Saturday, 16 July 2011

Kepada pengunjung muda Starbucks sekalian - insaflah!

Walaupun aku bukan tiap-tiap hari lepak Starbucks, tapi aku sedar satu perkara yang menjengkelkan yang sering dilakukan oleh sesetengah pengunjung muda Starbucks. Apakah dia?

Apa yang aku nampak, mesti ada sekumpulan-dua anak-anak muda (biasanya warganegara Malaysia) yang lepak kat Starbucks dengan laptop semata-mata nak online bukak facebook. Dah tu lepak 4 orang, order satu gelas frappucino saja. Sungguh mulia budi pekerti anda, bukan? 

Dey! Cheapo sangatkah anda sampai nak online pun kena lepak Starbucks? Nak bukak facebook, kat rumah pun boleh la dey!  Kalau kalian bukak laptop dan online sebab nak discuss pasal assignment atau business deals, itu tidak mengapa. Ini, apa yang aku selalu nampak, buku takde, nota-nota pun takde. Aku cuma nampak kalian berfacebook selama sejam lebih. Nampak sangat bukan buat assignment. Oh, rumah kau takde access internet? Frappucino boleh pulak ko beli. Tapi share 4 orang la kan?

Sedarlah kamu wahai anak-anak muda sekalian bahawa perbuatan kamu itu cuma menggambarkan diri anda sebagai seorang yang ingin kelihatan cool, hip dan yuppie semata-mata. Starbucks bukanlah tempat anda menunujuk-nunjuk laptop ASUS atau Twintech anda. Tujuan hakiki orang datang ke Starbucks adalah semata-mata untuk wind down after a long day of work and just enjoy good coffee.

Yang marah,
Pengunjung Starbucks yang semakin tua.


Pesanan orang-orang tua: Banyak lagi tempat lain untuk menikmati good coffee sebenarnya. Termasuklah warung-warung kopi di kawasan kampung. Kena pandai cari je. Cuma kat warung-warung kopi, jangan la korang cari pasal mintak frappucino with whipped cream.

12 comments:

  1. title dah sgt baik! sgt interesting. a good entry!

    ReplyDelete
  2. @ mohamadadziim - thanks mate! headline tu penting dalam journalism

    ReplyDelete
  3. tak pernah pegi pun stabak tuh :)

    ReplyDelete
  4. @ cik zety - ada kelapangan nanti pergilah. tengok ragam manusia. haha

    ReplyDelete
  5. haha! dorg nak tunjuk style la tu bro... besa la tu, budak2... bg dorg cool... lepak2 kat starbuck, pas2 amik gambar ltak kat muka-buku... tgu dorg nek umur skit, start keja... bru dorg taw best lagi lepak kat mamak stall minum neskefe kaw rm1.50 pki broadband online... wakakaka!

    ReplyDelete
  6. @ Ziko - tu lah.. nak lagi best, lepak kat rumah, buat coffee sendiri guna coffee grinder.

    ReplyDelete
  7. aku dah lama nak beli coffee maker/grinder, tapi asyik tertangguh je..

    ReplyDelete
  8. beli la satu. dengan adanya satu coffee grinder, anda akan terasa diri anda sangat Caucasian. gahahahah. Nak2 kalau yang boleh buat espresso sekali.

    ReplyDelete
  9. best gak blog awk nih. hehe

    ReplyDelete
  10. irsyad bukak la kedai kopi ada free wifi..

    ReplyDelete
  11. @ miss_nia - thank u! teruskan membaca.

    @ Ummu Fateh - nak kena cari location dulu.

    ReplyDelete
  12. eh suka ati aku lah... they said.. hehe ;p

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails