Thursday, 12 January 2012

Pelamin

Aku menghilangkan diri dari dunia blog sebab aku malas buat preparation untuk kahwin. Sekarang aku sudah kahwin, takde topik lain la aku nak tulis melainkan topik yang berkaitan dengan kahwin. Hari ni rasa macam nak cerita pasal pelamin. Sebab benda ni dah lama menjadi fascination buat aku.. Not in a positive way, though..

Sebelum aku cakap pasal pelamin, baik aku buat disclaimer, takde la teruk sangat kena bash nanti dalam ruangan komen. Disclaimer dari aku: Jika anda adalah golongan pro-pelamin, traditionalist mahupun pengusaha bisnes pelamin, penulisan saya bukan bertujuan untuk menghalang anda dari duduk atas pelamin atau membuat pelamin, tapi saya ingin mengajak kamu semua berfikir out of the box sedikit. (eh, ayat kau macam tabligh la.) Diharap anda semua tidak butthurt. By the way, duduk lama-lama atas pelamin boleh butthurt oii.. literally.



Oh.. how nice..

Kenapa benda ni dipanggil pelamin?

Nama pelamin sahaja dah dodgy semacam. Bunyinya macam kelamin sahaja. Adakah ia diberi nama pelamin sebab ia simbolik bagi menunujukkan satu pasangan ni sudah boleh melakukan hubungan kelamin?


Betul ke kahwin takde pelamin rugi?

Ada orang cakap, “ehhhhh... apasal majlis kau takde pelamin..? rugi la kau tak bersanding.. kawin sekali je seumur hidup.. ishhhh.. rugiiiii...”

Ye ke rugi? Ada je orang kawin banyak kali seumur hidup. Yang aku tau, orang mati sekali je. Tu betul-betul sekali. Mana ada orang mati dua tiga kali. Patutnya diorang cakap, “eh... rugi la kau mati nanti kenduri arwah takde pelamin... orang mati sekali seumur hidup je tau..”


Korang tau tak duit yang dibelanjakan untuk pelamin boleh guna untuk perkara lain yang lagi best?

Sebelum aku nak kawin, aku banyak survey-survey kat wedding expo seluruh Malaysia. Secara average, pakej yang ada pelamin mau cecah RM 3000 hengget! Pakej pelamin yang harga dia sepuluh ribu pun ada.

Kalau anda bijak matematik, dengan duit RM 3000 lebih tu anda boleh guna untuk honeymoon kat luar negara. Paling cikai pun dah lepas untuk pergi Krabi, Phuket atau Bali. Ghogi (rugi) aeh... Pelamin mahal-mahal, last-last honeymoon kat Cameron Highlands.


Kenapa pelamin terlalu elaborate tapi banyak elemen fake?

Tahukah anda bahawa bahan binaan pelamin itu sekadar cardboard dan plywood sahaja? Tiang Roman atas pelamin? Orang Rome pun kahwin tak bersanding tau..

Tahukah anda bahawa kebanyakkan pengusaha bisnes pelamin menggunakan plastic flowers sebagai decoration pelamin mereka untuk menjimatkan kos? Mesti korang tau.. Dah tau apasal degil sangat? And don’t get me started on those fake chandeliers..


Sebagai orang yang baru kawin, aku kena tidur awal. Aku akhiri post kali ni dengan pesanan: At the end of the day, kenduri korang guna duit korang duit mak bapak korang, bukan duit aku. Buat lah sesuka hati anda. Ini negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan sistem kapitalis. Jadi, bukan bidangkuasa aku nak dictate kenduri korang boleh ada pelamin ke tak. Korang pikir lah mana yang baik untuk diri sendiri.


Picture credit to dabridal.com.my

14 comments:

  1. kalau saya anak trump, saya x mau pelamin.. tapi saya nak food kat reception saya best2. ade rack of lambs setiap guest. muahahah

    ReplyDelete
  2. ok. berdebar tunggu post ko yg seterusnya. lps pelamin mesti bilik pengantin kan? er.. maksud aku deco kt bilik pengantin kan? kan? hahahahah!!

    ReplyDelete
  3. @ anonymous - haha. lepas ni entry pasal rumah pulak kot.

    @ the food lover - sebab tu kita kena ada prinsip "gua nak senang bukan untuk diri gua tapi nak bagi anak2 gua senang" heheh.

    ReplyDelete
  4. hahaha... aku kawen xde pelamin pon... x rugi pon... huhuhu...
    Alhamdulillah & tahniah to you... pas ni leh la join kelab bapak2 lak ek... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro. yeah, aku rasa pelamin amat merugikan, yo

      Delete
  5. betul,betul,betul! jgn lupa, hantaran pun sama jugak. tak wajib pun. hadiah boleh bagi, tp tak perlulah gubah habis2an sampai membazir. kalau buat sendiri ok jgk, kalau tempah mungkin mahal! so ingat2 'your other half',jgn charge mahal2 sangat. be reasonable..klu buat tu ingat nak tolong orang bagi 'their gifts look presentable'.ok lah tertazkirah lah pulok!!

    ReplyDelete
  6. apasal comment time tak sama real time?

    ReplyDelete
  7. aku pun nanti tak nak pelamin. dah la bazir. pastu kena kontrol hensem plak tu. kahkahkah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. bosan duduk keras macam tu je.

      Delete
  8. I agree with you on the pelamin thing. I don't want it either.

    It's not healthy for someone who has undiagnosed S.A.D (social anxiety disorder) like me.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails