Wednesday, 18 July 2012

Guide to Putrajaya : Belok kiri jika tiada kenderaan


Untuk mengelakkan anda dilabel sebagai tourist di Putrajaya, saya sediakan tips ini.


Sesiapa yang pernah ke Putrajaya atau tinggal di Putrajaya sudah pasti biasa melihat papan tanda ini di kebanyakkan simpang empat yang berlampu isyarat di Putrajaya.

Untuk mengelakkan diri anda daripada dilabel tourist atau dilabel buta huruf, jika anda berada di persimpangan dilema yang berlampu isyarat dan ingin membelok ke kiri, jangan teragak-agak untuk membelok ke kiri jika tiada kenderaan walaupun lampu isyarat dihadapan menunjukkan warna merah.







  
Papan tanda ini sangat awesome. Kenapa ia awesome? Sebab saya suka langgar traffic light, tetapi sebagai seorang bekas pelajar yang rajin lepak di perpustakaan, masih mahu ikut buku. Dengan adanya peraturan ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan’ ini, ianya membuatkan aku rasa seperti seorang badass yang sesuka hati melanggar lampu merah tanpa rasa takut dikejar polis dan disaman.

Tujuan peraturan ini adalah untuk melancarkan lagi flow trafik di sekitar Putrajaya khususnya di waktu kemuncak. Tapi tak berapa nak lancar la sebab kat depan kau ada 10 traffic light lagi.


Mungkin anda terfikir, kenapa tidak peraturan sebegini digunapakai di seluruh negara?


Sebagai menjadikan entry kali ini lebih substantif, ingin ana share bersama antum berkenaan soalan yang pernah ditujukan oleh Ahli Parlimen Bintulu kepada Menteri Pengangkutan semasa Sidang Dewan Rakyat pada 28 Mac 2012 berkenaan pelaksanaan peraturan “belok kiri jika tiada kenderaan” di semua persimpangan jalan berlampu isyarat di seluruh negara.

Ini jawapannya:  “Pelaksaaan belok kiri jika tiada kenderaan adalah salah satu pendekatan pengurusan trafik yang didapati boleh membantu melicinkan pergerakan lalu lintas.

Namun, Kementerian Pengangkutan bersama-sama stakeholders yang lain seperti Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya sedang meneliti untuk menambah baik pelaksanaannya dari sudut keselamatan, teknikal dan perundangan.

picture source as indicated
Ini adalah kerana bukan semua persimpangan sesuai dilaksanakan pendekatan tersebut malah perlu juga diambil kira reka bentuk persimpangan dan volume kenderaan. Di samping itu, penelitian perlu dibuat terhadap komposisi trafik di lokasi berkenaan sama ada terdapat volume tinggi bagi pejalan kaki serta bagi kenderaan berat dan panjang yang membuat belokan kiri di persimpangan tersebut.”

[source: bnbbc.com.my] – DISCLAIMER: For political junkies, bear in mind that my choice of source is not based on any political alignment at all. It just happen to be that this site has the most complete and substantive source on the net as far as policy on “Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan” is concerned.


Apa pandangan anda mengenai peraturan belok kiri jika tiada kenderaan?

14 comments:

  1. yup...yg xdk sign belok kiri jika tiada kenderaan pon aku bantai belok sbb lampu merah kete xdk..hahaha..cthnyer kt trfc light shell p8..aku anto anak kt situ so kdg mls nk tgu lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, kau orang putrajaya. orang paham. heheh

      Delete
  2. Bukan Dah diLuLuskan Kah, beLok kiri Ni dLam undang2... XsiLap aKu Lah... Sebb aKu penoNtoN Setia BuLetiN utaMa... Rasa nya Dah Di LuLusKaN utk SeLuruh Negara.. kaLau info Salah HaRaP aMpun Di Minta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada pulak aku dengar, ke sebab aku dah lama tak tengok berita kat TV?

      Delete
  3. oK, SiLap inFo, Dibenar kan AnDai Ada PaPan KebeNaran yg Ko Post Tu...
    DaLam PERUNTUKAN BARU SEKSYEN 76A
    kLau XDe PaPan tanDa keNa SaMan RM300
    inFo Di ambiL Dr Link tersebut..
    http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=26822:1saman-%E2%80%93-rm300-duit-rakyat-syarikat-untung&Itemid=2&tmpl=component&print=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice info. jom ah blogging! :)

      Delete
    2. sesungguhnya kehebatan mr / mrs anon dalam skill "alternate typing / fucking +1000000 typist" adalah amat mengagumkan...sayangnya saya tiada skill untuk membaca dgn keadaan sedemikian...

      Delete
  4. betul kata 'anon' tu. ada dlm berita tp x dgr betul2.so tak tau dah dilaksanakan ke belum. kat kulai n jb bersepah papan tanda kecik tu. x perasan ke?

    ReplyDelete
  5. ko kene bagi tau gak bro pasal traffik lait dari depan treasury sampai Kementerian wanita tu, simpang dia besar2..ada yang pegi brenti tgh2 simpang sebab exit yang dia nak belok tu tgh lampu merah (walaupun dia tau laluan dia tgh hijau)..so kesimpulannya ko faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa kau nak cerita pasal traffic lihght kan? insyallah aku akan buat satu lagi entry pasal traffic light kat putrajaya.

      Delete
    2. aku nak bagitau simpang dia yang besar gile tu..so walaupun lampu simpang yang dia nak kuar tu merah, tak payah la nak brenti tengah2 simpang tu..huhu..did i put the word right?

      Delete
    3. haha. more or less.. aku faham sekarang.

      Delete
    4. regardless laluan dia lampu kaler apa sekalipun, once dah masuk simpang, mesti akan nampak traffic light kat depan je. yg traffic light kat belakang tu selalunya tak sampai 2 second pun kita dah abaikan. aku rasa better kalau boleh letak petak kuning dekat tengah2 junction tak kira la besar mana pun kwsn tu so that orang tau they are in the middle of the junction dan tak sepatutnya berenti dekat situ. tapi mungkin nampak serabut pulak...

      Delete

Say what?

Related Posts with Thumbnails