Thursday, 21 June 2012

Unboxing of a smartphone – Nokia 2630


Dah berkali-kali penulis blog ini asyik banyak bunyi smartphone Blackberry 9780 dia dah hilang, tak dapat nak selalu update blog sebab smartphone takde, bla bla bla. Itu semua alasan. Walau apa pun alasan beliau, mungkin ramai yang tertanya-tanya, sekarang dia pakai phone apa?

Untuk entry kali ini, saya akan buat satu unboxing review phone saya yang saya tengah guna sekarang. Phone yang dimaksudkan ialah Nokia 2630.

Baiklah.  Mari kita buat unboxing.

Smartphone atau telefon pintar berukuran 105 x 45 x 9.9 mm ini disertakan sekali dengan charger A/C dan earphone 3.5mm yang disusun rapi di dalam kotak berwarna putih yang kelihatan seakan-akan kotak telefon pintar jenama pesaing yang kini semakin popular di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, iaitu iPhone.

Sungguhpun begitu, pilihan rekaan kotak sebegini bukan bermakna Nokia ingin jump into the bandwagon of Apple, tetapi sekadar strategi Nokia untuk mendekati pelanggan muda yang dilihat semakin dicemari budaya hipster.



Seperti model-model telefon bimbit Nokia yang lain, dengan sekali imbas sahaja, jelas dapat dilihat bahawa material yang digunakan untuk casing luaran telefon pintar ini sangat kukuh dan tahan lasak. Barangkali ianya adamantium. Ramai pengguna Nokia telah mengakui bahawa semua model telefon bimbit Nokia berupaya membunuh seekor anjing seberat 38 kilogram walaupun dilempar secara lembut. Ini juga telah menjadikan jenama Nokia popular dikalangan pelajar sekolah di kawasan pedalaman, terutamanya mereka yang terpaksa meredah ladang kelapa sawit untuk pergi ke sekolah.

Tanpa sebarang pun feature touchscreen dan sekadar mengharapkan numeric keypad, telefon ini sekali lagi dengan sengajanya direkacipta sedemikian bagi menarik golongan anak muda hipster kerana touchscreen and QWERTY keypads are too mainstream now!

Video format 3gp
Mari kita lihat pula resolusi skrin telefon pintar ini. Skrin 1.8 inci ini berkeupayaan 640x480 pixel menggunakan teknologi TFT. Mungkin ianya tidak setanding dengan teknologi AMOLED yang terdapat di telefon pintar yang dikeluarkan oleh Samsung, tapi memandangkan pengguna dapat membeli Nokia 2630 ini dengan harga borong, mengapa perlu bayar lebih?

Seperti telefon pintar yang lain, Nokia 2630 juga tidak mahu kalah dalam keupayaan multimedianya. Walaupun dijual dengan harga borong, ianya dilengkapi dengan kamera VGA dan berupaya merakam dan memainkan video dalam format 3gp yang merupakan format yang popular dikalangan usahawan amatur industri filem dewasa tempatan suatu ketika dahulu.


Oh, ya. Satu lagi feature yang bakal memikat hati golongan hipster ialah pengunaan baterinya yang sangat efisyen, menjimatkan elektrik dan mesra alam. Bayangkan, pengguna iPhone terpaksa mengecas telefon mereka setiap hari, malah dua kali sehari pun ada. Tetapi, bateri BL-4B yang menjana kuasa Nokia 2630 ini bisa bertahan selama seminggu tanpa dicas!

Membawa slogan “Belilah dengan harga borong, mengapa perlu bayar lebih?”, secara keseluruhannya Nokia 2630 adalah telefon pintar mampumilik yang bakal menggugat kedudukan Apple dan Samsung sebagai peneraju pasaran telefon pintar masa kini. Telefon pintar mesra alam ini seharusnya dimasukkan ke dalam program 1Smartphone 1Malaysia.

4 comments:

  1. hehe..lawak sungguh..i like the last statement. cadangan utk Najib. semua nak di"1" kan!!

    ReplyDelete
  2. duhh..hamjad sungguh nyahkotak ko nih..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amacam? teruja? ada rasa macam nak beli? hahahah.

      Delete

Say what?

Related Posts with Thumbnails