Sunday, 7 August 2011

Typically Malaysian?: Bertanya Soalan Yang Obvious

Dalam masyarakat kita ada satu habit bertanya 'soalan obvious'. Apa itu soalan obvious? Soalan obvious ialah bila orang yang bertanya tu terang-terang nampak apa yang kita tengah buat, tapi dia boleh tanya lagi apa yang kita buat.

Contohnya, bila kita tengah makan, housemate kita lalu kat depan lepas tu dia pergi tanya "oit, tengah makan ke?" Kepala hotak dia la.. Dah tentu nampak kita tengah makan, kan? Tak kan tengah menyahtinja pulak kalau tengah suap nasi dalam mulut?

Mungkin orang yang kuat bertanya soalan macam ni niat dia nak beramah mesra, nak mulakan perbualan. Bagus kalau niat dia macam tu. Tapi, tak boleh ke jadi kreatif sikit daripada tanya soalan yang obvious? Kalau nampak member tu tengah makan, daripada kau tanya "oit, tengah makan?" boleh je tanya "kau beli kat mana nasi goreng tu? bau macam sedap je.."  Silap-silap member tu offer nasi goreng dia kat kau.

Kalau anda ada member yang punya tabiat sebegini, bertenang, ada cara menangani mereka. Bacalah komik dibawah ini.


Apa pendapat anda tentang tabiat bertanya soalan obvious? Adakah anda memiliki tabiat sedemikian?

13 comments:

  1. @ Azfar - yup. lepas sahur tadi. haha

    ReplyDelete
  2. tengah blogging ke? huahuahua

    ReplyDelete
  3. laaa..aku tengah komen ke ni?

    ReplyDelete
  4. hahahhaha hal ni konfom mcm fak! mmg irritating!!!

    ReplyDelete
  5. @ Mitsuo & ked - DUSSSSHHHHH!! hahahaha

    @ Azman Naim - orang macam ni jangan dibiarkan Terus Hidup! LOL

    @ norinaomar - tengkiu. tengkiu

    ReplyDelete
  6. hahahahha ni Terus Pancung je niii!

    : tgah cari chord lagu Metallica HAHAHAHAHAHAH

    ReplyDelete
  7. utk ramah mesra apa salahnya..mna nk tahu nampak je mcm iron baju, rupa2nya iron tangan sebab byk berangan..

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang la cam tu gak..hehe..

    ReplyDelete
  9. @ PEAH - kalau iron tangan, itu masalah besar.

    @ Cik Am - sebab nak beramah mesra kan?

    ReplyDelete
  10. aah..macam nak beramah mesra..tapi kadang-kadang jadi lain lak..hehe..

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails