Tuesday, 31 January 2012

So, aku dengar kau dah tak nak makan nasi?

Aku seringkali dengar orang cakap, “aku tak makan nasi sebab nak kurus, aku tak nak makan nasi sebab nak elak diabetes, etc..”

Aku nak gelakkan korang boleh tak? Kau tak ambik nasi tapi kau makan roti putih, sama je. Kau substitute kentang untuk nasi, sama je. Yang jenis lagi samdol, makan mihun sebab taknak makan nasi. Kau tak tau ke mihun tu biasanya diperbuat daripada tepung beras? Kira makan nasi jugak la tu.


Tahukah kamu?

Tahukah kamu roti putih itu juga tinggi karbohidrat dan kurang kandungan fibre? Kalau nak sangat jadi orang putih tak nak makan nasi tapi nak makan roti, makan la roti wholegrains. Aku mencadangkan kamu semua beli roti di Village Grocers dekat Bangsar Village. Roti Gardenia tak European, yo.

Ada yang mengelak nasi dengan alasan nak berdiet dan kononnya jaga potongan badan tapi tak mahu exercise. Apa guna kamu mengelak dari makan nasi tapi tak exercise? Segala tinja yang kamu makan tidak menjadi manfaat sekiranya ia tidak dibakar dan digunakan untuk aktiviti yang melibatkan pergerakan sistem musculoskeletal dan cardiovascular kamu.   

Untuk mejadikan entry kali ini lebih substantive dan bukan sekadar entry picisan semata-mata, saya lampirkan bersama-sama ini maklumat pemakanan antara nasi, roti gandum putih dan kentang panggang yang saya dapat dari laman web US Department of Agriculture. Sila bandingkan jumlah carbohydrate per 100 gram. Bergantung pada kaedah penyediaan makanan dan juga perbezaan antara spesis sumber makanan itu, sesiapa pun tidak boleh menjamin maklumat pemakanan di bawah ini 100 % tepat, cuma ia memadai untuk mendapatkan gambaran kasar. 






Untuk makluman juga, pemilihan sumber carbohydrate juga perlu di lihat dari sudut glycemic index. Lagi rendah glycemic index, lagi perlahan ia akan dicerna untuk tenaga. Bermakna ia lebih efisyen. Tapi ingat, tak bermakna semua makanan yang high glycemic itu jahat. Kadangkala kita perlukan sedikit makan yang tinggi glycemic index-nya untuk recover dengan cepat selepas aktiviti sukan yang berat.  Nanti-nantilah aku cerita pasal glycemic index, ataupun korang bacalah sendiri.


Sokonglah tanaman tempatan kita
 
Berbalik kepada nasi, bukan aku suruh kalian semua makan nasi tiap-tiap hari. Tapi sekali sekala kena la makan nasi. Kesian la tokwan aku kat Kedah tu penat-penat tanam padi, last-last tak ada orang nak makan. Takkan kamu nak suruh petani-petani kita ni tanam gandum pulak, mana boleh hidup, yo. Ambillah nasi dalam portion yang sederhana. Lagi bagus, kalau boleh masak nasi guna brown rice. Kalau rasa macam brown rice mahal sangat (memang mahal pun), campurlah brown rice dengan white rice dalam periuk nasi kamu. At least dapat juga extra fibre.


Getah simpul
 
Dapat disimpulkan di sini bahawa setiap perkara yang kita lakukan sebaik-baiknya in moderation, termasuklah dalam bab memakan nasi. Kau duduk Malaysia tapi taknak makan nasi langsung, itu pandangan ekstremis kamu tahu?

2 comments:

Say what?

Related Posts with Thumbnails