Thursday, 14 July 2011

Entry 'spéciale' sempena Bastille Day, Hari Kebangsaan Perancis.

Saya ingin mengucapkan selamat hari kebangsaan kepada rakyat Perancis dan orang lain yang berjiwa Perancis. 


Tarikh 14 Julai dijadikan hari kebangsaan sempena memperingati peristiwa menyerang penjara-kubu Bastille yang menandakan kebangkitan negara moden Perancis dan Revolusi Perancis (tamatnya pemerintahan beraja). Eh, ayat kau macam buku teks la, setan.

Banyak produk dari Perancis yang bagi aku sangat cool seperti kereta Peugeot [sebutannya bukan "Pijot" ye, rakan-rakan] , roti Baguette, Croissants, home appliances jenama Tefal dan air mineral evian (satu botol kecik 5 hinggit syialll..). Korang memang cool lah! Vous êtes toujours génial!

Dan pada hari ini, ada satu makluman untuk kamu semua. Ada seorang wanita warganegara Perancis yang dikatakan hilang di Malaysia. Kalau kamu pernah nampak orang ni, contact la nombor yang aku bagi kat bawah gambar ni, okay. Ini serius, bukan main-main punya. 

Stéphanie Foray - dilaporkan hilang sejak 8 Mei 2011

Sedikit maklumat:
NAMA:  Stéphanie Foray
TINGGI: 1.57 m
UMUR:  30 tahun
Berambut perang dan mata biru.

Dia dikatakan melancong ke Asia Tenggara seorang diri dan tiba di Malaysia pada 5 Mei 2011. Keluarga beliau tak dapat call/sms/email beliau sejak 5 Mei 2011.



Apa-apa hal, boleh call Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur (03-2053 5500) atau pun boleh email ke consulat.kuala-lumpur-amba@diplomatie.gouv.fr

Notis kehilangan individu di laman web Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur [kat sini].

Picture of French National Flag credit to life123.com

5 comments:

  1. yeah...tq for your support =) i follow!

    ReplyDelete
  2. @ missxidi - wokay! thank u too

    ReplyDelete
  3. oui! oui! had a nice experience at formula 1 motel...hahaha ..nice stalker.

    ReplyDelete
  4. aku suka liga france mereka..marseille kelab aku suka tengok dorang men..hehe..

    comel plak girl france tuh..sapala yang gi culik dia neh..hope2 dia selamat huhu

    ReplyDelete
  5. @ nice stalker - kalau waktu tu semua boleh cakap perancis, mesti dapat layanan 5 star punya. diorg bukan suka dengar orang luar ckp english sangat. a bientot.

    @ Syuxer - aku layan gak dulu waktu rumah aku ada channel supersports 2. aku suka PSG.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails