Monday, 4 July 2011

Entry 'spezial' sempena ulang tahun ke-26 penulis - Typo.

Kamu semua tahu tak, walaupun saya buat-buat rajin update entry banyak-banyak, saya selalu check 3 kali untuk elak ada typo. Ini pesan boss saya sendiri: "check 3 kali, confirm takde typo punya".

Saya malu dengan typo error. Umur dah 26 tahun pun masih buat typo error lagi. Kalau buat kerja selalu je ada typo. Waktu berBBM dengan tunang, banyak kali dah buat typo error. 

Saya tak mahu jadi macam obefiend si raja typo. Tapi saya tetap respek sebab walaupun blog dia kaya dengan typo [baca di sini] dan dia obese, typo itulah yang menjadikan blog beliau femes.

Potong je lah jari ni kalau asyik buat typo je..

Berikut adalah senarai typo yang saya jari saya selalu buat:

1) Kali > Kalai

contoh ayat: "ini adalah mesyuarat kalai ke-3 yang diadakan di sini"

komen dari Boss: "Apa Kalai? Kalai tu nama mamat India bekas ketua pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar."


2)  pergi > oergi

contoh ayat: "Dia menyatakan hasratnya untuk oergi bersama rakan sejawatannya"

komen dari Boss: "ini apa oergi ni? Orgy ka?"


3)  cepat > capat

contoh ayat: "diharap pihak tuan dapat mempercapatkan proses ini"

Komen dari Boss: "Capat? sebelum aku libas ko dengan capal aku ni, baik ko betulkan cepat!"


4)  beliau > belaiu

contoh ayat: "belaiu menyatakan rasa puas hati terhadap jawapan yang diberikan"

Komen dari Boss: "apasal banyak sangat typo ni? kurang kasih sayang? tak ada orang belaiu masa u kecik2 ke?"


5)  mesyuarat > mesyaurat

contoh ayat : "sebanyak 25 orang telah menghadiri mesyaurat tersebut"

Komen dari Boss: " mesyaurat? apa, 25 orang ni datang nak mengusha urat siapa ni?"


Disclaimer: Komen dari Boss di atas adalah gambaran penulis dan bukan apa yang sebenarnya dituturkan boss itu.
Tapi, hati siapa tak panas kalau tengok subordinates suka sangat buat typo error, kan?

9 comments:

  1. jap lagi dah 26 thn dipinjamkan Allah kebumi ini sebagai hambaNya...so tuntutlah ilmu utk diamal sebanyak2nya dlm kehidupan (syariah compliance) .ok,my biri-biri fon's battery is flat..x boleh sms @ call..happy birthday. you american?

    ReplyDelete
  2. @ CaszaBelle Boutique - ya begitu

    @ Anonymous 18:47 - no. i am nigerian. ok, cool

    ReplyDelete
  3. hehehe.. slamat hari lahir broo.

    terbaek la typo ko. yang kalai tu memang aku gelak kaw2 baca komen boss tu. hahahaha.

    ReplyDelete
  4. @ orang lidi - haha. Kalai memang no.1 typo error aku, sebab tu aku letak atas sekali.

    thank you, bro. keep on reading

    ReplyDelete
  5. aku selalu setiap kali lepas pos entry baru, aku baca balik 2/3 kali ulang. nak check ada error atau typo ke tak. biasa la, sedikit perfectionist. huhu

    ReplyDelete
  6. @ mitsuo - macam boss aku la. sebab tu dia suruh check 3 kali. haha. ada bagusnya.

    ReplyDelete
  7. bagus!

    ni ada satu kisah: pada suatu hari Pak Pandir telah pergi fotokopi dokumen yg diminta oleh bosnya.setiap kali selepas habis sehelai fotokopi maka dia akan memeriksanya bagi memastikan tiada typo..LOL

    ReplyDelete
  8. @ fatah - LOLWUT! typical pandir! ko ada je story pelik2 eh.. haha

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails