Sunday, 24 June 2012

Hobi Mr Todd pada musim bola: Orang lain tengok bola, aku sibuk kumpul sticker bola.

Euro 2012 dah dekat nak habis tapi aku baru terhegeh-hegeh nak post pasal bola.


Okay. Bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan blog ini, anda mungkin sudah mengetahui maksud gelaran Mr Todd. Bagi yang belum, anda boleh mengetahuinya di [pautan ini].

Setiap kali musim tournament bola yang major tiba, khususnya World Cup dan Euro, aku tak akan melepaskan peluang untuk membeli satu benda, iaitu official sticker album tournament tersebut.

Buat pengetahuan semua, sticker album rasmi World Cup dan Euro selalunya dikeluarkan oleh syarikat Panini, sebuah syarikat publishing dari Itali. Sticker-sticker dan sticker album mereka sendiri dihasilkan di Itali dan diedarkan ke seluruh dunia.

Sebagai permulaan, pengumpul perlu membeli starter pack yang mengandungi album tu sendiri plus 2 packet sticker di kedai-kedai buku, newsstands dan petrol kiosk. Kemudian, pengumpul kena beli sticker yang berikutnya dalam pek yang mengandungi 5 keping sticker. Kalau kat Malaysia, harga dia RM 1.50 satu pek. Kat UK tak silap aku 50 pence setiap pek. Gila murah kalau kau tak convert ke RM. Bagi pengumpul tegar, mereka awal-awal lagi akan beli satu kotak terus. Dalam satu kotak tu ada 100 pek.

Sticker pack bagi album Euro 2012. Picture credit: voila.com.my - sole distributor of panini sticker albums in Malaysia

Tanpa perlu banyak berbicara, meh tengok koleksi aku.

Yang ni aku beli masa Euro 1996 di Engleng. Oleh kerana Engleng adalah sebuah negara yang sangat bangga dengan sejarah mereka sebagai bekas kuasa besar dunia, maka sticker album rasmi semasa Euro 1996 tidak diterbitkan oleh Panini, tetapi oleh Merlin yang merupakan syarikat penerbitan dari Engleng.



Seterusnya..
Yang ni aku beli masa World Cup 1998. Paraguay yang paling hampir nak complete aku rasa.


Followed by..
Yang ni World Cup 2010. Tak banyak sticker sangat sebab aku jarang keluar rumah time ni. Haha.


And now..
Yang latest setakat ni, Euro 2012. Dah masuk quarterfinals pun tak complete-complete lagi. Haih.. Just ignore the instagram pictures, guys. I ain't no hipster. LOL



Kalau korang perasan, aku tak ada sticker album Euro 2000, World Cup 2002, Euro 2004, World Cup 2006 dan Euro 2008.

Kira banyak jugak la yang aku tak ada.

Inilah muka aku semasa aku jadi budak baik.
Sebabnya, dari tahun 2000 – 2002 aku sekolah lagi dan dekat nak SPM. Dan seperti budak baik, aku duduk rumah baca buku je. Pergi dating tak pernah sekali, konon virgin sangat lah tu. Blah la..  So, aku tak ada lah keluar merayau sangat dan tak berkesempatan nak cari sticker album. Lagi pun waktu tu kalau tak silap aku belum wujud kedai-kedai buku besar macam Borders atau MPH di Kulai dan Johor Bahru. Popular Bookstore ada la.  Susah nak cari sticker album ni. Tapi sekarang dah ada kerana Johor semakin maju. Johor ke Arah Kuasa Besar Dunia !

Zaman mahasiswa, Kurus sebab aku tak cukup makan.
Kan aku cakap, aku orang susah.
Okay, tahun 2004-2008 pulak adalah zaman aku sebagai seorang mahasiswa di UiTM Shah Alam. Oleh kerana aku dibesarkan dalam keluarga yang serba susah, kais pagi makan pagi, aku tidak ada duit lebih untuk membeli sticker album kejadah semua ni. Kesian aku.

Jadi, bermula tahun 2010 iaitu sebaik sahaja aku genap setahun graduasi dan dah ada kerja yang stabil, aku membalas dendam dengan membeli sticker album World Cup 2010.


Mungkin ramai yang tak akan paham apa bestnya kumpul sticker bodoh ni? Tetapi menurut pendapat pengumpul-pengumpul sticker yang tegar, ia adalah hobi yang sihat ya, kawan-kawan. Benda ni seronok kalau kita ada ramai geng yang mengumpul sticker ni.

Bagi pengumpul tegar, kepuasan itu datang serta-merta bila kita start je bukak packet sticker tu sendiri. The element of surprise that comes with it. Adakah kita akan dapat sticker yang rare atau adakah kita akan dapat sticker sama yang kita dah dapat 7 kali? Dari sinilah pertukaran sticker berlaku antara geng-geng pengumpul stciker. Dan kepuasan hakiki ialah apabila kita dapat penuhkan sticker album tu lebih awal dari geng-geng kita. Kira macam kiasu lah ni, lawan siapa boleh complete dulu.. Heh. Tapi aku tak pernah complete satu haram pun.

Bangang apa tengok tv dekat-dekat..Tau la
kejap lagi Peranchis nak kalah.
Kejap lagi game quarterfinal Peranchis lawan Sepanyol dah nak start. Jadi, setakat di sini sahaja kita berbicara tentang sticker album, tuan-tuan dan puan-puan. Sebagai seorang Francofag, aku kena sokong Peranchis.


Pengajaran yang boleh diambil dari entry kali ini ialah: Daripada kita main betting dengan bookie haram, baik kita kumpul sticker.


8 comments:

  1. Replies
    1. kamu collect ke? ada nak tukar sticker? heheh.

      Delete
  2. Kn patut completekan sticker France..confirm high value..coz they are going down in history..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu ke, bhai? perlu ke????? ahahahahahahaha. dang!

      Delete
  3. hai...
    nak tanya u nak swap sticker tak?
    champions league 2011/2012?

    ReplyDelete
  4. hai...
    nak tanya u nak swap sticker tak?
    champions league 2011/2012?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Champions league saya tak collect la. Maaf.

      Delete
  5. Looking for the Best Dating Site? Join and find your perfect match.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails