Sunday, 18 September 2011

Adakah anda Mr. Todd?


Pernahkah anda melibatkan diri dalam sesuatu hobi tetapi pada peringkat permulaan je bersemangat kemudian hobi itu ditinggalkan begitu sahaja? Dalam kata lain, hangat-hangat tahi ayam. Orang sebegini digelar Mr. Todd oleh tunang saya. Aku tak tau dari mana dia dapat nama Mr. Todd tu. Apa kena mengena nama Todd dengan hobi hangat-hangat tahi ayam entah..Nak tau tanya lah dia.

Aku pun ada jugak semangat hangat-hangat tahi ayam dalam beberapa hobi.


Tahun 1993 – Aku suka kumpul lencana. Suka kumpul sebab aku tengok dalam satu episod Doraemon ni, Suneo tunjuk kat Nobita koleksi lencananya yang berbagai-bagai. Start dari hari tu, aku kumpul la macam-macam lencana. Lencana tempat-tempat, lencana kelab, malah lencana parti politik pun ada. 3-4 bulan lepas tu, hobi tu terkubur macam tu aje.. Hampeh..


Tahun 2009 – Aku mula tanamkan minat melukis kartun secara serius. Konon nak masuk program APOrentice majalah APO la. Kalau siapa baca majalah APO tau la benda ni. Kena pulak time tu baru habis degree, tengah menganggur, tengah desperate cari kerja, aku pun praktis la melukis. Siapa tau boleh jadi kartunis kat Majalah APO kan? Punya la semangat sampai ke tahap mengkaji strokes-strokes dan lawak-lawak yang ada dalam bermacam-macam jenis komik. Disamping melukis, aku juga terjebak dengan sukan ekstrem parkour. Gara-gara tengok filem Yamakasi la nih.. Ye-ye je praktis kat tembok rumah dengan atas kereta bapak aku. Lepas aku dapat panggilan kerja kat Cyberjaya, kedua-dua hobi tu mampus macam tu je. Drawing pen aku semua terus aku tinggalkan. Kahkah.

2009 - Parkourist. Hahai lah engkau!!!

Hujung tahun 2010 – Tahun 2010 aku terjebak dengan sukan tenis sebab masa aku kerja kat Astro aku selalu kena monitor siaran langsung tenis macam US Open, Roland Garros, dan Wimbledon. Terpengaruh jugak la dengan Nadal, Almagro, Verdasco dan Ferrer. Player lain aku tak minat. Selepas bersara dari bekerja di Astro, aku mempunyai banyak waktu senggang, sambil menunggu kerja lain datang. Aku beli la raket tenis (well, tunang aku yang belikan sebenarnya), selalu jugak la turun court untuk praktis stroke walaupun pertama kali main sejak 10 tahun yang lalu.  Rajin jugak la praktis, sampai la ke tempat kerja aku sekarang ni, sebab  ada tennis court. Rooftop lagi, bang!  Kadang-kadang tu lepas waktu kerja, turun la. Tapi sejak bulan Mei tahun ni, dah tak pegang langsung raket tenis. Bila aku nak start praktis lagi pun aku tak tau lah..


Jun 2011 – aku start blogging secara serius. Haha. Aku juga mula terjebak dengan American Football. Well, lama dah nak main American Football tapi susah nak cari kedai kat Malaysia ni yang jual bola dia. Puas aku cari kat Al-Ikhsan hari tu, tak jumpa... Apa la Al-Ikhsan, kau pentingkan soccer je. Nasib baik ada member tempat kerja sorang ni pernah belajar kat Amareka, dia ada bawak balik bola tu sebiji. Janganlah dua-dua hobi ni jadi hangat-hangat tahi ayam pula..


Adakah anda juga Mr. Todd?

Friday, 16 September 2011

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car.



Special entry in conjunction with Malaysia Day. I’m gonna be serious today.

Some people claim that by placing the Malaysian flag on their car shows their patriotism, their love of the country. Nothing wrong with that. But labeling those who choose not to place the Malaysian flag on their car as unpatriotic is far from accurate, I must say.


You see, my sons.. Patriotism isn’t just about placing as many flags as your car roof can bear. Patriotism isn’t just about screaming “MERDEKA!” out loud on the 31st of August. There’s more to patriotism than that..

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car.. it’s about not screwing up your country’s surroundings with litter and unnecessary garbage.

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car.. it’s about refraining yourself from acting like a disgrace at home and abroad.

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car.. it’s about preventing yourself from wasting the nation’s resources -  like turning off your lights when you leave the office, reducing the use of paper at work and cycling to work (yes, I know you guys will say “but, our climate’s too hot and humid to cycle to work..")

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car.. it’s about paying your taxes on time and making good use of public facilities. Yeah, I know.. Our public facilities still have a lot of catching up to do.. which leads us to…

Patriotism ain't just about placing your country's flag on the roof of your car..
it’s about giving out your best effort and contributing to making a better change.  "Malaysia Ke Arah Kuasa Besar Dunia."



Showing my patriotism. Too bad I didn't have the national team's jersey.
But I have this! US national team's 2006 home jersey. So much for patriotism eh?

 "Eh, kalau ko patriotik sangat  apasal ko tulis entry kali ni dalam bahasa penjajah ha, setannnnn??"

Top picture credit to sayanuranis.blogspot.com

Wednesday, 14 September 2011

Random Rage Ramblings & Rants - Kalau Aku Kaya

This is a post is totally based on sincerity.....
  • Kalau aku kaya....jangan harap aku nak pegi kerja

  • Kalau aku kaya....aku tak beli kereta Malaysia, tapi Ferrari F430 with leather exterior

  • Kalau aku kaya....aku beli ManUtd dan jadi manager sampai relegated ke Conference National Division...baru butthurt Manshitter sekalian
  • Kalau aku kaya....aku beli Bournemouth FC dan beli player Barca & Real Madrid...dominate world football for the next century....
  • Kalau aku kaya....aku nak beli Timor Leste & tukar jadi nama aku...pastu bagi gaji sorang 8000 dirham sebulan...baru high income nation....

Tu kalau aku kaya...kalau korang??


Picture credit : redbubble.com, autoguide.com, indehekken.nl, and bonjupatten.wordpress.com

Tuesday, 6 September 2011

Luahan perasaan orang tua: Cukup-cukuplah tu beraya…


Entry aku kali ni bakal mengundang pertikaman lidah dan rasa tak setuju di kalangan beberapa pihak. Call me un-Malay, but this is the reality. Sekali-sekala kena tulis jugak benda yang melawan norma.

Budaya orang kita ni sangat terkenal dengan menyambut Hari Raya secara besar-besaran. Kalau dah beraya tu, mesti nak sambut sebulan. Dah puasa sebulan, Raya kena sebulanlah, ye tak? Well, NO. Kamu tahu tak betapa besarnya kerugian yang ditanggung oleh syarikat-syarikat kalau lebih dari separuh pekerja ambik cuti raya berminggu-minggu? Kamu tahu tak betapa kecewanya pelanggan dan stakeholders kepada agensi dan badan kerajaan jika jawapan yang mereka dapat ialah, ”maaf encik, pegawai yang handle benda ni bercuti sebulan..”?

Di kaca TV kita sering lihat dan dengar program-program lazimnya disajikan pada Hari Raya pertama, kedua, ketiga, keempat dan seterusnya sampai Raya ke 30. Mengarut. Tak pernah ada Raya sampai 30 hari. 1 Syawal tu je Hari Raya. School of thought mana yang mengajar kamu Raya ada 30 hari? Lagipun, program-program TV sepanjang bulan Syawal hanya menjadikan anda seorang tahi TV.

Contoh program bodoh di Hari Raya yang meracuni mentaliti rakyat. Tak habis-habis dengan menari, menyanyi..

Nak dijadikan cerita dan nak penuhkan entry kali ni, semalam aku lepak McDonald’s Bandar Baru Bangi, ingat nak escape dari makanan tradisi Hari Raya (ya, aku telah diracuni budaya penjajah, Illuminati dan Freemason) sekali diorang main lagu Raya pulak dah. Apakah semua ini? Padahal dah 8 haribulan Syawal dah. Raya apakebendanya.. Aku terus makan laju-laju, nak cepat balik.

By the way, minggu depan tempat kerja aku buat majlis sambutan Hari Raya. Aku turun jugak. Hippo.
Related Posts with Thumbnails