Sunday, 31 July 2011

Orang Lain Blog Pasal Puasa, Aku Pun Sibuk Nak Blog Pasal Puasa Jugak - Tentang Bazar Ramadhan

Ramadhan tiba lagi dan umat Islam akan menyambutnya esok. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, bulan Ramadhan di Malaysia akan dicemari oleh pesta-pesta makanan dalam bentuk bufet di hotel-hotel dan juga juadah berbuka di bazar-bazar Ramadhan seluruh negara.

Untuk tidak memboringkan diri aku menyambut Ramadhan kali ini, salah satu rancangan aku untuk bulan Ramadhan tahun ni ialah dengan cuba memboikot pergi ke bazar ramadhan. Well, boikot agak mustahil sebab kalau aku malas tak larat, aku beli jugak kat bazar. Jadi, mengurangkan kekerapan aku pergi ke bazar ramadhan mungkin lebih logik dari memboikot secara mutlak. 



Berikut adalah sebab-sebab aku ingin mengurangkan kunjungan ke bazar ramadhan:

1. Balik-balik benda yang sama.
Bila pergi bazar ramadhan, balik-balik jumpa benda yang lebih kurang sama lepas tu lebih dari 5 gerai jual benda yang sama.  Dalam satu bazar, ada  5 gerai jual nasi ayam, 6 jual nasi tomato, 8 jual nasi kerabu. Yang jual kuih pulak, asyik-asyik karipap, apam balik, tako.

2. Kebanyakkan orang yang jual takde passion terhadap makanan.
Orang yang takde passion terhadap makanan ni dalam erti kata lain orang yang meniaga main-main. "Asalkan untung sudah, kualiti makanan belakang kira!" adalah mantra mereka. Pernah korang beli karipap yang lebih kulit dari inti? Apam balik yang letak jagung dan kacang tak sampai setengah sudu kecik? Pernah makan nasi lemak ayam berempah yang takde langsung rasa rempahnya dan daging ayam rasa macam plastik? Yang meniaga air tak payah cerita la. Entah berapa kali la diorang dilute supaya dapat untung..

3. Pengunaan polystyrene yang berleluasa
Membungkus makanan dalam polysytrene atau styrofoam adalah satu perkara yang bodoh dan sangat third world bagi aku. Sebab dia, polystyrene menjahanamkan bumi kerana sifatnya yang tak biodegradable. Bayangkan la, kau sorang je beli dah 1 styrofoam akan tercampak kat mana-mana landfill. Kalau setengah dari 26 juta penduduk malaysia? Darab dengan 30 hari kita pergi bazar ramadhan? Banyak beb. Tahun lepas aku selalu jugak la pergi bazar ramadhan bawak satu container kosong. Bila nak beli nasi tomato, aku mintak makcik gerai tu isikan dalam container tu. Semua orang tengok aku dengan muka yang pelik. Okay, siapa nak pergi bazar ramadhan sila buat macam yang aku buat tahun lepas. 

Styrofoam - serius hodoh.

4. Selalu ada fashion show kat bazar ramadhan.
Bila pergi bazar ramadhan, awek-awek bawah umur, cukup umur dan berumur akan turun dengan pelbagai fesyen dan ragam.  Ini menggangu konsentrasi dan Combo Hit Point puasa aku, kamu tahu tak? Awek-awek sekalian, aku tak la suruh korang turun bazar ramadhan dengan pakai purdah. Tapi kalau kamu pergi ke bazar ramadhan dah macam nak pergi club, apa yang korang cuba sampaikan? Nak mengorat aku ke?

Sekian sahaja random entry sempena malam pertama Ramadhan. Esok lusa aku akan bitching lagi.

picture credit (from top to bottom): asiantrails.info and alibaba.com

20 comments:

  1. aku sokong kempen kau....

    pergi bazar ramadan nak cari tepung pelita je.. hooyeaaahhh


    sahut kempen aku : boikot buffet ramadhan! tenkiuuu

    ReplyDelete
  2. 1st, sabtu kau memang hari cuti bagi blog kau eh.

    2nd, aku paling sokong point no. 4 kau. pergi bazar macam nak pergi ber-romance dengan bf (maksudnya seksi) adalah sangat membengangkan aku.

    ReplyDelete
  3. @ ngerfan - yes

    @ zulfikar - aku sokong! banyak mana sangat la kita boleh makan time berbuka kan? hotel gak yang untung..

    @ mitsuo - 1. ya, sempena hari Sabbath. LOL. takde la, aku cuma buat pattern 1 entry setiap 2 hari.at least hari aku rest tu boleh cari idea.

    2. bad romance. haha

    ReplyDelete
  4. alhamdullah! sokong bebenor anakku yg sorang ni..reasons yg mantopp, penuh ilmu dan amal!!!selalunya org ada ilmu tapi tak amal...selamat berpuasa dan selamat beramal!

    ReplyDelete
  5. khaeriah zaehera1 August 2011 at 13:54

    Babe, aku pernah turun bungkus makanan kat cafe bawak tupperware, semua org gelak kat aku ada la, huhu

    ReplyDelete
  6. @ nice stalker - och no. bukan penuh ilmu sangat. ini semua common sense. common sense masih kurang dalam masyarakat kita. mungkin banyak sangat DNA bovine dalam diri.

    @ Khae - yo. you should be applauded for ur effort! good on ya! diorg yang gelakkan ko tu nama je pernah duduk oversea tapi awareness masih di takuk lama.

    ReplyDelete
  7. @ Ngerfan - get yourslf a hobby, you twit.

    ReplyDelete
  8. like like like..hehehehe..

    ReplyDelete
  9. irfan jealous ke? tambah ilmu, tambah amal fi kulli hal...lagi satu, boleh jimat duit untuk....anyway semalam berbuka dgn apa? kurma n air sejuk?? bagus! ikut sunnah nabi.

    ReplyDelete
  10. @ amyz - thank u. thank u

    @ nice stalker - irfan jelly.

    ReplyDelete
  11. pendek kata,jual air paip + ais kat bazar ramadhan tu pun gerenti ada org beli.

    ReplyDelete
  12. @ norinaomar - ya! jual batu goreng tepung pun ada orang akan beli agaknya.

    ReplyDelete
  13. Hello there! Quick question that's totally off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My web site looks weird when browsing from my apple iphone. I'm trying to find a theme or plugin that might
    be able to resolve this issue. If you have any suggestions,
    please share. Appreciate it!

    Feel free to surf to my webpage: free online movies

    ReplyDelete
  14. Good day I am so excited I found your website, I really found you by accident,
    while I was searching on Bing for something else, Anyways
    I am here now and would just like to say cheers for a fantastic
    post and a all round interesting blog (I also love the theme/design),
    I don't have time to browse it all at the minute but I have saved it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the superb job.

    Have a look at my page: tv links
    Also see my web site :: tv online

    ReplyDelete
  15. May I just say what a relief to uncover somebody that genuinely understands what they are talking about on the internet.
    You certainly know how to bring an issue to light and make it important.
    More and more people should look at this and understand this side of the
    story. It's surprising you're not more popular given that you surely have the gift.



    Feel free to visit my blog post - tvlinks

    ReplyDelete
  16. I always spent my half an hour to read this weblog's articles or reviews every day along with a mug of coffee.

    Feel free to surf to my web blog buddy.boxtwobox.com
    My web page > buddy.boxtwobox.com

    ReplyDelete
  17. Now I am ready to do my breakfast, later than having my breakfast coming over again to read
    more news.

    Look at my page - watch tv online

    ReplyDelete
  18. This is very attention-grabbing, You are a very skilled blogger.
    I have joined your rss feed and look forward to looking for more of your excellent post.
    Also, I have shared your website in my social networks

    Here is my homepage cna certification

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails