Sunday, 18 September 2011

Adakah anda Mr. Todd?


Pernahkah anda melibatkan diri dalam sesuatu hobi tetapi pada peringkat permulaan je bersemangat kemudian hobi itu ditinggalkan begitu sahaja? Dalam kata lain, hangat-hangat tahi ayam. Orang sebegini digelar Mr. Todd oleh tunang saya. Aku tak tau dari mana dia dapat nama Mr. Todd tu. Apa kena mengena nama Todd dengan hobi hangat-hangat tahi ayam entah..Nak tau tanya lah dia.

Aku pun ada jugak semangat hangat-hangat tahi ayam dalam beberapa hobi.


Tahun 1993 – Aku suka kumpul lencana. Suka kumpul sebab aku tengok dalam satu episod Doraemon ni, Suneo tunjuk kat Nobita koleksi lencananya yang berbagai-bagai. Start dari hari tu, aku kumpul la macam-macam lencana. Lencana tempat-tempat, lencana kelab, malah lencana parti politik pun ada. 3-4 bulan lepas tu, hobi tu terkubur macam tu aje.. Hampeh..


Tahun 2009 – Aku mula tanamkan minat melukis kartun secara serius. Konon nak masuk program APOrentice majalah APO la. Kalau siapa baca majalah APO tau la benda ni. Kena pulak time tu baru habis degree, tengah menganggur, tengah desperate cari kerja, aku pun praktis la melukis. Siapa tau boleh jadi kartunis kat Majalah APO kan? Punya la semangat sampai ke tahap mengkaji strokes-strokes dan lawak-lawak yang ada dalam bermacam-macam jenis komik. Disamping melukis, aku juga terjebak dengan sukan ekstrem parkour. Gara-gara tengok filem Yamakasi la nih.. Ye-ye je praktis kat tembok rumah dengan atas kereta bapak aku. Lepas aku dapat panggilan kerja kat Cyberjaya, kedua-dua hobi tu mampus macam tu je. Drawing pen aku semua terus aku tinggalkan. Kahkah.

2009 - Parkourist. Hahai lah engkau!!!

Hujung tahun 2010 – Tahun 2010 aku terjebak dengan sukan tenis sebab masa aku kerja kat Astro aku selalu kena monitor siaran langsung tenis macam US Open, Roland Garros, dan Wimbledon. Terpengaruh jugak la dengan Nadal, Almagro, Verdasco dan Ferrer. Player lain aku tak minat. Selepas bersara dari bekerja di Astro, aku mempunyai banyak waktu senggang, sambil menunggu kerja lain datang. Aku beli la raket tenis (well, tunang aku yang belikan sebenarnya), selalu jugak la turun court untuk praktis stroke walaupun pertama kali main sejak 10 tahun yang lalu.  Rajin jugak la praktis, sampai la ke tempat kerja aku sekarang ni, sebab  ada tennis court. Rooftop lagi, bang!  Kadang-kadang tu lepas waktu kerja, turun la. Tapi sejak bulan Mei tahun ni, dah tak pegang langsung raket tenis. Bila aku nak start praktis lagi pun aku tak tau lah..


Jun 2011 – aku start blogging secara serius. Haha. Aku juga mula terjebak dengan American Football. Well, lama dah nak main American Football tapi susah nak cari kedai kat Malaysia ni yang jual bola dia. Puas aku cari kat Al-Ikhsan hari tu, tak jumpa... Apa la Al-Ikhsan, kau pentingkan soccer je. Nasib baik ada member tempat kerja sorang ni pernah belajar kat Amareka, dia ada bawak balik bola tu sebiji. Janganlah dua-dua hobi ni jadi hangat-hangat tahi ayam pula..


Adakah anda juga Mr. Todd?

10 comments:

  1. hehe, best gila main tennis court rooftop... peh.. ko kerje astro eh? adik aku cust serv. aku hari tu hampir2 mohon TM cust serv, tapi mcm rasa tak mampu je dengan stress dia.

    ReplyDelete
  2. best oo.. lagi-lagi kalau malam. haah, tahun lepas aku kerja sana, jaga live programmes.

    ReplyDelete
  3. aku mmg confirm mr todd...mr todd on-off...coz aku maintain semua hobi aku smpai skrg...tp once in a while la...hehhh

    ReplyDelete
  4. patutnya beli 10 biji team SALUKI punya 26 tahun lalu...

    ReplyDelete
  5. @ awat takmau belikan? dulu ada american football yang sponge punya, mana pergi? wuuuuuuuuuuuu.....

    ReplyDelete
  6. irfan makan habis. dia ingat BUAH KANA..rupanya bola amariKANA !

    ReplyDelete
  7. now you're the one! ha ha sebab dah lama tak hupdet blog ni!!

    ReplyDelete
  8. caye ke tak. aku de sorg member serius "mr.Todd" nak tau hobi dia???

    ni hobi dia yg aku tau.ikut dari dulu smpai skrg.

    .bmx
    .skateboarding
    .snooker
    .bowling
    .rempit
    .u-groud illegal car race
    .car maniac 10years 8cars (traded)
    .karaoke
    .body building (serious)
    .motocross
    .offroad 4x4
    .on road cycling
    .off road cycling
    .golf
    .futsal
    .soccer
    .car sallon
    .on road motorcycle (got him a apprillaRS125)
    .remote controlled car racing
    .gambling

    n a few hobby i missed... seriously my friend here is doing the best he can on doing his hobby. even cash out at least Rm2k for apparel and equipment

    now thats what i call mr.todd

    ReplyDelete
  9. @ rafierosliputra - bukan Aleng kan? haha. kalau ko baca ni, jangan marah aa, Aleng. aku tau hobi ko banyak.. heh

    yang penting bukan aku sebab aku tak pernah ada motor.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails