Monday, 1 April 2013

Pada Suatu Meeting : Sebuah Kisah Tauladan Zaman Moden



Pada suatu hari, ada sebuah syarikat bernama Sabun Corporation. Syarikat yang mempunyai seramai 100 orang pekerja di ibu pejabatnya ini merupakan syarikat pemasaran sabun terbesar di Asia Tenggara. Sabun Corporation membolot market share pemasaran semua jenis sabun di rantau ini. Sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, sabun basuh baju dan apa sajalah yang dianggap sabun, you name it!  


Mencatat minit dengan gigih (gambar hiasan)
Rahsia kejayaan syarikat ini dikatakan adalah kerana syarikat ini gemar menggunakan separuh daripada waktu kerja pekerja-pekerjanya untuk mengadakan mesyuarat. Dari level despatch hinggalah ke Heads of Department. Ada saja meetingnya..

Antara meeting yang dibuat ialah meeting untuk membincangkan projek bulanan bagi meluaskan market reach mereka. Ok, normal la tu. Selain dari itu, ada juga diadakan meeting bagi membincangkan tarikh meeting yang seterusnya, meeting untuk membincangkan venue meeting yang seterusnya, meeting untuk membincangkan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka yang tidak hadir ke meeting yang sebelumnya. Pendek kata, setiap operasi di Sabun Corporation ini perlu ada meeting.




Taip minit untuk diedarkan (gambar hiasan)

Ditakdirkan pada suatu hari, ruang legar bangunan ibu pejabat Sabun Corporation disambar api akibat filing clerk yang merokok di situ digeletek oleh tea-lady yang suka menyakat orang, lalu puntung rokok filing clerk itu tercampak ke satu timbunan dokumen setinggi 3 meter.

Apabila api merebak, suasana makin tegang. Seluruh pekerja bergegas mencari pintu keluar, tetapi malangnya, semua pintu keluar ditutup. Sang CEO syarikat membuat penguman melalui PA system di bangunan itu, "Ladies and gentlemen, do not panic as the situation is under control. In accordance with the organisation's SOP, we must have a meeting to discuss which door we escape from and who gets to go out first. I call on everyone to the Boardroom now!"


Maka, seluruh tenaga kerja Sabun Corporation pun bermesyuaratlah bagi membincangkan ‘exit strategy’ mereka. Bok bek, bok bek dalam meeting, api semakin merebak. Seluruh tenaga kerja masih leka bermesyuarat lalu api yang merebak itu menjarah seluruh kertas-kertas dan flammables lain yang ada di dalam bangunan itu. Akhirnya seluruh kakitangan Sabun Corporation terkorban.. Segala bentuk aset Sabun Corporation musnah begitu sahaja.


Pengajaran:

1) Jangan geletek orang yang tengah hisap rokok.

2) Minit mesyuarat harus disiapkan dan diedarkan 3 hari bekerja selepas mesyuarat itu diadakan.


8 comments:

  1. Ini kerja kau rupanya KJG! - KSR

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSR, sila masukkan kerja ini dalam KPI.

      Delete
  2. Dh hangus terbakar...tk sempat nk siapkan minit...kalau ader blackbox , leh le minta abg polis tlg taipkn minit...hohoho..(joke only)---dr jiran seberang tasik umah TPM...;)

    ReplyDelete
  3. diorang takde bajet nak letak blackbox dalam office.

    ReplyDelete
  4. (Y), pun boleh macam ni. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. boleh jadi, sekiranya semangat cintakan meeting sangat menebal.

      Delete

Say what?

Related Posts with Thumbnails