Wednesday, 12 October 2011

Perkara Yang Aku Tak Faham dengan Ibu Bapa Zaman Sekarang

Entry kali ini mengkaji perkara yang aku tak paham dengan segelintir ibu bapa zaman sekarang. Ada saja perkara pelik yang 10-20 tahun dulu tak pernah wujud tapi sekarang seakan-akan telah menjadi norma. Entry kali ini mungkin juga dipengaruhi unsur-unsur dengki sebab aku belum ada anak manakala ramai rakan sebaya dah ada anak dan cucu.


1.  Membawa anak-anak kecil lepak di kedai mamak hingga ke lewat malam.
Ini madness! Anak-anak kecil dan mereka yang bersekolah perlukan tidur yang cukup. Tidur yang cukup membawa kepada perkembangan mental dan fizikal yang sihat. Zaman aku budak-budak dulu, kalau pukul 10 malam tak tidur lagi, kena kaunseling cukup-cukup dengan bapak aku, tau? Yang makbapak zaman sekarang ni ajak anak-anak lepak kat mamak sampai pukul 2 pagi apahal? Obses sangat dengan English Premier League?


You should be in bed by now, kid! (This picture was stolen without permission)

2.   Selalu sangat bawak anak-anak makan kat fast-food. 
Sama ada si emak malas masak ataupun tak reti masak ataupun terlalu ignorant terhadap pemakanan yang sihat. Sebagai persediaan berumahtangga, aku rasa setiap sekolah menengah kena ada matapelajaran pemakanan dan masakan yang betul-betul mendalam. Setakat belajar buat sandwich sardin dalam kelas ERT Kemahiran Hidup apa barang, bang..


3.   Terlalu mengejar straight A (terlalu obses dengan pencapaian akademik) dan mengabaikan penglibatan anak dalam aktiviti sukan. 
Perkara yang tak perlukan penjelasa lagi. Cuba ko tanya Lionel Messi, ada dia dapat straight A dalam SPM?


4.   Memberi nama anak-anak dengan nama-nama yang aneh-aneh.  
Gejala ini berlaku dikalangan masyarakat Melayu zaman sekarang. Nama-nama macam Danish, Qistina, Qaseh, Qaisara adalah contoh nama-nama yang aneh-aneh. Apahal dengan nama Danish? Danish Butter Cookies ke apa? Lepas ni apa pulak? Scottish? Swedish? Norwegian?  Nama-nama yang banyak huruf Q pula menggambarkan ibubapa yang obses dengan huruf Q. Mungkin mereka ni golongan yang suka menaip perkataan ‘aku’ dengan ‘aq’ di laman web sosial. Kalau obses sangat dengan huruf Q, apasal tak letak nama anak ko Quality, Quantity ataupun Queer? Kepada mereka yang telah menamakan anak-anak mereka sedemikian, silakan rasa butthurt dan bash saya di ruangan komen.


Do I satisfy your Q cravings now, Q-ficionados?

Apa lagi benda pelik-pelik yang mak bapak zaman sekarang buat?
 

16 comments:

  1. HAha why you is rage? Is still remember school in UK, we has home economic class, you learn cooking baguette and lasagna...

    ReplyDelete
  2. @ Q - my favorite part was learning to make scones. awesome.. btw, lu punya nama trolling sungguh.

    ReplyDelete
  3. Bila masa kau kena kaunseling pukul 10 tak tidur lagi? Kau yang chicken kan diri kau. KAHHHH

    ReplyDelete
  4. @ Ngerfan - ko belum lahir time tu, jangan banyak bunyi. underage kids.. sheesh!

    ReplyDelete
  5. haha.. q q q qqqqqq qqqqqqq
    50 tahun akan datang borang2 pendaftaran kene buat 40 kotak. anak2 skrg nama panjang2 da ade anak pun bg name panjang2. sampai terkeluar2 kotak. poning kepalo den. kne pulak kje polis.xmacho sungguh nama polis kalau melapor "saya danish amran qautinoas bin mohd danish qastoner melapor tuan !!!"

    by the way. aku de member sorg name dia a"***d i**ail ba***ir b***aqi bin ***** " panjang???

    ReplyDelete
  6. aku ada pikir nak tulis pasal ni, tapi kau dah tulis dulu, jadi aku share kan je la kat wall aku..

    Que Haidar Danish Bachtiar pierre andre daniel basque aryan arman porfavor de porke Bin Jamal...

    sedap betul nama tu, aku nak buh la nanti kat anak kucing.

    ReplyDelete
  7. point no 1-mak bapak nak melepak kat mapley tapi takde bibik nak jaga anak dia,tu yg hangkut sekali
    point no 2-kalau kau buat survey kat diorang,diorang mesti kata anak2 teringin nak makan,lagipun bukan selalu...seminggu 3,4kali dia kata bukan selalu tau
    point no 3-terlau kejar straight A tapi tak risau pulak anak2 tak reti ngaji @ solat

    point no 4-bagi nama panjang2,lalast panggil along.Pastu cikgu sekolah ngamuk2 sebab budak tu sampai abis tahun 1 tak reti eja nama sendiri sbb panjang benau

    sekian,komen terpanjang hari ini =)

    ReplyDelete
  8. salam sayang...

    aku teringin nak menjelaskan part nama anak tu pasal nama anak aku Danish Amzar yang untuk pengetahuan ko maknanyer adalah Pengetahuan Yang Mulia... yakni... Danish itu bermaksud Pengetahuan di mana aku mendoakan anak aku mempunyai pengetahuan yang mulia sepanjang kehidupannya...

    Sekian, terima kasih...

    ReplyDelete
  9. @ caldina - terima kasih atas penjelasan. cuma yang tak pahamnya, zaman dulu tak ada pulak budak-budak nama Danish. Aku pernah dengar nama Dinesh ataupun Danesh je, nama orang Iran.

    ReplyDelete
  10. @ norina omar - panjang betul komen kau. sepanjang nama budak-budak zaman sekarang.

    ReplyDelete
  11. @ zulfikar - pergh.. melampau nama.. siap ada por favor lagi.

    @ Rafie - nama bapak dia satu perkataan je? heh

    ReplyDelete
  12. gomen perlu mewajibkan tayangan 3 Idiots di sekolah, dan ibu bapa. :D

    ReplyDelete
  13. Point 1 & 2 tu aku setuju.. tp bab nama tu ak kurang setuju ler.. nama mcm danish, daniel, qistina, n qaisara semua ada maksud yg baik... cuba ko selak balik buku nama2 Islam yg indah.. ak gerenti ada.. kalo dulu org tak guna tak semestinya skrg xbleh guna... kalo ikut nama dulu, elok letak arjuna, teruna, melur atau pekan? tak kan kot... huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. @ MuhAs - terima kasih atas pendapat yang berlainan. aku sebenarnya lagi suka guna nama-nama melayu klasik macam ko sebut tu.

    ReplyDelete
  15. satu lagi bila emak bapak hangkut semua anak-anak gi hypermarket mcm mydin giant semua tu... lepas tu depa lepas anak-anak depa lari sana sini ...ingat itu theme park ke?????

    ReplyDelete
  16. it's not easy raising kids.

    should rephrase.

    bukan senang nak membentuk peribadi seorang anak.

    bai2. bdk bilik 1286

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails