Thursday, 28 June 2012

Typically Malaysian: Complaining and using the wrong channel



Kebanyakkan rakyat Malaysia terkenal dengan sifat suka complain tanpa pengetahuan asas mengenai perkara yang di’complain’kan itu. Bila hujan, astro tak dapat signal, complain. Apartment tak ada tempat parking, complain. Bila dah dapat parking, complain tempat parking tak cukup. Bila diperbesarkan tempat parking bagi cukup, complain parking spot jauh daripada lif nak ke rumah.

Tapi yang menjadikan anda lebih typically Malaysian ialah apabila anda menggunakan channel yang salah bagi menyuarakan complain anda itu.




Ruangan komen di Harian Metro. Comment
outlet for typical Malaysians.

Adalah sesuatu yang typically Malaysian bila kita menggunakan ruangan komen di media massa dan menconteng di papan-papan iklan dan tandas awam untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kita.  Dengan adanya facebook, ramai juga yang rajin complain di laman facebook. 

 Complain mengenai Astro di facebook group page rakan tetangga sebuah apartment.

Complains on Metro. Meh..

Mari saya beritahu sesuatu, ya rakan-rakan. Adalah lebih baik jika rasa tidak puas hati anda terhadap layanan atau perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah pihak itu disuarakan secara terus kepada pihak tersebut melalui alamat surat-menyurat atau talian yang disediakan.

Cara ini lebih baik kerana mesej yang ingin disampaikan itu dapat sampai kepada pihak yang terlibat dengan cepat. Kamu ingat kalau letak complain kamu dalam ruangan komen suratkhabar Kosmo dan Metro tindakan boleh diambil serta-merta? Berapa ramailah agaknya yang baca komen anda itu. Top management silap-silap tak baca pun suratkhabar Metro.


Saya tidak menafikan kebebasan bersuara dan tidak menafikan kuasa suara golongan marhaen, tetapi bersuara menggunakan channel yang salah menunjukkan kamu ini nampak sangat sifat keyboard warriornya. Dalam ruangan komen akhbar-akhbar menggunakan nama samaran dan dalam facebook boleh la kamu pung-pang, pung-pang. Tapi kalau pung-pangan kamu itu tidak didengari oleh pihak yang berwajib, apa guna? Bukankah bersua secara terus atau menulis secara terus itu lebih berkesan dan lebih sopan?


Sekian daripada saya yang juga suka complain, terutamanya pasal pemakanan.

3 comments:

  1. inilah power of media.kah kah..macam2 la org kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduan rakyat, TV3 ambil berat. Heheh

      Delete
  2. mengadulah kepada...Yang Maha Mendengar.

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails