Saturday, 23 March 2013

Earth Hour? Leceh la.


Suasana di living room ketika enrty ini sedang ditulis.

Earth Hour merupakan inisiatif World Wide Fund for Nature (WWF) yang diadakan secara tahunan pada setiap hari Sabtu terakhir bulan Mac. Ia menyeru semua pengguna residential dan commercial (kita semua la) untuk memadam lampu-lampu dan perkakas elektrik yang tidak perlu selama sejam, dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam mengikut waktu tempatan masing-masing. Matlamat Earth Hour ialah bagi meningkatkan kesedaran tentang perlunya kita semua mengambil tindakan terhadap perubahan iklim.


Karut semua ni.

Buat apa sibuk-sibuk nak Earth Hour?
Buat apa pulak sibuk-sibuk nak jadi tree-hugger, selamatkan bumi bagai?

Kitar semula? 
Alah..Lecehla.. Nak kena kumpul sampah ikut kategori. Kaca, plastik, kertas. Kan senang kalau campak je semua dalam tong sampah.

Kurangkan carbon emission dengan menaiki pengangkutan awam atau berbasikal?
Ah.. karut.. Tak tau ke cuaca kat Malaysia ni panas? Nak berjalan kaki pergi stesen LRT satu hal.. Kereta ada, guna je lah.

Eh, ada botol air mineral kosong la dalam kereta ni. 
Ahhh.. campak je la kat tepi jalan tu. Kejap lagi ada la pekerja DBKL datang kutip, kita bagi dia kerja sikit. Kesian diorang tak ada kerja..

Selamatkan haiwan spesis terancam? 
Ah, biarla dia nak pupus pun. Itu kan kitaran semulajadi alam. Dinosaur tu pupus time kita ada ke? Tak, kan? Extinction is part of nature, what… Lepas tu ada la spesis lain yang ganti. Bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti.

Buat apa ntah nak selamatkan bumi sangat. Kiamat pun dah nak dekat. Kau gila dunia ke nak selamatkan bumi? Dalam Islam pun tak mengajar kita bersikap “hubbu dunya”, tak payah la Earth Hour-Earth Hour ni. Semua ni agenda kafir kamu tahu?

Pengajaran:
     Earth Hour hanya benar-benar dapat dipraktikkan sekiranya TNB shutdown semua stesen janakuasa.
 
Suasana di Presint 18 / Presint 2 sewaktu Earth Hour. Boleh la..
    Dalam bergelap selama sejam, aku sempat lagi menghasilkan blog entry ini. Kurang hasam..

8 comments:

  1. menaip dalam gelap, kira ok la tu takde typo...

    ReplyDelete
  2. LOL. Mengharapkan cahaya dari skrin laptop sahajalah.

    ReplyDelete
  3. Totally agree with the pengajaran part....macam baca fable pulak.

    ReplyDelete
  4. Sarcarstic yet true.......kahkahkah. Keep on updating your entry.....it is entertaining.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Keep on supporting and reading my corrupted ideologies.

      Delete
  5. Smalam earth hour ka? Xtau plak.. Haha...

    ReplyDelete

Say what?

Related Posts with Thumbnails