Tuesday, 12 June 2012

Tanpa smartphone saya jadi belo.


Belo adalah perkataan yang bermaksud tak betul atau macam bodoh. Mungkin tak ramai yang familiar dengan penggunaan perkataan ini. Aku rasa di sekitar Melaka dan Johor je yang guna perkataan ni. Tu pun tak semua orang tau agaknya.

Sejak kehilangan Blackberry 9780 beberapa bulan yang lepas, (aku tak ingat bulan berapa sebab bila duduk Malaysia aku susah nak ingat bulan kerana cuaca di Malaysia lebih kurang sama je sepanjang tahun. Kalau ada 4 musim senang sikit nak ingat bulan.), hidup sedikit sebanyak telah berubah.

Tanpa sebiji smartphone, aku tidak lagi boleh menerima email dimana-mana sahaja berada. Bila ada kat office sahaja baru boleh tengok email. Keadaan ini menjadikan aku lebih slowpoke berbanding rakan sekerja dan bos-bos di tempat kerja. Skop kerja aku memerlukan keputusan dibuat dengan cepat. Kadang-kadang, awal pagi lagi bos dah tanya pasal email mengenai isu sekian dan sekian. Aku blur atau dalam kata lain jadi belo sebab aku tak bukak lagi email. Tak tau apa benda yang ditanya.

Skop kerja aku yang memerlukan pekerjanya sentiasa berhubung dengan rakan sekerja di luar negara juga telah menjadikan kebergantungan terhadap smartphone sangat tinggi. Application seperti whatsapp atau BBM sangat membantu dalam berkongsi maklumat dan latest update di tempat masing-masing. Nak harapkan mesin fax? Itu teknologi zaman 60an beb..

Tanpa sebiji smartphone, aku tak boleh lagi tangkap gambar
sendiri macam ni , lepas tu terus upload kat facebook
untuk tatapan rakan taulan.
Tanpa sebiji smartphone, aku telah jadi ketinggalan dalam topik-topik yang hangat dibincangkan oleh rakan-rakan di laman sosial. Lepas tujuh jam orang tu post status/tweet/news link, baru la aku terhegeh-hegeh nak bagi komen. Orang lain dah habis kesah dah…

GPS? Aku tak kisah sangat tentang ketiadaan GPS sebab GPS are for wussies. Aku lebih bergantung kepada experience, navigation skills dan landmark. (yeah, right..)

Walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan otak manusia dijangka akan menjadi makin bebal kerana terlalu bergantung pada teknologi, tapi bagi aku, tanpa teknologi smartphone aku jadi lagi bebal.

Sekian labonan aku hari ini.

6 comments:

  1. lain kali bela biri-biri je. tak mungkin hilang kecuali dibaham anjing..sabor je. tak lama lagi adalah fon canggih tu! (M.O.F.A's)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. aku tau bego jek.. haha...
    GPS > guna pon sesat...

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails