Monday, 10 October 2011

“I’m Worst at What I Do Best”


Entry dipengaruhi emosi ini bukannya menggambarkan apa yang aku rasa hari ni, tapi catitan random dalam buku nota aku bila aku merasakan all time low beberapa hari yang lepas. Siapa yang suka penulisan beremosi, silakan baca.


”I’m worst at what I do best, and with this gift I feel blessed” adalah line dari lirik lagu Smells Like Teen Spirit. “I’m worst at what I do best” bagi aku menggambarkan perkara-perkara yang kita rasa terbaik kita boleh buat dan orang lain mungkin kagum dengan apa benda yang kita boleh buat tu, tapi hakikatnya ia sebenarnya yang paling teruk.


Dalam kata lain, benda yang terbaik kau boleh buat sebenarnya standard liga bolasepak Maldives je kualitinya bila dibandingkan dengan orang yang betul-betul dapat buat sesuatu perkara tu dengan baik atau bila dibandingkan dengan orang yang memang berbakat dalam sesuatu perkara tu.


Aku bagi contoh pertama, main gitar. Di kalangan member-member dan sanak-saudara yang baru nak belajar main gitar, baru nak kenal apa beza chord dengan note, aku dipandang hebat dan dikagumi mereka. Tapi sebenarnya aku takdelah sehebat mana yang mereka sangkakan. Untuk seorang dude yang telah belajar bermain gitar sejak 10 tahun yang lalu, tahap pencapaian setakat boleh main lagu Nickelback, boleh strum power chords, plucking sikit-sikit setakat lagu You Were Meant for Me adalah sesuatu yang amat memalukan. 10 tahun kalau buat dengan betul boleh main flamenco dan classical, kamu tahu? My younger brother who just started like 3 years ago can kick my ass at guitars, you know? I’m worst at what I do best.

Lagu Smells Like Teen Spirit bermula dengan kord F

Seperkara lagi ialah gym. Dikalangan member-member yang bukan regular gym goers, mereka jealous dengan macam mana aku boleh maintain badan cantik. Ini aku petik kata-kata mereka secara verbatim, bukan aku buat-buat, bukan aku nak bangga diri, alright. Mereka sering bertanya soalan seperti ”Eh, nak makan apa untuk dapatkan ukur lilit biceps lebih 13 inci?” macamlah aku ni professional fitness trainer. Heh. Tapi adakah mereka tahu, di dalam gym itu lebih ramai otai-otai dan rakan sebaya yang lagi awesome potongan badan mereka? Mereka mempunyai biceps sebesar bola bowling, kamu tahu? Aku ni standard Mark Zuckerberg je beb.. I’m worst at what I do best. 


Dari sudut kerjaya pula, ada rakan-rakan yang memandang ujub dan kagum dengan apa yang aku buat sekarang. Tapi adakah mereka tahu bahawa aku tak sebagus title jawatan aku? Tidakkah mereka tahu bahawa kemahiran menulis dan berkomunikasi aku tidaklah sehebat mana yang mereka sangkakan? Taip dokumen penting penuh dengan typo. Apakah itu yang kamu kagumkan? Adakah mereka tahu aku adalah the dumbest blond in the office? I’m worst at what I do best.


Sekian luahan perasaan.

Saya mengalu-alukan komen nasihat seperti “bersyukurlah dengan apa yang diberikan pada anda..”, ”banggalah dengan apa yang ada pada diri anda” ataupun komen-komen yang sebaliknya. Tak kisah.

9 comments:

  1. uNtuNg La DaH aDe KerJaYa...
    hehehhe
    mCm aku poN d KaLangan kaWan2 konoN2 NYe aKu paLing Power MasUK utaN..
    waLhaL, Kt LuaR tu ByK giLa outdoor FreaKz yg Lagi 10x ganDa power Dr aKu huhuhuh...

    I’m worst at what I do best..
    mCm SeSuaI uNtk aKu gak..
    huhuhuh
    peaCe No W@R.....

    ReplyDelete
  2. emm... pegangan "i'm the worst at what i do best" sgt sesuai sebagai falsafah memotivasi diri... at least kita tak kan mudah nak rs selesa dgn apa yg kita ada, atau sedang buat, malah nak buat lebih baik lagi.. maybe u r not worse at all.. huhu...

    ReplyDelete
  3. @ anonymous - jap.. aku bayangkan.. kalau ko tiap2 bulan masuk hutan, outdoor freak yg 10x ganda lebih power dari ko macam ko cakap tu mesti masuk hutan tiap2 hari kan? silap2 ada office dalam tu. lol

    @ MuhAs - good point. mari kita jadikan hari ni lebih baik dari hari sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. nampaknya ko dah terpengaruh dgn raging mood aku...hari ni aku agak rage gak....so tunggu similar post dari aku plak...hehhh

    ReplyDelete
  5. @ dhum.dahij - ko punya negative vibes sangat kuat dowh..

    ReplyDelete
  6. i am a big fish in small pond...


    k bye bye...

    p/s aku bos besar dalam kilang kecik...

    ReplyDelete
  7. der. takpayah buat pape.
    kau tidor makan tidor
    mesti kau xkan rasa
    "im worst at what i do best"

    kau just akan rasa
    "yes. im totally loser"
    sahaja!

    har har har

    ReplyDelete
  8. @ Zulfikar - itu ayat yang cikgu sekolah aku cakap masa penghujung tahun masa aku darjah 6, sebelum masuk alam sekolah menengah. ayat dia, "now you are the big fish in the pond, next year all of you will be the small fish in the ocean". classic.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails