Sunday, 22 July 2012

Bulan puasa nak main gym jugak ke?

Tips untuk anda yang mempunyai matlamat muscle-building dalam rutin gym anda.

Pada musim begini, ramai yang baru nak mula muscle-building tertanya-tanya, bulan puasa ni nak kena training jugak ke?

Secara umum, anda digalakkan untuk ambil sebulan time-off sempena bulan yang mulia ini. Bukan apa, anda berpuasa, anda makan 2 kali sehari sahaja – pada waktu sahur dan berbuka. Paling kuat pun anda makan lagi sekali selepas terawih. Jadi, general rule makan 6 kali sehari yang anda biasa lakukan pada bulan-bulan lain untuk membina muscle tu tak praktikal langsung di bulan Ramadhan. Susah nak build muscle dengan pola pemakanan 2 kali sehari ni. Buat rugi je kau training.

Dalam kata lain, tak payah la nak pump iron buat sebulan ni. Badan anda juga perlukan kerehatan. Gunakan malam pada bulan Ramadhan ini untuk berterawih, bertadarus dan qiamullail, contohnya. Di sebelah pagi atau petang,  anda boleh melakukan senaman ringan seperti regangan, low-intensity calisthenics dan pilates. Cukup sekadar untuk maintain aktiviti otot anda. Kalau nak buat aktiviti cardio, go light. Buatlah beberapa jam sebelum waktu berbuka kerana anda akan replenish tenaga sebaik sahaja masuk waktu berbuka. Kalau buat waktu pagi, awal-awal dah dehydrated, kamu juga yang susah nanti. 


[sumber: beberapa article di kevinzahri.com]


Akhir kata, jangan malas untuk bersahur. Sewaktu berbuka, makanlah dengan perlahan-lahan, jangan gelojoh.

2 comments:

  1. good advice.. bagus utk aku yg x penah gi gym ni.. hehe..

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails