Tuesday, 12 July 2011

3 Jenis Manusia Pelik dalam Gym & Cara Mengatasi Mereka

Sebahagian dari info dalam entry kali ni dipetik dari majalah Men'sHealth tahun 2006.

Siapa yang pernah pergi gym, mesti pernah jumpa macam-macam perangai manusia yang pelik. Perangai pelik biasanya tak membahayakan orang, cuma kadangkala mengganggu sikit. Lagipun, diorang bayar jugak nak masuk gym apa.. 

Kat bawah ni aku perihalkan 3 jenis manusia perangai pelik yang selalu kita boleh jumpa dalam gym. Anda mungkin salah sorang daripadanya. 


1. Harimau Malaya

Tabiat: Tak ada kerja lain selain menjerit sekuat hati walaupun tengah buat biceps curl guna dumbell 1 kg sahaja.

Cara mengatasi mereka: Buat bodoh je. Ada kemungkinan mereka ni mintak perhatian. Agak-agak kalau rasa terganggu, pasang sajalah i-pod di telinga anda dan teruskan workout seperti biasa.







2. Mat Cermin 

Tabiat: Ini pun satu masalah. Lepas habis satu set, dia pergi berdiri depan cermin, check rambut, check dia punya muscle definition, dan apa sahaja yang boleh di-check. Agaknya dalam sejam dia kat gym, setengah jam workout, setengah jam tengok cermin kot.

Cara mengatasi mereka: Jangan risau. Mereka ni tak bahaya pun, biasanya jenis vain atau metroseksual kononnya. Jadi, mereka ni dengar cakap jugak la. Cakap je elok-elok, "Bro, mintak ke tepi sikit, saya nak tengok form* saya ni betul ke tak". Penulis blog ini juga didapati mempunyai tabiat sebegini.



3. Mat Musical

Tabiat: Telinga mereka sentiasa disumbat dengan earphone, tak kira la mereka ni guna i-pod ke, discman ke. Bila dah syok sangat dengar lagu, boleh pulak dia buat konsert dalam gym. Eh, kau ni nak menyanyi ke nak workout? Sekali tengok dah macam musical Puteri Gunung Ledang pulak.

Cara mengatasai mereka: Sama macam Harimau Malaya, pasang sajalah i-pod sendiri. Layan lagu, teruskan workout. Jangan kau buat perangai macam Mat Musical ni sudah la. Kalau tak suka dengar lagu, mintak tolong brader yang jaga gym tu sound diorang.


Anda selalu ke gym? Apa lagi perangai pelik yang biasa kita jumpa? Silakan komen.

*form = teknik sesuatu exercise tu dilakukan. Merangkumi antaranya postur, pace dan posisi. Bukan boleh main sebarang angkat je! Silap form, boleh injured, muscle tak terbina pun.

11 comments:

  1. aku dah pegi cali fitness, fitness first, true fitness, jadah sume fitness aku pegi...tp kaum yg aku plg angker nigga gay usha penis aku..fav aku awek melayu pki tudung tp pki kondom satu badan...haha

    ReplyDelete
  2. @ dhum_dahij - nigga usha ko punya? i mean , dude, seriously? hahaha.

    ReplyDelete
  3. hahahaha, oke tak pernah pergi gym lagi T_T

    ReplyDelete
  4. hahahahaa... saya pon belum pernah gi Gym nie..hehe



    jom letak nizam ijam dalam bloglist
    ” Nizam Ijam Dot Com”

    ReplyDelete
  5. @ macek lala & nizan ijam - try la pergi sekali

    ReplyDelete
  6. soalan : mcm mana nak mengatasi instructor jenis caap air liur menyembur? dah penat lap muka dpn mata dia.. masih x paham bahasa...

    ReplyDelete
  7. @ Ony - mungkin anda boleh cari instructor lain atau tukar jadual kelas anda. Apa-apa hal pun, bawak je la face towel. heheh

    ReplyDelete
  8. Jom la kita p gym mmg best gileeee...

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails