Friday, 12 August 2011

Ingat Senang ke Nak Jadi Duta?

Kebelakangan ni banyak produk pengguna seperti mi segera, ubat gigi, pencuci muka malah sanitary pads yang di-endorse oleh selebriti dan artis (layakkah mereka bergelar artis kalau setakat jadi terkenal melalui muka seposen mintak undian SMS? Tak, saya tak jelly pun).

Apa yang saya tak berkenan ialah bila sesetengah syarikat tergamak menggelar selebriti yang meng’endorse’kan produk mereka sebagai Duta Produk atau Brand Ambassador.

Saya mengakui ada bagusnya jika menggunakan selebriti sebagai product endorser untuk melariskan jualan dan menguatkan lagi brand positioning lebih-lebih lagi kalau produk tu memang betul-betul berkualiti. Contohnya bila Castrol menggunakan Dave Beckham dan pelakon striker Cristiano Ronaldo untuk endorse minyak pelincir mereka. Aku percaya yang budak-budak dua ekor ni pakai minyak pelincir Castrol untuk enjin kerata mahal Perodua MyVi diorang.  Tapi itu tak menghalalkan istilah Duta Produk mahupun Brand Ambassador boleh digunakan sesuka hati. Aku ni macam JAKIM la pulak, kan?

Apa kau ingat senang-senang je boleh jadi Duta? Tahukah kamu apa sebenarnya itu Duta? Tahukah kamu bukan sembarangan orang boleh menggunakan title Duta/Ambassador atau Pesuruhjaya Tinggi/High Comissioner? By the way, kalau anda bijaksana, apa beza Pesuruhjaya Tinggi dengan Duta? Siapa dapat jawab aku bagi +1 Internets.  

Mengikut olahan aku mengenai maksud ”Duta” dalam kamus Merriam-Webster, Duta atau Ambassador ialah seseorang yang merupakan utusan rasmi atau agen diplomatik tahap Dewa (tahap tertinggi) yang ditauliahkan untuk mewakili kerajaan Negara mereka di tanah asing.


Now you know. Kamus takde pun cakap Duta itu ialah seseorang yang dibayar jutaan Ringgit untuk makan Mamee SLLLLLRRPP untuk meracuni khalayak ramai supaya membeli Mamee SLLLLRRRP.

Tahukah kamu apa yang perlu dilalui oleh seseorang itu sebelum beliau ditauliahkan menjadi Duta?

Calon Duta akan dikenalpasti oleh Kementerian Luar Negeri di kalangan pegawai-pegawai mereka. Calon Duta jugak boleh dikenalpasti dikalangan pegawai-pegawai dari kementerian lain ataupun dari kalangan political appointee. Kalau calon tu daripada pegawai Kementerian Luar Negeri, perjalan beliau sebenarnya jauh. Bukannya start masuk Kementerian Luar je terus jadi Duta. Dia kena lalui dulu bermacam-macam peringkat, bertugas dulu di Kementerian Luar Negeri, pergi bertugas luar negara 2-3 kali, dah naik beberapa rank, lebih kurang dalam 10-15 tahun, baru ada chance nak jadi Duta. Macam aku cakap, ingat senang ke nak jadi Duta? Tu belum cerita pasal proses pentauliahan lagi tu.

Butthurt la semua Duta-duta kita di luar negara bila title mereka juga diguna oleh Asmawi Ani, Diana Danielle dan Mila AF Cocopie. Dalam hati, Duta-duta ni mesti cakap, ”Aku ni standard Mawi je ke??”

picture credit (left to right) to syokkahwin.com, aroba.com.my and asiaexplorers.com  

12 comments:

  1. kalau guna title 'jurucakap'?ok tak?

    ReplyDelete
  2. selayaknya depa tu "PELARIS" saja...jadi jangan terpengaruh ok.

    ReplyDelete
  3. ak tau beza duta dgn pesuruh jaya tinggi... pesuruh jaya tinggi di gunakan di kalangan negara2 komenwel. tapi fungsi macam duta. negara selain kelompok komenwel, kita guna istilah duta. kan? kan?

    ReplyDelete
  4. tadi kereta aku rosak kat plaza tol jalan duta...

    ReplyDelete
  5. @ norina - ok tapi kurang tepat sebab 'jurucakap' ni biasanya untuk band2, personaliti atau organisasi.

    @ nice stalker - memang pun. ingat senang ke nak jadi duta?

    @ Azman - WARGHKAHKHAKAH! aku nak letak sekali gambar mamat tu, kalau ikutkan. tapi dah banyak sangat. so aku buat je la 3 comparison dalam gambar tu.

    @ MuhAs - yah! betul! +1 internets untuk kamu.

    @ zulfikar - secara otomatik, ko boleh jadi Duta kepada Jalan Duta. dah okey dah kereta?

    ReplyDelete
  6. Duta So7 tu kalo jadi brand endoser x boleh pakai title duta ke?

    ReplyDelete
  7. tats why dlm omputih diorang panggil "brand ambassador" <-- cengkonon nak nampak stail la konon.. hahahaha! biase laa..., sume nak sedap didengar, padahal...hampeh.. duta jenama pon blom tentu pakai jenama yg die ber-duta..hahahaha!

    ReplyDelete
  8. @ Ganbatte - Dia Duta Kehormat.

    @ Amyz - produk kalau nak ada Duta jugak, kena ada bangunan kedutaan. hahah

    ReplyDelete
  9. just menambah.. DUTA =vokalis sheila on 7 hehhehe

    ReplyDelete
  10. @ khairin - itu Duta secara mutlak. lahir-lahir dah terus Duta dah! hebat

    ReplyDelete
  11. DUTA = there's a direct & indirect relationship when it comes to ambassador...

    i.e.: ko bawak Ferrari Viva, org akan terus associate ko dgn Viva & u got the credibility (without the need of accreditation)..walaupun ko gebang sahaja...hahaha..thus,indirect ambassador....

    another i.e.: Sponsored Mawi with Satria Neo on top of loadss of cash (he's the brand ambassador for the ... company btw)...result=manage to attract makciks2 to company event, but sales failed miserably...conclusion?? Mawi sucks

    sincerely,

    ur friendly+free branding consultant

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails