Tuesday, 2 August 2011

Bangi Bandar Islam - Kenali Penduduk Bandar Baru Bangi melalui stereotaip.

Bandar Baru Bangi merupakan sebuah township di selatan Lembah Kelang yang dibangunkan oleh PKNS bersama beberapa badan antarabangsa yang lain. Kedudukannya di koordinat 2° 57′ 0″ N, 101° 46′ 0″ E menjadikannya satu lokasi yang strategik yang sering menjadi tumpuan pihak tentera NATO, Al-Qaeda dan parti pembangkang. Okay, ianya strategik sebab ada laluan mudah ke Bandaraya Kuala Lumpur serta berdekatan dengan Putrajaya. Strategik sebab banyak institusi-institusi pengajian dan juga pusat latihan syarikat-syarikat perbankan. Tak lupa juga, ia berdekatan dengan Nilai yang merupakan tempat membeli belah aksesori dan segala macam semak-samun untuk majlis perkahwinan meleis.

Putrajaya terletak di sebelah barat, Kajang di sebalah timur manakala Kuala Lumpur menghala ke utara melalui lebuhraya Utara-Selatan. (Gambar satelit ihsan dari Google Maps)

Setiap kawasan atau neighbourhood, saya percaya, mempunyai stereotaip penduduknya. Stereotaip tu apa? Mesin taip yang ada speaker stereo surround sound ke? Aku malas nak layan soalan macam ni. Kau boleh baca maksud stereotaip kat [sini].


Okay. Bandar Baru Bangi juga mempunyai stereotaip penduduknya yang tersendiri. Mari kenali penduduk Bandar Baru Bangi melalui stereotaip-stereotaip di bawah.


1. Penduduk Bandar Baru Bangi sangat menerapkan nilai-nilai Islam dalam dalam kehidupan seharian mereka.
Jika anda pernah ke Bandar Baru Bangi, anda dapat lihat aktiviti atau program-program masjid sangat giat dijalankan di sini. Kemana sahaja anda pergi, boleh lihat rata-rata penduduknya mengenakan pakaian yang menutup aurat dan sangat menepati syara' walaupun ke fast food restaurant sekali pun. Maka, tak heranlah ada lambakkan kedai-kedai busana muslimah kat sini. Boleh kata dalam satu deret kedai tu, ada 5 buah kedai yang jual busana muslimah. Eh, tapi kedai busana muslim takde pulak ye?

Bangi Bandar Islam - Dari kiri: Keluarga yang bertaqwa di Petronas Seksyen 10, Masjid al-Hasanah Seksyen 9, sekumpulan Muslimah menikmati hidangan di Muzdalifah Fried Chicken


2. Penduduk Bandar Baru Bangi suka bawak kereta MPV walaupun penumpangnya seorang sahaja.
Bandar Baru Bangi ni bersepah dengan kereta MPV seperti Toyota Avanza, Innova, NAZA Ria, Kia Carens dan SsangYong Stavic. Yang peliknya, nak pergi kedai yang jaraknya 250m dari rumah pun nak bawak NAZA Ria jugak! Yang naiknya sorang pulak tu. Driver je. Disebabkan Penduduk Bandar Baru Bangi juga menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, maka secara otomatisnya aku melabel kereta Toyota Avanza sebagai kereta ustazah-ustazah. Korang perasan tak kebanyakkan pemandu Avanza adalah ustazah-ustazah? Ana anta naik unta Avanza!


3. Rata-rata penduduk Bandar Baru Bangi mempunyai taraf hidup yang tinggi, malangnya kekayaan dibelanjakan pada barang-barang mahal yang kurang berkualiti dan lacking in taste.  
Ini yang perlu diperbaiki oleh penduduk Bandar Baru Bangi termasuk penulis sendiri. Eh, taraf hidup aku mewah ke? Penduduk Bandar Baru Bangi lebih selesa membeli perabot di Cavenzi sebelah dengan Shell dekat simpang nak pergi Yankee's Hut berbanding dengan memandu 30 minit ke IKEA di Damansara untuk membeli perabot yang lebih berkualiti dan ada soul serta style. Harga lebih kurang je padahal.. Penduduk Bandar Baru Bangi sanggup menghabiskan RM 50 dengan lepak di ICE ROOM dekat Seksyen 9 untuk menikmati aiskrim yang tak berapa sedap. Untuk makluman, penulis pangkah habis-habisan ICE ROOM kerana aiskrimnya tidak ada soul dan tak creamy macam aiskrim Lecka Lecka. Nasib baik Tutti Frutti dah bukak kat Bandar Baru Bangi. Itu pun aku tengok masih ramai lagi yang lepak kat ICE ROOM. *telapak tangan ke muka*


4. Penduduk Bandar Baru Bangi mempunyai sistem dan tabiat parking kereta yang aneh.
Mungkin sebab bawak kereta besar macam SsangYong Stavic (contoh yang boleh dikaitkan dengan point nombor 3. LOL) yang susah nak manouvre/dikemudi, penduduk Bandar Baru Bangi parking ikut dan (asal boleh) sahaja. Di tempat-tempat seperti seksyen 8 dan 9, sistem parkingnya amat pelik. Ada yang parking menegak, ada yang parking menyerong. Mungkin salah Majlis Perbandaran Kajang sebab buat garisan parking macam kat bawah ni.

Ini sistem parking typical yang WTFBBQPorkChops yang akan anda jumpa di Bandar Baru Bangi.

Saya juga penduduk Bandar Baru Bangi.

Anda penduduk Bandar Baru Bangi? Pernah pergi Bandar Baru Bangi? Ceritakan apa perangai stereotaip penduduk Bandar Baru Bangi yang selalu anda lihat.

17 comments:

  1. Apa plak xde kedai busana muslim? Kn ada 5 sekitar seksyen 9?

    ReplyDelete
  2. saya sebagai penduduk asli bangi mengesahkan bahawa kedai busana muslimin xde..sekian

    ReplyDelete
  3. juga utk makluman, situasi seperti di atas adalah tidak wujud sama sekali sebelum tahun 2005..ya, selepas influx tinggi warga putrajaya yang kepingin bermaustatin di Bangi Bandar Ilmu serta mahu mencapai status melayu berduit, maka situasi yang saudara gambarkan terjadi dengan begitu kerap sekali sehingga menjengkelkan kami warga bangi yangtelah bermaustatin lebih 25 tahun..

    tensen woi..

    ReplyDelete
  4. Bandar baru bangi akan selalu refer ke PKNS dan Warta..

    dan jugak setesen bas, setesen bas tu ada pizza pah...

    bandar baru bangi juga sangat sinonim dengan parti keadilan rakyat, tapi tak tau kenapa.

    bandar baru bangi juga banyak roundbout mcm shah alam.

    orang bandar baru bangi kurang culture asimilasi dengan bangsa cina dan india, lebih kurang sama mcm kes org shah alam..

    kesimpulan.. Shah Alam dan Bangi adalah bandar PKNS utk org melayu.

    ReplyDelete
  5. @ anonymous & eM - itu la pasal, mana ada kedai busana muslimin kecuali kedai corner lot yang dekat warta tu, yang ada jual kitab2 dan CD ceramah2.

    @ eM - komen yang sangat detail dari penduduk asli Bangi. jadi, sebab tu la semacam ada sikit perbezaan gaya hidup penduduk kampung yang dekat2 macam sg. ramal dalam dengan penduduk kat kawasan perumahan baru? aku penduduk sementara bangi. haha.

    @ zulfikar - shah alam punya roundabout lagi banyak. itu memang bandar roundabout tegar. haha. itu la, kalau pergi kompleks PKNS shah alam degan bangi, macam lebih kurang je.. cuma kompleks PKNS shah alam ada banyak bank.

    ReplyDelete
  6. teringat makan kat Yankee's Hut..sedapnya!!

    ReplyDelete
  7. beloq ko ni lebih kurang dgn bloqserius je?

    ReplyDelete
  8. @ norinaomar - suasana dia yang best.

    @ anonymous 3 august - beloq ini memang dipengaruhi sedikit unsur2 blogserius, tapi penulis yakin bila beloq dia dah mature sikit, akan ada flavour dan soul nya yang tersendiri, hopefully.

    ReplyDelete
  9. insyaallah, tak sabar nak pindah tempat yg macam gitu..banyak majlis ilmu!!!

    ReplyDelete
  10. @ nice stalker - pindah bleh, tapi kalau nak beli perabot / perkakas dapur, kena beli kat IKEA. takmo beli kat kedai yang bodo.

    ReplyDelete
  11. ikea pon bodo gak pasai pa hang dok cakap ikea lg better? brg ikea suma mostly recycle tu psl murah,tp tgk la perabot kayu depa,kena air sket jahanam tujuh keturunan. ang xtau papa pasal interior design toksah dok cakap pa la

    ReplyDelete
  12. @ Anonymous 5 August - tapi IKEA ada jual butthurt cream & lotion.

    ReplyDelete
  13. sapa lah agaknya anon.5 august tu??? dont worry klu pindah pun, i dont need any furniture...never been to I-KAYA...cuma klu dia ada jual 100% pine furniture,why not? nostalgic and long lasting.

    ReplyDelete
  14. @ nice stalker - ntah. mesti la IKEA ada 100 % pine furniture. dah nama pun asal dari sweden. ha, pindah cepat.

    ReplyDelete
  15. 100% peratus agree dengan penulis nih, majlis perbandaran kajang tolong lah bekerja..buat susunan sikit tak da semak sana sini..lalang, pokok bunga jenis murah,kedai kereta accessories berlambak2 dan sampah ..kalau nak nak compare dengan penduduk bangi yang rata2 berduit dan berilmu tapi kedai yang dibuka rata2 tak berkualiti..kalau bukak konon berkualiti tapi harga dan rasa jauh tak sedap...nama pun bandar ilmu..tapi kawasan macam tak berilmu...pls do something

    ReplyDelete
  16. Lacking in taste? Lawak gak blog nih... IKEA jadi benchmark...

    ReplyDelete
  17. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails