Sunday, 23 October 2011

Travel : Perth, Australia - Intro.

Yes. The last entry was because I was preparing for my travel to Australia. Perth to be exact. And it's more of a business trip than a leisure trip or holiday because there are some work for me to do here. So bear with me if my next upcoming posts will have more pictures than text.

KLIA. Waiting to board the plane.

To start it off, my flight took 5 hours from KLIA to Perth International Airport. And surprisingly, there's no time difference between Perth and Kuala Lumpur.

Well, here I am.  It's spring in Perth and the temperature normally ranges from 19 - 29 degrees celsius. Even when it reaches 29 degrees, it's always windy, thanks to its location near the Indian Ocean. Nice.




Off to bed now.


Wednesday, 19 October 2011

Hujan Emas Di Tempat Orang?

Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, lagi cantik duit tempat sendiri.

Dua hari lepas aku pergi tukar duit RM ke Dolar Australia. First time tengok duit Australia, rasa macam duit monopoly pun ada. Ingatkan best sangat feel duit diorang. Design duit kita lagi winrar gua cakap lu.


Ringgit Malaysia

Aussie Dollars. Untuk makluman rakan-rakan sekalian, semua banknote mereka diperbuat dari material polimer sama macam duit RM 5 kita. Eh, aku bagi RM 61, apasal aku dapat AUD 80 pulak ni?




Kenapa aku tiba-tiba tukar duit Australia ni? Teruskan membaca blog ini kalau nak tau cerita seterusnya. Dengan harapan aku dapat cerita la.

Monday, 17 October 2011

Random Ramblings & Rants - Fappable..No?



Bodoh kah??? you decide urself..


Ini pulak??


Lepas ni aku expect kita akan nampak orang topless tapi tudung labuh tutup puting...nice...nice kalau muka kau macam Pauleen Hantu Tanah Kusir....kbai


oooppss..ada update : sebenarnya dress up dia mmg camtu...then one day dia ternampak orang jual tudung kat Plaza Alam Sentral...tetibe terbuka pintu hati dia nak cuba memakai tudung....bile dah try dia terasa seperti ada cahaya menerangi pintu hati dia...kini walaupun telah bertudung dia tetap selesa dress up macam tu...hehhhh..ye aku tipu...

Picture Credit: macammacamkoleksi.blogspot.com, sharmhassan.blogspot.com

Sunday, 16 October 2011

Wednesday, 12 October 2011

Perkara Yang Aku Tak Faham dengan Ibu Bapa Zaman Sekarang

Entry kali ini mengkaji perkara yang aku tak paham dengan segelintir ibu bapa zaman sekarang. Ada saja perkara pelik yang 10-20 tahun dulu tak pernah wujud tapi sekarang seakan-akan telah menjadi norma. Entry kali ini mungkin juga dipengaruhi unsur-unsur dengki sebab aku belum ada anak manakala ramai rakan sebaya dah ada anak dan cucu.


1.  Membawa anak-anak kecil lepak di kedai mamak hingga ke lewat malam.
Ini madness! Anak-anak kecil dan mereka yang bersekolah perlukan tidur yang cukup. Tidur yang cukup membawa kepada perkembangan mental dan fizikal yang sihat. Zaman aku budak-budak dulu, kalau pukul 10 malam tak tidur lagi, kena kaunseling cukup-cukup dengan bapak aku, tau? Yang makbapak zaman sekarang ni ajak anak-anak lepak kat mamak sampai pukul 2 pagi apahal? Obses sangat dengan English Premier League?


You should be in bed by now, kid! (This picture was stolen without permission)

2.   Selalu sangat bawak anak-anak makan kat fast-food. 
Sama ada si emak malas masak ataupun tak reti masak ataupun terlalu ignorant terhadap pemakanan yang sihat. Sebagai persediaan berumahtangga, aku rasa setiap sekolah menengah kena ada matapelajaran pemakanan dan masakan yang betul-betul mendalam. Setakat belajar buat sandwich sardin dalam kelas ERT Kemahiran Hidup apa barang, bang..


3.   Terlalu mengejar straight A (terlalu obses dengan pencapaian akademik) dan mengabaikan penglibatan anak dalam aktiviti sukan. 
Perkara yang tak perlukan penjelasa lagi. Cuba ko tanya Lionel Messi, ada dia dapat straight A dalam SPM?


4.   Memberi nama anak-anak dengan nama-nama yang aneh-aneh.  
Gejala ini berlaku dikalangan masyarakat Melayu zaman sekarang. Nama-nama macam Danish, Qistina, Qaseh, Qaisara adalah contoh nama-nama yang aneh-aneh. Apahal dengan nama Danish? Danish Butter Cookies ke apa? Lepas ni apa pulak? Scottish? Swedish? Norwegian?  Nama-nama yang banyak huruf Q pula menggambarkan ibubapa yang obses dengan huruf Q. Mungkin mereka ni golongan yang suka menaip perkataan ‘aku’ dengan ‘aq’ di laman web sosial. Kalau obses sangat dengan huruf Q, apasal tak letak nama anak ko Quality, Quantity ataupun Queer? Kepada mereka yang telah menamakan anak-anak mereka sedemikian, silakan rasa butthurt dan bash saya di ruangan komen.


Do I satisfy your Q cravings now, Q-ficionados?

Apa lagi benda pelik-pelik yang mak bapak zaman sekarang buat?
 

Monday, 10 October 2011

“I’m Worst at What I Do Best”


Entry dipengaruhi emosi ini bukannya menggambarkan apa yang aku rasa hari ni, tapi catitan random dalam buku nota aku bila aku merasakan all time low beberapa hari yang lepas. Siapa yang suka penulisan beremosi, silakan baca.


”I’m worst at what I do best, and with this gift I feel blessed” adalah line dari lirik lagu Smells Like Teen Spirit. “I’m worst at what I do best” bagi aku menggambarkan perkara-perkara yang kita rasa terbaik kita boleh buat dan orang lain mungkin kagum dengan apa benda yang kita boleh buat tu, tapi hakikatnya ia sebenarnya yang paling teruk.


Dalam kata lain, benda yang terbaik kau boleh buat sebenarnya standard liga bolasepak Maldives je kualitinya bila dibandingkan dengan orang yang betul-betul dapat buat sesuatu perkara tu dengan baik atau bila dibandingkan dengan orang yang memang berbakat dalam sesuatu perkara tu.


Aku bagi contoh pertama, main gitar. Di kalangan member-member dan sanak-saudara yang baru nak belajar main gitar, baru nak kenal apa beza chord dengan note, aku dipandang hebat dan dikagumi mereka. Tapi sebenarnya aku takdelah sehebat mana yang mereka sangkakan. Untuk seorang dude yang telah belajar bermain gitar sejak 10 tahun yang lalu, tahap pencapaian setakat boleh main lagu Nickelback, boleh strum power chords, plucking sikit-sikit setakat lagu You Were Meant for Me adalah sesuatu yang amat memalukan. 10 tahun kalau buat dengan betul boleh main flamenco dan classical, kamu tahu? My younger brother who just started like 3 years ago can kick my ass at guitars, you know? I’m worst at what I do best.

Lagu Smells Like Teen Spirit bermula dengan kord F

Seperkara lagi ialah gym. Dikalangan member-member yang bukan regular gym goers, mereka jealous dengan macam mana aku boleh maintain badan cantik. Ini aku petik kata-kata mereka secara verbatim, bukan aku buat-buat, bukan aku nak bangga diri, alright. Mereka sering bertanya soalan seperti ”Eh, nak makan apa untuk dapatkan ukur lilit biceps lebih 13 inci?” macamlah aku ni professional fitness trainer. Heh. Tapi adakah mereka tahu, di dalam gym itu lebih ramai otai-otai dan rakan sebaya yang lagi awesome potongan badan mereka? Mereka mempunyai biceps sebesar bola bowling, kamu tahu? Aku ni standard Mark Zuckerberg je beb.. I’m worst at what I do best. 


Dari sudut kerjaya pula, ada rakan-rakan yang memandang ujub dan kagum dengan apa yang aku buat sekarang. Tapi adakah mereka tahu bahawa aku tak sebagus title jawatan aku? Tidakkah mereka tahu bahawa kemahiran menulis dan berkomunikasi aku tidaklah sehebat mana yang mereka sangkakan? Taip dokumen penting penuh dengan typo. Apakah itu yang kamu kagumkan? Adakah mereka tahu aku adalah the dumbest blond in the office? I’m worst at what I do best.


Sekian luahan perasaan.

Saya mengalu-alukan komen nasihat seperti “bersyukurlah dengan apa yang diberikan pada anda..”, ”banggalah dengan apa yang ada pada diri anda” ataupun komen-komen yang sebaliknya. Tak kisah.

Saturday, 8 October 2011

I wouldn’t be so broke in the middle of the month if...


The Government has just revealed the Budget for 2012 yesterday. Some of it sounds good, some of it are ‘meh…’ Oh, well.. We can never please everyone on Earth, can we? Let's all be a good citizen now.

Talking about budget, we're coming to the middle of the month and I discovered that I’m nearly broke. This is my worst financial month of the year, guys. I spent the whole day sitting in the corner frustrated, thinking about the ‘IFs’ that could have saved me from being broke.


This is all I have left to survive for the month, guys. Yep, sad.

I wouldn’t be so broke in the middle of the month if...

  1. I ride a bike to work.

  1. I go home for lunch and have dinner at home too.

  1. There is no need to pay off my study loans.

  1. No price tag is put on land and houses.

  1. Mamak stalls don’t cheat.

  1. I don’t need to eat.

  1. I’m a cat.

  1. I don’t go to the gym.

  1. My blog has 2 million pageviews everyday.

  1. I am the Prince of Liechtenstein.


How's your financial status this month?


Oh, yes. You may have noticed that this blog now has an advert at the sidebar. Some of you may start thinking “Hey, what’s with the ads, Irshadim? You’re a fukken sellout now!” No.. it’s just to promote my fiancee’s part-time business. Feel free to have a look if you are interested in “not-so-over-the-top” hantaran, guys.  If you are not familiar with Malay culture, you can find out what a hantaran is here.

Thursday, 6 October 2011

Tribute to Steve Jobs (1955 - 2011)

I thought of posting a new entry today. But when I heard the news this morning, I think I might hold it off for a day or two. Even though I'm not that much of an iFag, here's a tribute to Steve Jobs. RIP. 




How much of an iFag are you?

Tuesday, 4 October 2011

Random Rage Ramblings & Rants - Thick vs Thin

no greetings for u..yeah u...coz hari ni aku emo, post yg bodo ini pun kena emo...baru la standardized kata boss aku...

topic for today is 'thick vs thin'...apa thick? apa thin? u can have a thick waist like RM (Ringgit Malaysia) or u can have a thin brain like.....like u already have....(this is an emo post, so u can be angry)

what's the big deal with being fat, overweight, flabby etc etc?? no, aku x gemuk mcm @irshadim ...xpernah seumur hidup orang panggil aku gemuk…yang selalu orang panggil aku ialah kering, kurus, panjang…kadang-kadang ada gak yang panggil aku hensem, si kacak etc…nak buat macam mana dah orang panggil…bukan boleh nak sumbat mulut diorg dengan kasut sesuka hati pun...kalau boleh mungkin ada pegawai kerajaan berpangkat JUSA yang merasa kasut Puma Speed Cat...

Now back to the real issue, thick vs thin..ape yang bagus sangat jadi kurus?? Ape yang teruk sangat jadi gemuk??? With no harm intended, let me tell u from my personal experience…so if any of u didn't agree, pls call me & kiss my ass… hehhhh


Disadvantage aku jadi kurus:
  1. tak tahan sejuk - (kau ingat seronok ke sejuk?? terpaksa acapkali ke tandas tahu?)
  2. orang salah sangka ingat aku tiang telefon (nasib baik anjing tak kencing kat kaki aku, tapi kucing pernah la)
  3. orang ingat aku tak kuat makan - oiii...kau tersilap disitu

Advantage jadi gemuk (dari pemerhatian pakar):
  1. best - tak payah share kerusi, katil, bantal
  2. orang takut nak buli - (except kalau kau pakai kemeja pink, dengar lagu korea loudspeaker, jalan lembab etc)
  3. boleh mintak nasi lebih tanpa meminta
Tu je raging rants aku...in conclusion, kepada yang kurus kau tak perlu nak kutuk orang gemuk sebab belum tentu kau hidup lama...mungkin esok lusa kau akan mati sebab kepala tersangkut elevator atau jadi gemuk sebab hyperthyroid...& kepada yang gemuk tak payah nak kecewa bagai sebab gemuk banyak faedahnya...pada aku la...ciao

Picture credit: weirdthings.org.uk & current-health-articles.com

Saturday, 1 October 2011

Apakah Pokok Pokemon ini?

Uploading pictures just for the sake of updating my blog, because it's been a while.

Aku terjumpa pokok ni masa beraya di rumah sedara-mara di Kedah pada bulan lepas. Buah pokok ni nampak macam character dalam Pokemon. So aku bagi nama pokok ni, Pokemon Tree. Senang aje. Kalau tuan orang bijak pandai atau kalau tuan graduan sains pertanian, apakah sebenarnya nama pokok ini? Tolong saya.


Looks like a plastic toy. But no, it ain't plastic, yo!


Jikalau anda semua curious ke mana saya pergi selama ini sampai dah lama tak update blog, saya sejak dua tiga minggu ni banyak menyibukkan diri dengan aktiviti luar daripada meja komputer, lebih-lebih lagi berjamming. Susah beb jadi orang yang banyak hobi ni! Macam Mr. Todd.
Related Posts with Thumbnails