Monday, 4 June 2012

Setiap kali hiatus, mesti nak kena bagitau kan?


Pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian, tanpa perlu diberitahu pun kamu sendiri boleh nampak yang aku dah lama tak masukkan entry dalam blog ini.


Sesetengah blogger/writer menamakan tempoh ketiadaan mereka dari aktiviti menulis sebagai ‘Hiatus’. Tak payahlah korang nak berhiatus-hiatus. Cakap je lah malas nak update, takde masa nak update. Kan senang. Hiatus konon..


Ketiadaan aku di alam blog adalah disebabkan oleh beban kerja hakiki yang banyak dan juga perasaan malas yang datang di hujung minggu. Tiada yang lebih enak melainkan bermalas-malasan di hujung minggu.


Tak larat nak duduk atas kerusi dah.
Setelah lama melayan beban kerja yang memerlukan pemerahan otak untuk menulis perkara-perkara yang serius dan substantif, saya sedar bahawa saya tidak boleh hidup dengan menghadap penulisan substantif dan serius selama-lamanya. Bayangkan, muka saya menjadi bengis akibat terlalu banyak penulisan serius. Masakan tidak, setiap kali ada tugasan penulisan serius, saya kena buat muka serius. Kalau tak, hasilnya nanti tak cukup serius dan orang lain tak akan ambil serius tentang diri kita.








Jiwa ini meronta-ronta untuk menulis subjek yang ringan dan lagha sebagai escapism dan juga sumber inspirasi supaya otak lebih lancar untuk menulis perkara-perkara serius. Jadi, saya memutuskan untuk kembali menulis di blog jahanam ini.


Terima kasih kepada pembaca yang terus setia mengunjung. 

Semoga blog ini terus meracuni pemikiran anda sebagaimana blog-blog politik meracuni pemikiran penyokong hardcore parti-parti politik tanah air.

2 comments:

  1. Hahaha..akhirnya..setelah berbulan ada blogentry juga..tapi kalau camni je kau update baik tweet je..hehh

    ReplyDelete
  2. @Unknown: tweeting is too mainstream

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails