Thursday, 21 July 2011

Bila Jenama Menjajah Minda

Bila jenama menjajah minda, kadang-kadang boleh keliru dibuatnya. Beberapa produk atau barangan lebih dikenali dan digelar dengan sesebuah jenama sahaja, walaupun produk tu ada bermacam-macam jenama. Contohnya, air minuman coklat biasanya orang panggil MILO je, walaupun produk yang digunakan tu mungkin ViCO, Van Houten dan sebagainya.


Mari kita tengok contoh-contoh dan situasi kat bawah ni:


1. Bila pelembut fabrik (fabric softener) dikenali sebagai Softlan.
Situasi: Nora berada di pasaraya. Mak dia pesan suruh beli Softlan. Dia menelefon emaknya untuk memberitahu yang fabric softener jenama Softlan dah habis. 


Nora   :  Mak, softener Softlan takde la. Dah habis. Tapi Downy dengan Comfort ada la. Boleh  
              tak?
Emak : Tak kisahlah kau beli softlan jenama apa pun, janji kau beli. Softlan kat rumah dah habis 
              ni..


2.  Bila segulung filem kamera dikenali sebagai Kodak.
Okay. Sekarang ramai orang guna kamera digital, aku tau. Tapi layankan je la dialog kat bawah ni..


A      :   Eh, kamera kau ni bukan kamera digital ni. Pakai filem ke?
B      :   Tak lah. Pakai Kodak.
A      :   Owh. Okay.. *terus malas nak tanya lebih*



3.  Bila sebarang kopi dikenali sebagai Nescafe.
Ini betul-betul jadi kat aku semalam dan benda ni la yang mencetus idea untuk entry kali ni. The foodlover yang bagi idea ni. Thank you! 

Situasi: Aku kat food court tengah order neslo* panas.


Aku              : Kak, neslo panas satu. Kopi lebih sikit eh.
Akak kedai   : Ha?
Aku              : Neslo panas, kopi lebih.
Akak kedai   : Oh.. nak nescafe lebih..*tengok member sebelah dia pastu sengih-sengih*
Aku              : Ha, ye.. *malas nak layan*

*Okay.. Neslo tu pun dah kira gabungan jenama Nescafe dengan Milo. Kedai yang aku pergi tu tak pakai pun kopi jenama Nescafe, dia pakai Indocafe. Ni satu lagi contoh jenama menjajah minda. Istilah yang tepat untuk minuman kopi campur coklat ialah 'mocha'. Aku nak cadangkan lepas ni semua kedai guna istilah 'mocha'. "Kak, mocha ais satu, kurang manis."



4. Bila semua ubat gigi pukul rata orang panggil Colgate.
Dalam sebuah asrama sekolah, dua orang rakan sedang  berborak dalam bilik air:

John Naidu     :  Bro, kau ada Colgate?
Azhar Hussin  :  Takde la bro, Darlie ada la. *sambil tunjuk tiub ubat gigi Darlie*
John Naidu     :  Ha, tu yang ko pegang tu Colgate la tu! Sikit bro, aku nak gosok gigi.



5. Bila semua ubat sakit kepala disebut Panadol.
Yang ini tak payah dialog. Aku rasa semua orang kat Malaysia panggil Panadol, letaklah jenama apa pun.

ARGGHHH!! Apasal panjang sangat entry kau kali ni, syaitannn?!!

Ulasan: Perkara ni bukan sahaja berlaku di Malaysia tapi berlaku juga di negara-negara lain termasuk United Kingdom. Kat sana, pembersih hampagas/vacuum cleaner dikenali sebagai Hoover. Cecair pembetulan/correction fluid/liquid paper (juga sebuah jenama) dikenali sebagai Tipp-Ex. Nak baca pasal Tipp-Ex boleh pergi [sini].


Jika kalian pernah belajar Marketing, perkara macam ni berlaku bila sesebuah jenama tu menguasai pasaran dalam kategori produknya dan jenama tu jadi sangat terkenal sehingga orang ramai guna jenama tu untuk merujuk kepada sebarang produk yang sama, tanpa mengira jenama yang sebenar. Dalam istilah Marketing, ia dikenali sebagai Generalised Trademark [baca sini].



Apa lagi contoh 'jenama menjajah minda' yang kalian pernah jumpa?

P/S: Ada satu jenama yang aku sengaja tak sebut kat atas, dan jenama makanan ni sangat-sangat popular kat Malaysia. Cuba teka apa dia?

Top picture credit to blog.educastur.es

20 comments:

  1. Meggi!! Dan meggi sgt tak bagus utk kesihatan!!

    ReplyDelete
  2. wah! menarik isu nie=) macam tak terfikir je pasal tu semua kan..hehehe :)

    ReplyDelete
  3. @ Amyz - Tahniah! anda kommenter pertama dan juga bagi jawapan yang tepat untuk soalan aku kat atas tu.

    @ laskar pelangi - sebab benda ni kadang-kadang kita tak sedar. dah terbiasa, kan.

    @ Ganbatte_Tensaii - yeah! masa aku beli yang jenama PenDrive punya, member aku tanya brand apa, aku jawab la PenDrive. Dia pelik, dia tanya aku balik "aik? ada pendrive jenama pendrive eh?" LOL

    ReplyDelete
  4. Koko Krunch, Corn Flakes,Porn Flakes

    ReplyDelete
  5. @ Ngerfan - that's very cute of you..

    ReplyDelete
  6. oreo... x kesah la jenama cream-o ke ape ke, janji biskut kaler coklat ngan krim putih dipanggil oreo...

    lagi satu, cornetto... janji aiskrimnyer dalam bentuk kon...

    ReplyDelete
  7. @ caldina - haah, kan. tapi cornetto aku jarang dengar la.

    ReplyDelete
  8. Pampers, kotex, sanita, clorox....

    pasal Mocha tu, kalau Neslo jadi rm2.20, kalau kau mintak Mocha ais jadi rm3.80.. ironi tak? hehe

    aku ada buat entry super panjang pasal ni, ko search je la 'pelanggan makan dengan mata'

    adios.. :)

    ReplyDelete
  9. @ Zulfikar - ironi beb! haha. orait, aku nak baca.

    ReplyDelete
  10. this post makes me think. haha. good one

    ReplyDelete
  11. Bila semua mee segera menjadi mee maggi...

    ReplyDelete
  12. @ Insomniac - thank u!

    @ Elaine - true dat!

    ReplyDelete
  13. siut je, asal aDe azHar HussIn N JoHn NaiDu... I2 NaMa SeBeNar 2...

    ReplyDelete
  14. @ Anonymous 2 august 2011 - sebab masa kita pergi mersing untuk drama competition tu, John naidu mintak colgate dengan aku. aku pelik.

    ReplyDelete
  15. MaK aI...!!!! tahun 2002 punya Cerita Ko igt LaGi Ka... hahhahhahahha.... AKu X igt LagsUng... Yg aKu igt, mLm 2 aKu n joHn Carik roKoK 1 MeRsing... hahhahahha.....

    ReplyDelete
  16. @ bizzyleng - ingat beb. tapi masa dia mintak colgate tu bukan nak gosok gigi. dia mintak sebab nak pedajal shahid ke yus ntah masa tidur. nak lumur ubat gigi satu badan. lol

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails