Sunday, 8 July 2012

Kejadian Aneh Remote Astro di Shah Alam


Sangat aneh ianya layak masuk Harian Metro dan Mastika, yo!

Pada petang Sabtu, 7 Julai 2012. remote Astro di rumah telah menunjukkan perilaku aneh yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana peralatan elektronik pun. Remote Astro ini telah melahirkan anak! Aku ingat nak hantar cerita ni kat Mastika lah. Bagi pengajaran untuk anak-anak yang kuat tengok TV dan ponteng solat.










Pada petang itu, aku cuba bukak belakang remote astro ni sebab macam ada yang tak kena je. Tekan channel apa pun, semua pergi kat RTM1. Tak boleh jadi ni.

















Bila bukak sahaja, aku nampak satu objek yang seakan-akan versi miniatur remote Astro. Sah, ini mesti anak dia ni. Ini kejadian aneh yang tak dapat dijawab oleh ahli sains hayat dan pakar molecular biology.















Tuu dia! Sebijik macam mak dia.




















Tiada apa yang mustahil, tuan-tuan dan puan-puan. Semoga kejadian ini diambil iktibar oleh anak-anak kita yang suka berebut remote control dengan ibu bapa mereka. Sila sebarkan kisah ini kepada 50 orang yang terdekat, nescaya anda akan dikurniakan jodoh yang soleh/solehah dan bebas dari ditimpa sebarang musibah hingga ke akhir hayat. M





















8 comments:

  1. hahhahaha what da fishhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, lovelyYAKE. (ikut ejaan mama)

      Delete
  2. nice entry! hi im already follow ur blog. feel free to visit n follow me back. thanks! :)

    ReplyDelete
  3. tandanya pekerja ASTRO dari Shah Alam tu nak dapat anak juga kot tak lama lagi. InsyaAllah. (FYI-ejaan tu dah dibetulkan)

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails