Friday, 27 January 2012

Budaya tot-tet : tot-tetism : perkara-perkara yang melambatkan kita untuk melakukan sesuatu perkara


source: eyeonspain.com
Selalu terjadi bila kita plan untuk melakukan sesuatu perkara pada masa yang ditetapkan, akhirnya benda tu tak ikut apa yang kita rancangkan. Sebagai contoh, kita beriya-iya plan nak pergi ke pasar membeli groceries pada pukul 8 pagi, last-last pukul 11 setengah baru pergi. Aku menamakan perkara-perkara yang menyebabkan kelewatan ini sebagai “tot-tet”. 




Asal-usul istilah

Asal istilah “tot-tet” ini aku dapat daripada makcik aku bila ada orang tanya dia pukul berapa nak gerak ke Kuala Lumpur, lalu dia menjawab – “plan nak gerak pukul 9, tot-tet tot-tet, pukul 11 jugak la baru kita gerak”. Tot-tet tot-tet merujuk kepada benda-benda lain yang melambatkan plan kita, contohnya menunggu anak-anak bersiap siaga sebelum keluar untuk melawat sedara di kampung sebelah, ataupun bila time nak pergi tu ada je orang call. Tot-tet tot-tet juga disebut “ding-dong ding-dong” oleh sesetengah orang.



Punca tot-tet 

Punca tabiat tot-tet datangnya dari pelbagai hala dan dalam pelbagai bentuk. Dalam bentuk jasmani, ia misalnya datang dalam bentuk gangguan kawan-kawan yang tiba-tiba ajak berborak bila kita tengah ada task lain untuk disiapkan. Dalam bentuk maya, Facebook ialah contoh punca terbesar yang kita boleh nampak sekarang.




Bahaya budaya tot-tet

Bila tabiat tot-tet dijadikan budaya, ia boleh mengancam keselematan awam dan keselamatan negara. Bayangkan jika anggota bomba mengamalkan budaya tot-tet. Kalau ada rumah terbakar, kalaulah abang-abang bomba boleh lagi bertot-tet sebelum bergegas ke firetruck, tak ke naya?





Kesan bertot-tet dalam kehidupan seharian aku

Aku juga tak dapat mengelak dari tabiat tot-tet, tot-tet. Lebih-lebih lagi bila nak pergi kerja. Bangun bukan main awal, baju dah gosok malam tadi. Tapi last-last aku lambat jugak sebab time tu la nak cari wallet la, cari kunci kereta la..

Moral of the story, tak payah datang kerja awal sangat.

2 comments:

  1. kah! buat entry blog yg ghizzillion lame pun dikire tot-tet-tot-tet gak la.Deng!

    ReplyDelete
  2. haha...tot-tetism...kelakarlah kau ni... =)

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails