Tuesday, 7 February 2012

Bila banyak sangat cuti.

'office' aku masa kat Live Presentation Unit di Astro
Berbanding dengan kerja aku sebelum ini di Astro yang tak mengikut waktu pejabat, aku tak kenal apa itu public holiday. Aidilfitri 2010, aku kena kerja pada petang dan malam Hari Raya pertama sebab ada live match tennis yang agak besar.  Public holiday tak public holiday, kau tetap kena kerja. Tapi dapat triple pay la. Heheh. Selain dari triple pay, aku juga dapat cakap "GOL!" atau "service over" 3 saat lebih awal dari viewers kat rumah. Tu je la kelebihan dia.


Bila dah bekerja di sektor awam, maka mulalah aku mengenal semula apa itu public holiday. Bulan ini banyak sangat cuti. Bila tengok kalendar, sektor awam dan sektor-sektor lain yang mengikut waktu pejabat di Malaysia mempunyai cuti yang banyak. Banyak sangat cuti boleh menghilangkan momentum kerja. Bayangkan kau memang sah-sah cuti Sabtu dan Ahad, lepas tu cuti lagi hari Isnin dan Selasa. Siapa je yang nak kerja pada baki 3 hari tu?


Walaupun kita banyak sangat cuti, ini tak bermakna kita paling banyak berehat. Malah, sektor awam dan sektor perkhidmatan kita adalah antara yang overworked kerana ramai yang bekerja lebih dari 8 jam setiap hari. Ramai yang tidak reti membezakan work dan life. Satu perkara yang kita kena ingat, siapa yang balik rumah lewat bukanlah yang paling productive dan workaholic, ini semua propaganda pemikiran zaman meiji Jepun. Sebenarnya, mereka yang balik lewat ini mungkin pada waktu paginya pergi mengeteh, lepas lunch baru terkial-kial nak start kerja. 


Sementara kita menyambut cuti yang panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam ini, ada sedikit kekecohan di alam internet bila ramai yang perasan Facebook page Jabatan Kebajikan Masyarakat semalam ada mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Buddha. Aku tak tau la kalau tiba-tiba akaun diorang kena hijack ke apa kan. But then, what? Really? Having too much holidays, are we? Go on, blame the education system for raising us Malaysians to be ignorant, self-centered individuals. Because simply blaming others is another Malaysian trait, aside from having every single public holiday for every ethnic group there is.








4 comments:

  1. assalam...

    can't agree more with u bro...don't know what gear to choose tomorrow, 1 or jump to 5..work is work.but yet looking forward for the next public holiday.*sigh*...(0_O)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm looking forward to the weekend. fun fun fun. it's friday , friday.

      Delete
  2. setuju beb..
    Memetik kata2 Prof Seyyed Hossein Nasr:
    "In traditional societies, you did not go on vacation. Have you ever thought of that? Vacation was integrated into life. Weekends were not necessary like today. Nowadays, many people say 'I hate Monday', 'thank God it is Friday'--this sort of thing. This attitude exists because work has come to be emptied of spiritual content, thanks to the machine". (Prof Seyyed Hossein Nasr, 2005)

    ReplyDelete
    Replies
    1. well said. Work is also emptied of spiritual content because for many of us, we have been ingrained to be slaves of the system.

      Delete

Say what?

Related Posts with Thumbnails