli. Tapi share 4 orang la kan?

Sedarlah kamu wahai anak-anak muda sekalian bahawa perbuatan kamu itu cuma menggambarkan diri anda sebagai seorang yang ingin kelihatan cool, hip dan yuppie semata-mata. Starbucks bukanlah tempat anda menunujuk-nunjuk laptop ASUS atau Twintech anda. Tujuan hakiki orang datang ke Starbucks adalah semata-mata untuk wind down after a long day of work and just enjoy good coffee.

Yang marah,
Pengunjung Starbucks yang semakin tua.


Pesanan orang-orang tua: Banyak lagi tempat lain untuk menikmati good coffee sebenarnya. Termasuklah warung-warung kopi di kawasan kampung. Kena pandai cari je. Cuma kat warung-warung kopi, jangan la korang cari pasal mintak frappucino with whipped cream.

Thursday, 14 July 2011

Entry 'spéciale' sempena Bastille Day, Hari Kebangsaan Perancis.

Saya ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan kepada rakyat Perancis dan orang lain yang berjiwa Perancis. 


Tarikh 14 Julai dijadikan hari kebangsaan sempena memperingati peristiwa menyerang penjara-kubu Bastille yang menandakan kebangkitan negara moden Perancis dan Revolusi Perancis (tamatnya pemerintahan beraja). Eh, ayat kau macam buku teks la, setan.

Banyak produk dari Perancis yang bagi aku sangat cool seperti kereta Peugeot [sebutannya bukan "Pijot" ye, rakan-rakan] , roti Baguette, Croissants, home appliances jenama Tefal dan air mineral evian (satu botol kecik 5 hinggit syialll..). Korang memang cool lah! Vous êtes toujours génial!

Dan pada hari ini, ada satu makluman untuk kamu semua. Ada seorang wanita warganegara Perancis yang dikatakan hilang di Malaysia. Kalau kamu pernah nampak orang ni, contact la nombor yang aku bagi kat bawah gambar ni, okay. Ini serius, bukan main-main punya. 

Stéphanie Foray - dilaporkan hilang sejak 8 Mei 2011

Sedikit maklumat:
NAMA:  Stéphanie Foray
TINGGI: 1.57 m
UMUR:  30 tahun
Berambut perang dan mata biru.

Dia dikatakan melancong ke Asia Tenggara seorang diri dan tiba di Malaysia pada 5 Mei 2011. Keluarga beliau tak dapat call/sms/email beliau sejak 5 Mei 2011.



Apa-apa hal, boleh call Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur (03-2053 5500) atau pun boleh email ke consulat.kuala-lumpur-amba@diplomatie.gouv.fr

Notis kehilangan individu di laman web Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur [kat sini].

Picture of French National Flag credit to life123.com

Wednesday, 13 July 2011

"First World Problems" versi Malaysia

"First World Problems" adalah meme [disebut "meem"] Internet berkenaan rungutan masalah dari mulut penduduk negara maju ataupun golongan berpendapatan tinggi. Masalah-masalah dia takde la berat sangat, takde la sampai tahap membawa maut kalau tak selesai masalah ni.

Kalau nak tau apa itu Internet meme, boleh baca kat [sini]

Contoh masalah macam "my hand is too fat too shove into the Pringles container, so I am forced to tilt it" dan "I ate too much at lunch, now I'm too tired to work" adalah masalah  bukan berat yang selalu dirungutkan. Kalau orang dari negara ketiga dengar ni, dia sekeh je kepala kau sebab masalah kat negara diorang lagi berat contohnya tak cukup makan, takde air yang bersih, malaria, taun, keadaan sekolah yang dhaif, dan sebagainya. 

 Contoh-contoh "First World Problems" yang lain boleh dibaca di [sini] dan [sini]

Malaysia pulak bukanlah dikira sebagai negara ketiga, sebaliknya negara membangun. Lagipun gahmen kita sudah plan nak jadikan negara kita ni negara berpendapatan tinggi dan bertaraf negara maju kan? Aku sokong usaha itu, dan sebagai tanda sokongan, kat bawah ni adalah "First World Problems" versi kita. Saya percaya ramai dari kita pernah mengalami "First World Problems" macam kat bawah ni: 



Apa "First World Problems" anda? Kongsikan.

Tuesday, 12 July 2011

3 Jenis Manusia Pelik dalam Gym & Cara Mengatasi Mereka

Sebahagian dari info dalam entry kali ni dipetik dari majalah Men'sHealth tahun 2006.

Siapa yang pernah pergi gym, mesti pernah jumpa macam-macam perangai manusia yang pelik. Perangai pelik biasanya tak membahayakan orang, cuma kadangkala mengganggu sikit. Lagipun, diorang bayar jugak nak masuk gym apa.. 

Kat bawah ni aku perihalkan 3 jenis manusia perangai pelik yang selalu kita boleh jumpa dalam gym. Anda mungkin salah sorang daripadanya. 


1. Harimau Malaya

Tabiat: Tak ada kerja lain selain menjerit sekuat hati walaupun tengah buat biceps curl guna dumbell 1 kg sahaja.

Cara mengatasi mereka: Buat bodoh je. Ada kemungkinan mereka ni mintak perhatian. Agak-agak kalau rasa terganggu, pasang sajalah i-pod di telinga anda dan teruskan workout seperti biasa.







2. Mat Cermin 

Tabiat: Ini pun satu masalah. Lepas habis satu set, dia pergi berdiri depan cermin, check rambut, check dia punya muscle definition, dan apa sahaja yang boleh di-check. Agaknya dalam sejam dia kat gym, setengah jam workout, setengah jam tengok cermin kot.

Cara mengatasi mereka: Jangan risau. Mereka ni tak bahaya pun, biasanya jenis vain atau metroseksual kononnya. Jadi, mereka ni dengar cakap jugak la. Cakap je elok-elok, "Bro, mintak ke tepi sikit, saya nak tengok form* saya ni betul ke tak". Penulis blog ini juga didapati mempunyai tabiat sebegini.



3. Mat Musical

Tabiat: Telinga mereka sentiasa disumbat dengan earphone, tak kira la mereka ni guna i-pod ke, discman ke. Bila dah syok sangat dengar lagu, boleh pulak dia buat konsert dalam gym. Eh, kau ni nak menyanyi ke nak workout? Sekali tengok dah macam musical Puteri Gunung Ledang pulak.

Cara mengatasai mereka: Sama macam Harimau Malaya, pasang sajalah i-pod sendiri. Layan lagu, teruskan workout. Jangan kau buat perangai macam Mat Musical ni sudah la. Kalau tak suka dengar lagu, mintak tolong brader yang jaga gym tu sound diorang.


Anda selalu ke gym? Apa lagi perangai pelik yang biasa kita jumpa? Silakan komen.

*form = teknik sesuatu exercise tu dilakukan. Merangkumi antaranya postur, pace dan posisi. Bukan boleh main sebarang angkat je! Silap form, boleh injured, muscle tak terbina pun.

Sunday, 10 July 2011

The Aftermath of 9th July 2011

Oleh kerana esok kerja, entry kali ini kurang ilmiah sikit. Buat apa nak stress? This is inspired from Obecomics and Senyum Khinzir at Blogserius and Freedom of Association.

 

Apa-apa pun, jadi Patriot yang kat bawah ni lagi 'cool'.  Income pun lebat !


By the way, kawan aku cakap muka aku macam Tom Brady. Betul ke?

2nd pic credit to Blogserius.
Gambar paling atas aku ambik sendiri. Serius!

Saturday, 9 July 2011

Pengalaman Aku - BERSIH 2.0 (dengan gambar)

Tanggal 9 haribulan Julai 2011 bakal menjadi tarikh bersejarah bagi negara Malaysia. Aku sebagai anak muda yang berdarah muda yang sentiasa RRRRRAAAAAGE dan tak puas hati dengan keadaan sekeliling juga turut tidak melepaskan peluang ini.









Di bawah adalah koleksi gambar-gambar yang merakamkan pengalamanku sepanjang BERSIH pada hari ini.

 
-END-

real bersih photo credit to AFP
'patriot' shirt credit to the food lover [link here]

Friday, 8 July 2011

Grammar & Pronunciation Police Reporting for Duty! : Common Mistakes We Make in Grammar & Pronunciation

This is the Grammar & Pronunciation Police! You are under arrest for violating laws of grammar and pronunciation !



Okay, although my English is not that 'fantastisch'. I do notice some common grammatical and pronunciation error often made by us Malaysians. To avoid confusion and to avoid being misunderstood by the rest of the world, it is best to avoid these boo-boos:


I) Saying "that's mean" instead of "that means"

"That's mean" is just improper, son!  "That's" is a contraction of "that" and "is"
So, if you say "Looks like our internet connection has been down since morning. That's mean we can go back home early", it just doesn't make sense! You are practically saying "That is mean we can go back home early" Does it make sense to you? NO.

So use "that means" whenever you are explaining a conclusion or result of something.



II) Using "photostat" instead of "photocopy"

Although the name "photostat" does exist because it is the name of the earlier version of the copy machine created in the 1900s, the term is rarely used now except in Malaysia. So instead of, "Mat, can you photostat this document for me?", say "John, can you photocopy this document for me?" or to make it simpler, "Can you make a copy of this document for me?"  Eh? Suka-suka kau je tukar nama, kan? Kejap Mat, kejap John.



III) Using "chop" instead of "stamp"

"Chop" is likely to have it's roots back in India where the stamp or seal is called "chaap". Although this makes sense, most of the English-speaking world would normally use "stamp" instead, for the verb as well as the noun.

You know the difference.


III) Pronouncing the word "flour" as "flaaaaaaaaaaaahhh"

It should be pronounced as in "flower".

Know the difference, excuse the ugly mugs.


IV) Saying "poem" as "poyem"

Apa poyem-poyem? It should be like somewhere between "pom" and "powem". Sounds almost one-syllable. You get the idea.

Poyolah "poyem-poyem"!


Well, that's it for today's lesson. If you like them or hate them, do give us a feedback. Thank you.


Oh, chicken chop photo credit to vkeong.com!




Related Posts with Thumbnails