Tuesday, 9 August 2011

Peribahasa, Pepatah dan Ucapan yang dah Tak Relevan Lagi

Tengok tajuk buku pun dah rasa lucu.

Bahasa Melayu kaya dengan pepatah, kata-kata bidalan, peribahasa dan juga simpulan bahasa. Tapi korang perasan tak ada peribahasa, kata-kata atau ucapan yang dah tak relevan lagi pada zaman sekarang? 


1. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia.
Memang la ulat duduk dalam batu boleh hidup. Tapi kamu tu ulat ke? Kenapa bandingkan diri kamu dengan ulat? Kalau nak pertahankan sangat kata-kata ni, cubalah hidup dalam batu, makan daun-daun, tak payah buat kerja, tutup internet connection kamu. Boleh hidup?


2. Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke anak cucu.
Kita selalu dengar ucapan ni di majlis-majlis kenduri kahwin, sama ada dari mulut DJ majlis kahwin, rakan-rakan ataupun dari lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian Saloma. Oh, majlis kahwin aku nanti boleh tak aku request jangan main langsung lagu ni? Lepas tu aku tak nak ada DJ sebab DJ kenduri kahwin selalunya merapu je lebih. Okay, berbalik kepada ucapan semoga bahagia hingga ke anak cucu, takkan nak ucap kat member kita semoga bahagia sampai ke anak cucu je? Lepas dapat cucu, dah tak bahagia la? Macam tu? Aku cadangkan ucapan ni kita ubah sikit jadi "Selamat pengantin baru, semoga bahagia ke infinity and beyond!"


3. Apa nak buat, nasi sudah jadi bubur.
Yang ni aku kena credit kat comradenami, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar sebab aku terbaca dia tweet pasal peribahasa ni. Yang korang susah hati dengan nasi dah jadi bubur tu kenapa? Bubur okay lagi, what? Masih boleh dimakan lagi. Bubur pun boleh jadi terkenal apa.. Ada bubur ayam McD, ada bubur lambuk Kampung Baru. Adakah korang susah hati dan bermuram durja bila dapat bubur lambuk Kampung Baru? Takde kan? Orang sanggup beratur panjang nak dapatkan bubur lambuk Kampung Baru lagi! Apa yang patut dirisaukan sebenarnya ialah bila nasi sudah menjadi basi. Tu memang dah tak boleh buat apa-apa dah melainkan bagi kucing makan. Tapi kucing pun teragak-agak nak makan nasi basi sebab kucing zaman sekarang sangat-sangat demand! Agaknya diorang dah ada kesedaran food safety.


Tamat. Boleh bagi aku apa lagi peribahasa yang dah tak relevan? Nanti boleh masuk entry lagi satu. LOL 

(picture credit to abdoel-malik.blogspot.com)

13 comments:

  1. aku rase bagai anjing menyalak bukit x relevan sbb mane ade anjing nak menyalak kat bukit dia pon pndi laa.. dia menyalak kat org jer.. x pon terus terkam n geget org.. hehehe

    latest entry Sesi TERJAH MENERJAH Blogger & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

    ReplyDelete
  2. No. 2 tu aku selalu ucap kat member2 aku semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

    Aku rasa banyak2 peribahasa, aku paling tak suka Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat. Sebab apa, sebab kalau anak mati adat pun mati la dah tak de orang nak follow.. haha

    ReplyDelete
  3. Majlis kahwin guna lagu instrumental je . Lagu Bach , Pachelbel, Mozart, Vivaldi dll

    ReplyDelete
  4. macam aku pernah tulis.. dalam entry mula memahami penaklukan mantik.... cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari...

    ReplyDelete
  5. Weh part lagu tu ko tukar la. bila time mula nak berarak je ko pasang lagu Pixies - Here Comes Your Man. lepas tu The Beatles - I Want To Hold Your Hand bila ko dah berjalan berdua ngan wife ko.. haha LOL

    ReplyDelete
  6. jahanam..sempat ko post ye...peribahasa yg plg xrelevan "hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri" sebab baru semalam student malaysia kena pau kat london...haha

    ReplyDelete
  7. @ kaizen - anjing yang menyalak bukit confirm anjing gila.

    @ mitsuo - itu peribahasa crazy pig (gila babi) punya! sanggup biarkan anak mati? cantik, nanti aku masukkan dalam next entry.. Lagu I want to Hold Your Hand tu aku nak suruh Ngerfan Lennon perform live nanti.

    @ zulfikar - aku rasa tu peatah yang paling tak senonoh sekali. mcm mana nak kencing berlari? haha.

    @ Ngerfan - u wanna perform live, ma nigga?

    @ dhum.dahij - hahaha. PSP dia hilang beb. kesian. yang buat kacau kat sana semua stock Chavs & Yobs (bukan yeop, ok) punya. pergi sekolah memonteng. membazir duit rakyat UK je bayar cukai untuk buku2 budak2 ni..

    ReplyDelete
  8. walaupun nmpk x releven tp peribahasa2 ni la yg menunjuk kan ketinggian ilmu masyarakat melayau satu ketika dulu...

    ReplyDelete
  9. khairin.. bersetuju dengan anda.. tak wajar kita perlekeh tinggalan org terdahulu ni.. peribahasa ini terhasil dari pemerhatian yang tinggi... lagi molek kalo peribahasa yang tak paham tu post kan, kita bincang maksud bersama..

    ReplyDelete
  10. @ Khairin - betul gak. Tapi, mana yang baik, kita maintain. Mana yang tak elok, kita perbaharui.. Itu pendapat aku la.

    ReplyDelete
  11. " rambut sama hitam, hati lain-lain "... TAK RELELVAN LAGI DAH! bukan semua orang rambut hitam ( walaupun orang asia , sbb kaler rambut! )

    ReplyDelete
  12. Setuju, yang elok kita kekalkan, yang tak relevan kita perbaharui. Orang² dulu pun bukannya semua bijak pandai, ada peribahasa yang terhasil secara tak sengaja pun. :)

    ReplyDelete
  13. @ Man - memang. tukar la jadi "hidung sama dua lubang, tapi hati lain-lain".

    @ Mitsuo - spot on!

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails