Tuesday, 19 June 2012

Kalau aku wakil rakyat.

Post pasca stress. Tak semua akan faham entry post kali ini kecuali orang yang kerja sama field dengan aku.

Wakil rakyat yang legend.


Kalau aku wakil rakyat…
Akan ku lawat semua rumah orang susah dan rumah anak yatim supaya mereka mengenali aku.

Kalau aku wakil rakyat…
Akan aku cat semua bus stop di kawasan aku dengan warna kegemaranku, oren dan hitam, supaya mereka yang menaiki bas boleh mengenang jasaku, forever and ever.

Kalau aku wakil rakyat…
Akan ku bina padang bola sepak setaraf padang Stamford Bridge di setiap neighbourhood di kawasanku supaya tiada belia dan kanak-kanak yang obese dan kaki bangku.

Kalau aku wakil rakyat…
Akan ku bina sebuah gym dengan equipment dan facilities yang cukup supaya anak-anak muda lelaki dikawasanku gagah macam Brock Lesnar dan anak-anak muda perempuan fit macam Jessica Biel.

Kalau aku wakil rakyat…
Akan ku sediakan tong kitar semula unuk setiap isi rumah dan akan ada collection untuk barang-barang kitar semula supaya tiada sampah yang dibuang sewenang-wenangnya.

I need your votes.
Untuk mempermudahkan semua ni, aku kena berhenti dari melakukan tugas hakiki aku dan apply untuk jadi wakil rakyat. Kenalah join politik. Memang aku ada pernah terpikir nak join politik. Which side of the camp? That one has yet to be decided, tapi aku akan join mana-mana side yang boleh sokong perjuangan dan causes aku yang aku sebut di atas. Ya, saya seorang lalang masonic pro-Barat yang tidak ada pendirian melainkan mementingkan agenda diri sendiri. LOL


Jika anda setuju dengan perjuangan saya ini, undilah saya di pilihanraya yang akan datang.

Moral of the story: Kawan se-UiTM aku pernah berpesan, “Jangan kita selalu ber'kalau', bila kita asyik ber’kalau’, gajah pun boleh terbang.” Dalam kata lain, aku memang banyak alasan dan kalau, buatnya tidak.

5 comments:

  1. Hahaha parlimen kulai menanti mu... Nice 1 bro

    ReplyDelete
  2. @nidronribla: haha. aku propose JPO kedua dibuka di Kulai. Satu tak cukup weh.. Ko pakai nama terbalik ni kira ikut dhumdahij lah nih? heheh

    ReplyDelete
  3. ye.. saya setuju.. majula sukan untuk negara... kita skang x sempat bersukan... haih..

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails