Wednesday, 6 July 2011

Requested Entry : Pengalaman Temuduga dan Ujian untuk Kerja Gahmen (Government)

Atas permintaan Iskandar Redzuan [profil fesbuk di sini] yang merupakan member merangkap pembaca blog lelucon ini, dia nak aku kongsi sikit pengalaman aku pergi interview dan exam untuk kerja gahmen. Interview dan soalan mungkin berbeza ikut jawatan / skim yang dipohon. Tapi aku bagi ikut apa yang dia nak la, untuk skim M41. 

Ada 3 komponen penilaian: Exam bertulis, Ujian Kecergasan, Temuduga.  

A. Exam bertulis: 

i)  Isu semasa
Apa yang penting, kerjasama kita perlu tahu isu semasa. Ini asas beb. Isu semasa dalam dan luar negara. Kena ambik port pasal sukan jugak. Aku ambik peperiksaan tahun lepas (2010) waktu musim World Cup. Ada beberapa soalan berkenaan World Cup. Jadi, sangat membantu jika anda ambil port pasal sukan. Aku nampak ada candidate kat meja sebelah aku terkulat-kulat jawab soalan World Cup. Padahal soalan dia setakat "Berapakah bilangan pasukan yang terdapat dalam kejohanan Piala Dunia 2010" je.

Pastikan anda ambil port pasal isu semasa. Tak ambik port, tak boleh jawab, meraunglah kau dalam exam hall!

ii) Ujian Sahsiah dan Minat
Akan ada satu seksyen soalan yang diberi nama Ujian Sahsiah dan Minat iaitu soalan berkenaan diri anda sendiri. Soalan ini datang dalam bentuk objektif.  Pilihan jawapan dia, kalau aku ingat: Sentiasa, Seringkali, Kadang-Kadang, Jarang-jarang, Tidak Pernah. Lebih kurang macam tu la. Untuk soalan macam ni, dinasihatkan untuk menjawab sejujur mungkin walaupun menunjukkan keburukan diri / tabiat buruk anda. Kalau ko selalu kencing berdiri, cakap je la ko selalu kencing berdiri. Sebab apa, ada soalan yang sama akan berulang cuma ayatnya diolah lain sikit. Kalau ko bohong, boleh nampak kat situ. Ini semua perangkap psychology beb!


iii) Soalan matematik
Ada satu kertas soalan matematik. Ada 40 soalan kalau tak silap. Ini aku tak boleh nak kata apa sebab aku memang teruk dalam matematik. Amat membantu jika anda lulusan jurusan sains. Apa-apa pun, jawab sajalah mana yang sempat dan luangkan masa tidak lebih dari 10 minit untuk satu soalan. Aku dapat jawab 20 je. Nasib baik lepas!

Tak dapat jawab semua soalan matematik, kita rilek dulu aaa..


B. Ujian Kecergasan:

Calon-calon M41 sekalian akan bertembung dengan ujian kecergasan dalam slot yang diberi nama Personal Assessment Center (PAC). Ujian sekadar larian 2.4 km sahaja. Ia perlu diselesaikan dalam masa 15 minit (?). Aku tak pasti 12 minit ke 15 minit, yang aku tau masa aku ambik ujian ni, aku main lari je sampai terlebih satu round! Tiada tips melainkan, get fit. Kalau anda dah biasa jogging 2 km paling kurang seminggu sekali, ujian ini enteng sahaja.
Ujian kecergasan lebih kurang macam ni la. Baju tak bleh colour lain-lain. Kena pakai nombor macam banduan.


C. Temuduga:

i) Pengetahuan Isu Semasa
Seperti peperiksaan bertulis, pengetahuan isu semasa amat penting di sini. Tak lupa juga, kau kena tahu dasar-dasar kerajaan. Tak perlu tahu semua, sebab dia tak akan tanya semua pun. Aku pun bukan tau semua, tau pasal Dasar Penswastaan je. Tapi baguslah kalau kau tahu banyak. Kau memang genius tahap buku teks la beb!

ii) Confident kena ada tapi jangan over-confident
Confident itu penting sebab akan ada soalan-soalan yang mencabar minda dan daya ketahanan. Bila anda confident, anda boleh kencing apa sahaja jawapan yang dikira masih dalam kotak pemikiran yang munasabah. Bila anda over-confident, itu yang jadi masalah, anda cenderung untuk kencing lebat tak hingat punya sampai jawapan dah tak logik dah. Over-confident juga akan menampakkan diri anda poyo dan panel penemuduga ni selalunya orang yang berpengalaman dalam gahmen, diorang boleh detect siapa yang poyo. Tapi ada gak yang lepas. Ah, rezeki masing-masing, ye tak? Asalkan tak menyusahkan kerja aku sudah la.
 
iii) Ambil tahu skop kerja
Soalan yang biasa akan ditanya panel penemuduga. Agaknya diorang pun dah boring tanya soalan sama tiap-tiap tahun. Banyak rujukan untuk soalan sebegini boleh didapati dalam buku dan juga di alam maya. Untuk jawatan M41, saya mencadangkan buku disebelah kanan ini, terbitan PTS.  

Akhir sekali jangan lupa memanjatkan doa.
Usaha, doa dan tawakkal. Mesti mau balance. Walaupun kita boleh lari 2.4 km bawah 12 minit, kita masih manusia yang lemah. Berdoalah ikut kepercayaan masing-masing. Tak kiralah anda percaya Zeus ke, Ahura Mazda ke, Toruk Makto ke, jangan lupa berdoa.

28 comments:

  1. gambar tak leh blah.. haha

    ReplyDelete
  2. betul..siapalah yg jd cameraman tue..apa apa pun..menarik ^_^

    ReplyDelete
  3. @ Mitsuo - hahaha. boleh letak kat belog kau kalau nak.

    @ Cik Mira - terima kasih

    ReplyDelete
  4. isketambola...6 July 2011 at 21:58

    wahhh...sungguh2 menarik tertarik ko mmg gebabom!!
    any way thanks yar my fren!!
    sangat2 brguna!!
    kwn2 ucapkn syabas inspektor sahabbbbb kpd kawanku ni!!
    brjaya dlm temuduganya...

    ReplyDelete
  5. @ isketambola - hahahaha. thank you. all the best untuk bakal tunang ko

    ReplyDelete
  6. aku nak apply ptd weh!!semangat aku tgk bdak2 ni :)

    ReplyDelete
  7. @ Anonymous - anda dialu-alukan. Pekerjaan yang mulia ni.

    ReplyDelete
  8. Okayyy.... agak berguna yer tips ko nih... ahahahahaha.....

    ReplyDelete
  9. situsai sebenar ke bro?? :D

    serius nk tanya ni.. dorg akan tanya macam2 tak?? berapa lama ambik masa temuduga?? aku takut gila ni.. nk pe ke taknak. huhuhu


    <-- tak tau apa dia tanya nanti.. itu yang mengigil nak pi.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. khaeriah zaehera7 July 2011 at 09:01

    first u wrote something serious on your belog, hahah

    ReplyDelete
  11. @ Ony - boleh la buat bekalan sikit2. ni maklumat on the surface je, nak tau semua,kena pergi la sendiri.

    @ Mejuez - situasi sebenar. satu temuduga dalam 20-30 minit jugak la. basically, dia akan tanya benda2 yang aku sebut kat atas tu. tak lupa jugak, macam interview kat mana2 tempat, dia kan tanya pasal diri ko. pegi je bro. ada rezki, dapat la. insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. @ khae - sometimes we need substantive things too. :)

    ReplyDelete
  13. pergh...ko ni macam tau-tau je ada baru dapat surat exam ptd...terus singgah blog aku...tapi macam malas plak nak pergi..dulu dah penah fail exam...anyway, ko ptd skrg ni?

    ReplyDelete
  14. @ hazmin - haha. saja blogwalking. bro, pergi la exam. ada rezki, dapat la. InsyaAllah.

    Tak, keja office je bro.. haha

    ReplyDelete
  15. eceh...merendah diri plak..ptd pun keje ofis fak bro...kementerian mana? adeh...curah la ilmu yang ada...aku exam pun dah sangkut...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. @ Hazmin Hamudin - Haha. Lebih kurang la bro. Cukup2 untuk sara anak bini.. boleh la.. haha. Kementerian dekat dekat Presint 2, atas bukit. Setakat ni tu je tips / pengalaman yang aku boleh reveal. Lain2 agak confidential la. Sori beb

    ReplyDelete
  18. sah2 KDN la ni...adeh...takkan confidential..sedih aku..malas nak pergi exam dah ni..macam takda harapan...haha

    ReplyDelete
  19. @ Hazmin Hamudin - Haha. Confidential beb. Pergi je. Ada je member2 aku yang dah 4 kali ambik exam, last2 dapat gak. Cuba selagi boleh, bro.

    ReplyDelete
  20. kihkih...tq bos...apasal confidential ? nanti bile2 bleh la lepak...

    ReplyDelete
  21. bro,ko dah bg royalti blom kt geng2 yg ada dlm gmbar kursus asas tu?...haha

    ReplyDelete
  22. @ Anon 10:06 - royalti dia nanti claim kat aku next kursus, k!

    @ Hazmin - tadahal.. confidential sebab nanti aku kena marah kalau aku reveal.

    ReplyDelete
  23. buruknya meraung....nampak plaque!!!time to go to dentist.

    ReplyDelete
  24. hahahahahaah , pergi dentist kulai , buat scalling .. :)

    ReplyDelete
  25. @ nice stalker - NO

    @ Qila - Kulai mana ada dentist

    ReplyDelete
  26. Waahhh incik Irshadim, saya dah kene exam PTD, skang tgh refer blog ni lagi skali utk tips. Hehehehehe.. Takpelah, kalo pegi tak dapat interview pon, takpe, nak amek pengalaman jawab exam gahmen..hehehe..neway post ni sgt membantu..hehehe..thanx!

    ReplyDelete
  27. @ Amyz - ur welcome! semoga berjaya. Kalau dipanggil, pergi lah.

    ReplyDelete
  28. damn! siot la gambo tu. betul2 meraung!

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails