Wednesday, 17 August 2011

Diari / Jurnal - Nenek Moyang Kepada Blog

Aku percaya ramai pembaca dan rakan-rakan di luar sana pernah ada diari, tak termasuk diari harian untuk mencatit urusan kerja. Se'rockstar' mana pun anda, mesti pernah ada diari sekali seumur hidup paling kurang. Tak payah nak tipu la..

Sedar atau tak, diari yang kita pernah tulis ni boleh dikatakan nenek moyang kepada blog. Asal perkataan blog pun datang dari Weblogs. Log = catitan aktiviti harian. Cuma blog sekarang ni tak semestinya pasal catitan perkara yang berlaku dalam hidup seharian kita. Tapi masih ada blogger yang buat blog dia macam diari harian.. ”dear diary..today I bla, bla, bla, bla..” Terpulang la pada selera keyboard masing-masing. Buat la ikut suka kau, tapi kalau jenis buat blog yang memfitnah, itu kacau.

Berbalik kepada diari, tak silap aku, aku ada 4 diari secara keseluruhan sepanjang aku bergelar pelajar. Paling aktif menulis dalam diari masa aku umur 13 - 14 tahun kemudian masa aku habis SPM tahun 2002 hingga ke zaman aku ambik diploma kat UiTM.


Ini diari zaman aku sekolah menengah. Tahun 1997 - 1998. Macam mana ntah aku boleh simpan diari ni lagi.
Salah satu catitan dalam diari 1997-1998 aku. Penuh dengan lukisan, cacian, makian dan kebabian. Lukisan kat bawah tu mengisahkan aku dengan kawan-kawan sekelas buat kacau dalam kelas Sains. Zaman sekolah menengah, aku agak rebellious. Sekarang baik nak mampus mengalahkan finalis Imam Muda.
Satu lagi contengan dalam diari 1997-1998. Kali ni aku meluahkan rasa menyampah terhadap uniform sekolah. Kalau korang perasan, uniform dia lain sikit sebab waktu tu aku sekolah di seberang laut.
Ini pulak diari zaman aku habis SPM sampai la aku masuk UiTM ambik Diploma. Pengaruh modern rock jelas kelihatan di situ. Antara band yang pernah menjadi pegaruh besar dalam pengisian rohani aku ialah Puddle of Mudd, Creed, Incubus. Creed? Band yang vokalis dia suara macam kuda tu pun kau pernah minat ke?
Kandungan diari 'modern rock'. Entry kat dalam mukasurat ni aku tulis masa baru lepas ambik result SPM. Aku tak tau la korang boleh nampak ke tak result aku tu. Kalau boleh nampak pun, tengok je la. Aku tau result SPM aku mediocre...
Satu lagi entry dalam diari 'modern rock'. Tulisan dari budak agas yang baru pertama kali kerja syif malam. Aku kerja kat Pizza Hut sementara menunggu result SPM & panggilan masuk universitas. Perkataan 'gila' digunakan secara meluas dalam diari ni. Nampak sangat vocab aku lemah. 











Aku tak boleh nak letak semua excerpts dari diari aku kat sini, karang lambat pulak loading. Jadi, sekian sahaja catatan sejarah penulis kali ini. Lepas ni kalau aku jumpa lagi artifak-artifak zaman muda-muda, aku share kat sini.

Berapa banyak diari korang pernah ada?

11 comments:

  1. aku tulis diari klu aku bengang........nasib baik tulis diari, klu bunuh orang....lagi kacau.

    ReplyDelete
  2. tak banyak..tapi aku pernah meninggalkan kesan ala diari kat dinding rumah aku(kat ruang tamu).Sejak tahun 1994 macam tu sampai sekarang ada lagi.aku taktahu nape bapak aku tak cat tempat tu.malu aku.

    sekarang aku taip n save dalam folder dlm laptop aku.kalau laki aku sok terbaca mampus aku!

    ReplyDelete
  3. aku pernah ade 2 diari.... tapi tulis tak konsistern...

    bapak aku ada diari sepanjang hidup dia.. dulu masa kerja dia tak penah miss jot down benda penting...

    ReplyDelete
  4. hahahaha!u r rite! aku ade 2 diary kot...hihihi..

    ReplyDelete
  5. hahaha... best2... last aku tulis diari masa aku form 2... masa tu terkantoy ngan mak aku aku gi ponteng skolah... start dari tu terus aku x tulis diari dah... biarlah catatan sejarah itu tersimpan dalam lubuk hati paling dalam... *jiwangs lak* apa yang penting, xde saper akan tau apa kejadian yg berlaku dalam kehidupan seharian aku... biarlah semua tinggal kenangan... =)

    ReplyDelete
  6. @ anonymous - psycho kau ni..

    @ norinaomar - dia tak cat sebab nak preserve macam lukisan gua zaman dahulukala.

    @ zulfikar - diari ko ada letak notes food safety tak?

    @ amyz - dua je?

    @ caldina - ko nak ponteng lain kali cover2 line la sikit. LOL

    ReplyDelete
  7. ha, klu bukak balik jurnal gi umrah 2004, tak de lah bahasa kekhinziran tu tp lawak tetap ada!! Gi buat umrah sekali lagi (self sponsored honeymoon hopefully), terus masuk blog! dan bandingkan pengisiannya...

    ReplyDelete
  8. nice bro. aku xda diari tp every peristiwa penting aku akan convertkan jadi lagu since 1998. so kalo kertas conteng2 buat lirik2 x jadi tu ada la. so every lgu aku ada cerita real disebaliknya

    but how i wish i had a diary one or more like yours

    ReplyDelete
  9. @ nice stalker - no. itu honeymoon sudah ada destinasi lain, yo. umrah tu tengah tggu stable sikit atau tunggu la dapat kerja kat Middle East. Baru senang nak access. kah.

    ReplyDelete
  10. @ azman - why you want a diary like mine? luahan hati anak muda yang rebellious semua tu. haha. agak2 berapa banyak lirik lagu yang ko dah tulis? Ada lirik yang belum ada melody lagi? meh passing kat aku satu, aku bagi melody.

    ReplyDelete
  11. haiyyo..ingat rock sgt..jiwang jugak rupanya ada diari

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails